Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Hina Islam : Abim Gesa Tindakan Tegas Kepada 'Makcik Hajjah'






















KUALA LUMPUR 26 MEI : Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mahu tindakan tegas diambil ke atas blog dan laman Facebook yang menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara' kerana jelas menghina imej serta kesucian agama Islam.

Setiausaha agungnya Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, bahan-bahan yang dimuatkan itu menggambarkan niat jahat dan berbentuk provokasi.

“Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah membuat laporan polis di balai Dang Wangi.

Selain tulisan yang mencaci agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, turut disiarkan dalam blog berkenaan adalah beberapa gambar palsu yang menghina Kaabah yang ditampal dengan gambar binatang, jerung dan juga penyanyi barat yang berpakaian seksi.

Sehubungan itu, Abim juga kata Mohamad Raimi, Abim mahu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden berkenaan.

“Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap penulis itu dan mana-mana pihak yang bersubahat.

“Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” katanya.

Thursday, May 19, 2011

Pemanasan Global Meningkatkan Air Laut, 7 Bandar Bakal Tenggelam

 










    
Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan air laut semakin meningkat akibat pemanasan global, sekali gus mencetuskan gesaan masyarakat antarabangsa supaya isu berkenaan diberi perhatian serius oleh semua negara.

Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan pada 2007, ada bukti kukuh paras air laut dunia meningkat beransur-ansur dalam abad ke-20, dan dijangka semakin serius pada abad ini akibat dua punca utama, iaitu pengembangan air laut daripada faktor haba serta kecairan bungkah ais.

Kajian oleh Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Khali Aziz Hamzah bersama Hamdan Omar, bertajuk ‘Vulnerability Assestment of Coastal Zones Using Geospatial Technologies’ yang diperoleh dari internet, turut memetik laporan IPCC 2001 yang menjangkakan peningkatan tambahan 48 sentimeter (sm) air laut, menjelang 2100, iaitu dua kali ganda kadar peningkatan untuk abad ke-20.

Menurut kajian itu, peningkatan paras air laut mengakibatkan masalah banjir dan hakisan, di mana kenaikan satu sentimeter boleh menghakis pantai kira-kira satu meter secara mendatar.

Kajian itu turut memetik sumber Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2008 yang menyatakan 40 meter tanah di sebanyak 33 lokasi sepanjang pantai Malaysia hilang setiap tahun, yang berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk peningkatan air laut serta hakisan.

Khali Aziz ketika diminta mengulas mengenainya, berkata isu berkenaan harus diberi tumpuan serius semua agensi berkaitan bagi memastikan persediaan sewajarnya dari peringkat awal.

Hasil pelbagai kajian itu selari dengan penemuan pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), bahawa beberapa bandar di kawasan rendah di negara ini, terutama berhampiran pantai, mungkin ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut meningkat, akibat pemanasan global.

Akhbar ini semalam melaporkan jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada 2020 ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Penemuan pakar UTHM itu adalah berdasarkan hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004 sehingga awal tahun ini yang menunjukkan paras air laut negara meningkat secara purata 10 sm setiap tahun.

Laporan Iklim Dunia, iaitu blog mengenai perubahan iklim mendedahkan pada 2007 purata peningkatan air laut global berlaku pada kadar 1.8 milimeter (mm) setahun antara 1961 hingga 2003. Bagaimanapun, kadar peningkatan itu bertambah pantas kepada 3.1 mm sepanjang 1993 hingga 2003.

Bagaimanapun, Khali berkata, kajian lanjut yang lebih terperinci penting dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengesahkan kemungkinan berlaku ancaman berkenaan dengan mengambil kira pelbagai faktor secara kolektif.

Beliau berkata, persediaan awal amat penting bagi menangani kemungkinan itu berlaku kerana sebarang tindakan perlu mengambil kira langkah jangka panjang dan tidak boleh dilakukan pada saat akhir.

Antara cadangan beliau ialah memastikan pemuliharaan hutan bakau yang mampu menghalang hakisan tanah di pantai serta mengawal pembangunan di kawasan tepi pantai.

Sementara itu, perunding alam sekitar, Brent Hoare yang juga Pengarah Eksekutif Green Cooling Association yang berpangkalan di Australia, mengakui fenomena peningkatan paras air laut kini menjadi kebimbangan global, termasuk dakwaan ia bakal menenggelamkan kawasan di negara tertentu.

