Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, November 23, 2009

Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oelh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.

Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali. Rahmat Allah dan maghfirah-Nya dapat mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.

Allah berfirman:
"Boleh jadi suatu nikmat akan mendatangi kamu dalam bentuk kepedihan dan kesengsaraan, maka janganlah kamu berasa sedih dan gundah, tetapi bersabarlah agar kepedihannya berkurang kertana kamu berada dalam pemeliharaan Kami." (Al hikam)

"Musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan kamu." (Ash Syura : 30)

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhan kamu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami." (At Tur : 48)

Namun kadangkala ada diantara manusia mengatakan:
"Mereka berterima kasih dan bersyukur diantara beberapa mereka, dan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang disyukuri. Lalu apakah faedah Allah berikan kepada orang-orang yang bersyukur itu atas perbuatan dosanya."

Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah SWT.

"Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudia rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya nescaya dia akan berkata : "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku," sesungguhnyaq dia sangat gembira lagi bangga." (Hud : 9-10)

"Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmatNya) dan barang siapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur unbtuk (kebaikan) dirinya dan barang siapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku maha Kaya lagi maha Mulia." (An Naml : 40)

Sesungguhnya memohon keampunan kepada Allah SWT adalah sesuatu yang amat menyenangkan bagi orang-orang yang takut kepadaNya. Istigfar adalah hiburan orang-orang yang berasa sedih atas kelalaian mereka dan keburukan perilaku mereka.

"Dan kelak Tuhan kamu pasti memberikan kurniaNya kepada kamu, lalu (hati) kamu menjadi puas." (Ad dukhan : 5)

Perihatin

Monday, October 19, 2009

Contoh surat Rasulullah s.a.w.

Surat Bela Suingkawa ke Mu'adz bin Jabal

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Dari Muhammad, Rasulullah, kepada Mu'adz bin Jabal: salam sejahtera untukmu. Sesungguhnya saya memuji Allah, Dzat yang tidak ada Tuhan selain Dia.

"Amma ba'du, Semoga Allah memberikan pahala yang besar kepadamu, dan juga kesabaran. Doalah yang memberikan rezeki kepada kita, dan sudah seharusnya engkau bersyukur.

Sesungguhnya jiwa dan diri kita, keluarga, harta dan anak-anak kita adalah pemberian Allah yang menyenangkan. Ia merupakan pinjaman yang dititip kepada kita, dimana kita dapat menikmatinya sampai waktu tertentu.

Kemudian Dia mencabutnya pada waktu yang ditentukanNya sendiri. Kerana itu, Dia mewajibkan kita untuk mensyukuri apa saja yang diberikan kepada kita, dan bersabar seandainya kita mendapatkan cobaan.

Anakmu termasuk pemberian yang dapat menimbulkan sukacita dan juga pinjaman yang dititipkan. Allah memberikan kenikmatan kepadamu dengannya, dengan kesenangan, kemudaian Dia mengambilnya darimu dengan balasan pahala yang banyak, berupa kesejahteraan, rahmat dan petunjuk, jika kamu sabar dan merenungkannya dengan baik.

Dua musibah tidak akan menimpamu sekaligus kecuali ia dapat mengurangi balasan buruk yang akan menimpamu kelak, yang akan membuat kamu menyesali apa yang sudah lalu, bahkan yang menimpamu, berarti kamu telah menganggap bahawa musibah itu telah mempersempitkan pahala tersebut disisi Allah. Kerana itu, mintalah kepada Allah agar dipenuhi kebutuhanmu yang dijanjikanNya, dan buanglah rasa duka dan sedih terhadap apa yang menimpamu. Salam untuk mu".

Nota:
Kita memohon kepada Allah, semoga Dia memperbaiki kesalahan-kesalahan kita yang mengikuti jalan yang lurus; Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Memenuhi permintaan hambaNya.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam

Dikutip:Perihatin

Monday, September 28, 2009

Dosa Syirik


سُوۡرَةُ النِّسَاء


إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٲلِكَ لِمَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا (٤٨)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar. (An Nisaa’: 48)   (2)

Apabila engkau telah mengetahu apa yang telah disebutkan kepadamu tentang pengetahuan hati (1) dan engkau mengetahui tentang syirik terhadap Allah dimana Allah menyatakan dalam firmanNya seperti diatas.