“Kejadian alam boleh berlaku di luar jangkaan. Justeru, amat penting membuat persediaan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana hasil daripada tindakan yang diambil hanya boleh diketahui dalam jangka masa panjang. Ini tanggungjawab kita demi generasi akan datang,” katanya. -BH

Friday, April 8, 2011

Peniaga campur air bukit, telaga

 










PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan memang ada air zam-zam yang dijual di negara ini dicampur dengan air telaga dan air bukit.

Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu dijalankan oleh pihak-pihak swasta yang mengambil air galian daripada sebuah telaga di Pahang dan air bukit di Hulu Yam, Selangor.

"Saya difahamkan, ada kelompok-kelompok individu yang menjual dan mencampurnya dengan air zam-zam ini. Dalam konteks ini, cukup payah untuk mengenal pasti sebab ia air. Sama warna iaitu putih.

"Sekarang bukan sahaja air zam-zam palsu malah telur pun ada yang tiruan di mana sepatutnya telur ini datang daripada binatang yang bertelur," katanya di sini semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai kebimbangan orang ramai kemungkinan terdapat penjualan air zam-zam tiruan ekoran ia semakin banyak di pasaran pada masa ini.

Menurut Jamil Khir lagi, kajian saintifik mendapati, air galian memang ada persamaan dengan air zam-zam tetapi bimbang persamaan itu digunakan untuk menipu pengguna. -kosmo

Thursday, April 7, 2011

Hanya tangan kanan dan al-Quran yang didakap tidak dibakar api

Thursday, April 7, 2011


api





 













Kebakaran di Jl Merpati Selatan 11 RT 1/RW 8, Kelurahan Sukun Kecamatan Sukun Kota Malang, menyaksikan cerita mengharukan.

Jasad Lilik Aminah,70, satu-satunya mangsa korban dalam peristiwa tersebut, ditemui dalam keadaan mengejutkan. Hampir semua bahagian tubuhnya hangus terbakar, kecuali tangan kanan dan sebuah al-Qur'an yang tengah didakapnya.

“Saya melihat tangan kanannya mendakap al-Quran dan buku tuntutan solat. Dan tangan itulah bahagian tubuh yang tidak terbakar,” kata Ichwanto, petugas pemadam kebakaran Kota Malang.


Kapolsekta Sukun AKP Badriyah belum boleh memastikan penyebab munculnya api yang membuat Lilik terkorban. Tidak ada yang mengetahui secara pasti bagaimana keadaan Lilik semasa kebakaran terjadi, memandangkan janda tanpa anak ini hidup sendirian.

Namun menurut beberapa penduduk, pada masa itu terlihat asap mengepul dari bahagian belakang.

“Waktu kami masuk, ibu Lilik sudah dalam posisi kaku telentang di lantai. Beberapa bahagian atap rumah yang rapuh menimpa tubuhnya,” kata Mulyohadi, ahli keluarga yang tinggal di belakang rumahnya.helma02

INfFO Makanan tiruan_Telur!!!


 










                                                                                        Awasi telur tiruan di pasaran

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.

Friday, March 25, 2011

Gadis Terjun Dari KB Mall. Apa Yang Sebenarnya Berlaku?

Kota Bharu – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun. -kosmo

Sah! Kopi Itu Bercampur Gelatin Babi - Jabatan Agama Johor

Johor Bahru: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,”
katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.


“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. -hm

Monday, March 21, 2011

Mesyuarat Penyelarasan 2RP 2012 - 2013

Pengesahan berita

Yusnaidi Yusoff  
Bila kami diarah oleh pihak istana agar rujuk/tanya Presiden Ulama Pondok Kelantan, Tuan Guru Hj. Hasyim bin Abu Bakar, beliau dengan tegas dan yakin membenarkan laporan akhbar Utusan Malaysia tersebut. Dengan itu kami tidak bersifat memusuhi pihak Utusan Malaysia, jika tidak satu pasukan khas telah dipersiapkan oleh bapa sedara/tuk nenek(D(/PKLGK) untuk "Bakar" semua operasi Utusan Malaysia seluruh negara serentak dan tangkap/masuk ISA/kem semua operatornya sebagaimana nasib markas Ayah Pin..!!.

GERAHANA SERENTAK MATAHARI & BULAN DALAM RAMADHAN ADALAH PETANDA KEMUNCULAN ERA AL-MAHADI-ILAL MAHDI(IMAM MAHADI)

Yusnaidi Yusoff
‎2003 akhbar "Utusan Malaysia" mengeluarkan kenyataan yang amat menggemparkan seluruh kerabat kami dengan pengumuman GERAHANA SERENTAK MATAHARI & BULAN DALAM RAMADHAN ADALAH PETANDA KEMUNCULAN ERA AL-MAHADI-ILAL MAHDI(IMAM MAHADI). Kami jug...a mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pertubuhan Kerabat Long Gaffar Kelantan(Bani Hasyim Tertua Kelantan) yang telah segera menurunkan segala Ilmu Kitab Bani Hasyim(untuk selamat dari mata pedang Imam Mahadi/Kepala Quraisy Dunia terakhir yang amat ganas/begis/tiada simpati dan digeruni oleh semua ahli kitab yahudi, nasrani dan juga Islam - dia ada lesen penggal kepala orang..!!), melalui YAM YDP. Prof. Dr. Engku Ibrahim Engku Ismail pada 2003 kepada YDP. MQTK disaksikan oleh D7-MQTK. (Namun Kitab Untain kisah para Wali Allah diganti dengan Karamah 99 Wali Allah atas nasihat YDP PKLGK tersebut). Bani Hasyim ini adalah generasi ke-40 dari Siti Fatimah Az-Zahra dan diarahkan sama ada dengan darah dan nyawa wajib kembali menguasai seluruh bumi hijjaz serta 3 kota suci Islam Dunia dengan hanya selawat, takbir, talkir, tahmid, tasbih dan zikrullah sebelum kiamat(Tsunami besar menimpa seluruh dunia - setelah baginda berdoa meminta mekanisme malaikat azab membinasakan musuh Allah & Rasul di mana-mana pelusuk bumi).

Nikah di masjid bukan amalan Rasulullah, kata Majlis Fatwa Perlis

March 20, 2011

KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. — Bernama

Saturday, March 19, 2011

Jumlah Korban & Hilang Gempa Jepun Cecah 16,000 Orang


Tokyo – Jumlah rasmi mangsa korban dan yang belum ditemui akibat gempa dan tsunami Jepun mencapai 16,600 orang, dengan 6,405 orang dinyatakan terkorban setakat ini.

Polis Nasional Jepun menyatakan, hingga saat ini jumlah korban yang belum ditemukan sejak gempa dan tsunami pada minggu lalu, menjadi 10,259 orang dan 2,409 orang tercedera.

Jumlah korban terus bertambah dalam beberapa hari ini dan jumlah tersebut boleh menjadi lebih tinggi.

Dikutip dari Kyodo, Ketua Wilayah, Ishinomaki di Wilayah Miyagi mengatakan, jumlah korban yang masih belum ditemukan kemungkinan mencapai 10 ribu orang.

Pada Sabtu minggu lalu, NHK melaporkan sekira 10 ribu orang masih belum ditemukan di kota Minamisanriku di Wilayah Miyagi.

Di tengah usaha penyelamatan terdapat khabar duka banyaknya nyawa yang hilang di sepanjang pesisir timur Pulau Honshu dimana gelombang besar merosakkan lebih dari 55,380 rumah dan bangunan lainnya.


Suara Memanggil-manggil Itu Lenyap

Di pelabuhan perikanan Ofunato yang porak poranda, jarak setiap jengkal besar ertinya. Tanyakan saja kepada Masako Sawasato. Rumahnya sama sekali tak disentuh oleh tsunami raksasa yang menghancurkan pesisir timur laut Jepang menyusul gempa terkuat di negara itu.

Namun, puing-puing dari rumah para tetangga bertumpuk tinggi di kebun sayurnya, hanya beberapa jengkal dari pintu rumahnya. ”Rumah saya selamat sehingga keluarga saya boleh terus tinggal di sini. Namun, teman-teman saya sangat sulit untuk memulai kehidupan dari awal,” kata Sawasato.

Ketika bencana menimpa pada Jumat (11/3), dia sedang memandu kenderaannya, tetapi segera menyadari bahwa dia memerlukan rencana penyelamatan. ”Gelombang laut ada di belakang saya dan lalu lintas sesak sehingga saya keluar dari kereta dan lari,” kata ibu setengah abad itu.

Suaminya, di rumah, menyaksikan dengan kengerian saat air yang bergelora maju ke arahnya. Air itu mencapai sisi rumah mereka, tetapi menjilat hanya beberapa sentimeter sebelum air surut.

Tiga jenazah ditemukan di dekat situ, salah satunya seorang perempuan tua, sahabat Sawasato dan yang tidak dapat melarikan diri dari gelombang yang menerjang.

Lebih dari 600 orang dibawa ke rumah sakit di Ofunato sejak bencana. Dari jumlah itu, banyak di antaranya lanjut usia yang cedera. Namun, yang dirawat di rumah sakit itu juga termasuk mereka yang jatuh sakit di pusat pemindahan.

Warga Ofunato mempunyai sekitar 13 minit untuk menyelamatkan diri dari gelombang besar itu—waktu yang lebih panjang dibanding tempat-tempat lain yang lebih dekat dengan pusat gempa. Namun, besar dan kecepatan gelombang membuat banyak orang tak sempat lari.

Tak terdengar lagi

Ketika gempa menggoncang hari Jumat di Tagajo, Masashi Imai memeluk sekuat tenaga kerusi roda di mana isterinya yang cacat duduk. Rumah mereka bergoyang-goyang. Elektrik padam.

Imai menyalakan radio dan mendengar peringatan itu. Kemudian datanglah tsunami itu. Imai mengangkat tubuh isterinya dan membawanya ke lantai atas rumah mereka.

”Ayah! Ayah!” teriak seorang gadis dari rumah tetangganya. Banyak tetangga Imai tak dapat menyelamatkan diri karena rumah mereka hanya satu lantai. Suara gadis itu tak terdengar lagi.

Dalam gempa terkuat yang pernah tercatat di Jepang itu, garis antara hidup dan mati terbukti sangat tipis — dalam kes Imai hanya satu lantai. Bahkan, di zon bencana di pesisir timur laut, beberapa bangunan dan lingkungan selamat, sedangkan bangunan dan lingkungan lain lenyap.

Pada Jumaat itu, Ayumi Osuga sedang berlatih origami dengan tiga anaknya, berusia 2 sampai 6 tahun, di rumah mereka yang satu lantai di kota pesisir Sendai. Pada pukul 14:46, bumi mulai bergoncang. Cawan dan piring jatuh dari almari dan pecah, tetapi kerosakan tampaknya kecil saja.

Kemudian suami Osuga menelefon. ”Keluar dari situ sekarang!” teriaknya.

Kerana peringatan dengan nada keras itu, pekerja kilang berusia 24 tahun tersebut segera membawa anak-anaknya ke kereta. Osuga bergegas mengemudikan kereta ke sebuah rumah di puncak bukit milik keluarga suaminya dengan jarak 20 kilometer. Dia berhasil mengalahkan gelombang yang bergerak dengan kecepatan sebuah jumbo jet itu.

Hari Ahad, dia kembali bersama suami dan kerabatnya ke sebuah rumah yang sudah tidak ada lagi. Benda yang selamat, antara lain, hanya tiga bungkus lampin. Dengan berlinang air mata, Osuga memasukkan lampin itu ke dalam bag. Dia tahu dia beruntung kerana selamat. ”Keluarga saya, anak-anak saya.... Saya menyadari apa yang penting dalam hidup,” katanya.

Sementara itu, Imai, yang masih penuh emosi, berjalan bolak-balik sepanjang Sungai Sunaoshi yang mengalir melalui kota Tagajo. Sepatu botnya yang setinggi lutut menimbulkan bunyi setiap dia melangkah. Para korban selamat lain yang masih linglung menjelajahi jalan-jalan yang porak poranda.

Saat teringat tetangga-tetangganya yang lebih tua dan kemungkinan besar terkorban di rumah mereka, Imai mencucurkan air mata. ”Sungai ini telah memberi kami begitu banyak, tetapi pada Jumaat itu dia membawa bencana,” kata mantan pekerja hotel berusia 56 tahun itu. Beberapa hari lewat, dia masih merasa bumi bergoncang. (AFP/AP/DI)












Friday, March 18, 2011

Bulan semakin hampir ke bumi














Dikirim pada Thursday, March 17 @ 22:54:23 MYT oleh IbnuHusin
Hari Sabtu ini 19 Mac bersamaan malam 15 Rabiul Akhir 1432H para sanitis melaporkan satelit bumi iaitu bulan akan berada paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun lalu.
Lazimnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300km tetapi pada hari berkenaan jaraknya semakin hampir kira-kira 356,700km iaitu 49,600km lebih hampir dari hari-hari biasa. Kerana itu pada hari Sabtu nanti bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang bercahaya berbanding hari-hari lain.
Fenomena ini menarik dan sudah pasti membuktikan kepada mereka yang beriman betapa hebat dan besarnya kuasa Allah swt.
Menurut akhbar The Star: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/15/nation/8270079&sec=nation terdapat laporan “online” yang mendakwa bahawa fenomena ini akan turut mengundang malapetaka dengan ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi dan berbagai lagi kejadian alam yang bakal meranapkan bumi.
Sudah pastilah dengan kejadian gempa dan tsunami di Jepun Jumaat lalu ramai yang akan panik dan bimbang dengan dakwaan ini.
Namun menurut Prof Dr Chong Hon Yew pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita semua perlu panik.
Disaat begini elok sangatlah kita merenung firman Allah swt di dalam al Quran surah az Zumar:38 makusdnya:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, Subhanallah.

Tokyo Bergelap: Ibu kota Jepun Bagai Bandar Berhantu Gara-gara Ancaman Radioaktif

Tokyo, merupakan bandar paling happening serta mempunyai penduduk seramai 13 juta kini tidak lagi seperti dulu gara-gara amaran radiasi radioaktif yang membuat penduduknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tinggal di rumah.

Stesen janakuasa nuklear Fukushima yang terletak hanya kira-kira 200km daripada Tokyo mengalami ketidakstabilan angkara gempa bumi 9.0 richter, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan terbaru, Jepun hanya mempunyai masa kira-kira 48 jam untuk mengawal krisis nuklearnya sebelum tragedi yang lebih buruk daripada insiden Chernobyl berlaku.



Semalam, cubaan pihak keselamatan Jepun menghantar beberapa helikopter untuk menyejukkan reaktor dengan menjiruskan air, namun operasi tersebut dibatalkan ekoran radiasi tinggi yang mencecah 4,000 mikrosievert/jam.

Ada laporan yang menyebut bahawa lapangan terbang Chicago & Dallas menerima pelawat beradiasi, namun dakwaan tersebut belum disahkan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.



Jepun ada 48 jam elak 'Chernobyl baru'




TOKYO: Jepun ada masa 48 jam untuk mengawal dengan segera krisis nuklearnya sebelum ia berdepan satu malapetaka 'lebih buruk berbanding Chernobyl'.

Jepun bergegas untuk mengelak kebakaran lebih teruk loji nuklearnya yang melepaskan radiasi pada tahap 809 mikrosievert sejam (unit radiasi) minggu ini.

Ada cubaan untuk menyejukkan kawasan itu dengan menjirus air laut dari helikopter dibatalkan kerana paras radiasi berbahaya di persekitaran bahagian atas loji.

Bacaan radiasi dekat bangunan itu mencapai 4,000 mikrosievert sejam ketika usaha itu dilakukan awal semalam.

Pihak berkuasa keselamatan nuklear di Perancis, berkata mereka pesimis sama ada jurutera Jepun dapat menghalang kebakaran teruk di loji jana kuasa Fukushima selepas satu kolam mengandungi batang besi bahan api nuklear berkeadaan terlalu panas dan mendidih dalam keadaan kering.

Thierry Charles, seorang pegawai keselamatan di Institut Keselamatan Nuklear dan Perlindungan Radiologi Perancis (IRSN), berkata: “Tempoh 48 jam berikutnya akan menjadi penentu. Saya amat pesimis kerana sejak Ahad lalu, saya lihat hampir tiada satu pun penyelesaian berkesan.”

Ditanya mengenai jumlah maksimum pembebasan radioaktif, beliau berkata: “Ia mungkin dalam kadar sama seperti Chernobyl.”

Insiden di loji jana kuasa nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986 menyebabkan 57 kematian langsung, dengan tambahan 4,000 kematian akibat kanser.

Paras radiasi dalam bangunan yang dilanda bahaya itu malam tadi dikatakan amat tinggi selepas digegarkan dengan letupan awal, bermakna radiasi mungkin sudah berada dalam atmosfera.

Tokyo Electric, pemilik loji terbabit, berkata lima pekerjanya terkorban di tempat kejadian, dua lagi masih hilang dan 21 cedera.

Malam kelmarin, seorang ketua keselamatan nuklear Amerika, berkata kerajaan Jepun gagal mengakui tahap bahaya penuh situasi di loji Fukushima manakala amaran kepada rakyatnya tidak mencukupi dan tidak jelas.

Gregory Jaczko, pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Nuklear Amerika, memberi amaran, jika paras radiasi ‘amat tinggi’ adalah mustahil untuk kakitangan membuat pembetulan di loji mengambil kira ‘dos’ yang mereka mungkin alami berpotensi membawa maut dalam jangka pendek.

Jabatan Negara Amerika pula menyatakan, kerajaan menyewa sebuah pesawat untuk membawa warga Amerika keluar dari Jepun dan mengarahkan ahli keluarga petugas diplomatik pulang dari Nagoya dan Yokohama, membabitkan 600 orang.

Pihak berkuasa kesihatan di beberapa negara mula gusar dengan sebarang kemungkinan seseorang dijangkiti radiasi dengan bertindak melancarkan pemeriksaan terhadap orang ramai, penumpang pesawat dan bot.

Ada laporan dari Korea Selatan dan Taiwan menyatakan pelancong yang tiba dari Jepun didapati ada sedikit tahap radiasi. – Agensi

Wanita Islam Amerika Tidak Diizin Naiki Pesawat Kerana Pakai Tudung

 










San Diego (Amerika Syarikat): Seorang wanita Islam kelmarin berkata beliau mahu kakitangan penerbangan Southwest Airlines dikenakan tindakan disiplin kerana mengeluarkannya dari pesawat hanya kerana beliau memakai tudung.

Cik Irum Abbasi, 31 tahun, memberitahu wartawan dalam satu sidang akhbar di luar lapangan terbang San Diego bahawa beliau dipaksa keluar dari pesawat menuju San Jose itu Ahad lalu kerana seorang pembantu penerbangan mencurigainya.

Menurut Cik Abbasi, beliau diberitahu bahawa seorang anak kapal terdengar beliau berkata 'It's a go' (boleh diteruskan) ketika beliau berbual menggunakan telefon bimbitnya.

Ibu tiga anak asal Pakistan itu berkata beliau berkata 'I've got to go' (Saya perlu pergi) sebelum meletakkan telefon kerana pesawat itu akan berlepas.

Beliau percaya kakitangan itu membuat andaian tersebut kerana beliau memakai tudung.

Selepas menepuk tudung Cik Abbasi untuk memeriksanya dan bercakap kepada beliau, ejen-ejen Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan menyedari kesilapan itu.

Namun, mereka tidak membenarkannya menaiki pesawat itu dan memberitahu Cik Abbasi kakitangan pesawat tidak selesa dengannya. Beliau diizin menaiki penerbangan lain.

'Saya menangis,' kata Cik Abbasi. 'Saya sudah 10 tahun tinggal di Amerika. Saya warga Amerika.'

Jurucakap Southwest, Encik Chris Mainz, berkata syarikat itu telah dua kali meminta maaf kepada Cik Abbasi dan memberinya baucar penerbangan lain.

Cik Abbasi berkata perkara itu berkait dengan sentimen anti-Muslim di Amerika dan berkata ia angkara satu perbicaraan kongres berkenaan Muslim Amerika yang radikal. -- AP.

Gempa ubah paksi bumi


WASHINGTON - Gempa bumi kuat yang melanda Jepun dilaporkan begitu berkuasa sehingga mengubah bentuk persisiran negara itu dan menganjak paksi bumi. 

Menurut saintis Amerika Syarikat dan Itali, gempa itu bukan sahaja menyebabkan sebahagian daripada tanah Jepun bergerak hampir 2.5 meter tetapi juga menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang-kurangnya lapan hingga 10 sentimeter ke timur. 

Selain itu, gempa terkuat yang pernah melanda Jepun itu turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikrosaat pada hari kejadian. 

Profesor dari Universiti Tokyo, Satoko Oki berkata, gempa bumi sekuat itu yang disebabkan pergerakan lantai bumi di bawah laut hanya berlaku sekali setiap 1,000 tahun.

Kiriman -NSA-

Saturday, November 13, 2010

Pemain billiard terkenal dunia pula peluk Islam

MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar)
mengumumkan,dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar
Mashad, Iran timur laut.


Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan
Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).
David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di
peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.


Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair,
Lauren Booth, memeluk Islam selepasmenziarahi makam Fatimah al-Masumeh
di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.
Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa
Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana
menteri Britain itu.


"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu
kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.


David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam
(Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi
terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad.Saya berharap bahawa
selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.


"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa
tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.
"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah
 menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada
kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim
dan Muslim adalah humanistik."
"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam,"kata Imam
Sayyed RezaTaqavi.

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)