Engkau mengetahui bahawa agama Allah yang dibawa oleh Rasul-RasulNya dari pertama hingglah terakhir dimana Allah tidak menerima seseorang yang menjadikan agama selainNya (2) dan engkau mengetahui apa yang terjadi pada kebanyakkan manusia yang jahil mengenai perkara ini (4)

(1)   Iaitu engkau telah mengetahui makna kalimat : ّ لا إله إلاَّ الله” yang benar iaitu “tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah”.

(2)   PARA Ulama – rahimahumullah telah berselisih faham akan pendapat tentang ayat ini. Adakah ianya merangkumi semua bentuk syirik ataupun hanya khusus mengenai syirik Akhbar. Ada pendapat bahawa ayat ini mengenai semua bentuk syirik termasuklah juga syirik Ashgar (syirik kecil) seperti bersumpah dengan selain nama Allah hukumnya Allah tidak akan mengampuninya.

Ada yang berpendapat bahawa ianya khusus mengenai  syirik akhbar. Bentuk syirik ini sahaja yang tidak  diampunkan dosanya oleh Allah SWT. Syeikhul- Islam Ibn Taimiyah rahimullah dalam menafsirkan ayat ini berbeza-beza, adakalanya  beliau menafsirkannya mengikut pendapat pertama dan di pernyataan lainnya pula menafsirkannya mengikut pendapat kedua.

Walau bagaimanapun, wajib untuk berwaspada daripada syirik secara umum. Ini kerana keumuman ayat  tersebut boleh memasukkan syirik Ashgar.

Sebab firman Allah : أَن يُشۡرَكَ بِه Ertinya: “Bahawa  Dia disyirikkan”. Perkataan:” أَن” dan perkataan sesudahnya sebagai ‘takwil Masdar’. Pentafsiran masdar (kata terbit). Iaitu tafsirannya : “َُ إشرَكأَ بِه      Ertinya: “Pensyirikkan terhadapNya”. Ianya adalah “nakirah” (umum) dalam bentuk ayat ‘Penafian’ yang memberikan faedah ‘keumuman’.

(3)   Iaitu beribadah hanya kepada Allah semata-mata sepertimana firman Allah SWT.
سُوۡرَةُ الاٴنبیَاء


وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيۡهِ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدُونِ (٢٥)

“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu.” (Al Anbiyaa’: 25)

Ianya adalah agama Islam dimana Allah menyatakan menerusi firmanNya:

سُوۡرَةُ آل عِمرَان


وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ  (٨٥)
                                                                                 
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (Ali-imran: 85)


(4)   Bermaksud: “Dengan makna kalimat ini telah yang telahpun disebutkan diatas dalam pernyataan

Ertinya:

“Maka amat menghairankan bagi orang yang mendakwa dirinya sebagai orang Islam, sedangkan dia tidak mengetahui makna kalimah ini….”.

Engkau akan memperolehi dua faedah: (1)  Gembira dengan kemuliaan dan rahmat Allah seperti mana firman Allah SWT:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal).” (Yunus: 58)

Takut yang amat besar (2)[dari melakukan syirik]

(1)               Perkataan : “  افا  دِكَ ” Ertinya: “Engkau akan memperolehi ( faedah) sebagai jawapan daripada pernyataanya:  “     َِۡاذاعرفتَِۡ مَا نكر ت لكَ   ”

Ertinya: “apabila engkau telah mengetahui apa yang telah saya sebutkan kepadamu….”

Dia akan memperolehi perkara tersebut (dua faedah) dari dua sudut:

Pertama:

Bahawa Allah SWT membuka hatimu sehingga engkau dapat mengetahui makna yang benar daripada kalimat yang agung ini iaitu: : ّ لا إله إلاَّ الله”

Ini merupakan kurnia yang amat besar dan rahmat daripada Allah. Kegembiraan dengan memperolehi nikmat seperti ini adalah diantara perkara yang diperintahkan oleh Allah untuk bergembira mengenainya. Dalilnya seperti apa yang disebutkan diatas. Mengenai firman Allah SWT:
سُوۡرَةُ یُونس


قُلۡ بِفَضۡلِ ٱللَّهِ وَبِرَحۡمَتِهِۦ فَبِذَٲلِكَ فَلۡيَفۡرَحُواْ هُوَ خَيۡرٌ۬ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ (٥٨)

"Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)."(Yunus: 58)

Kegembiraan seseorang hamba terhadap nikmat Allah yang diberikan kepadanya berupa ilmu dan ibadah adalah diantara perkara yang dipuji sepertimana yang terdapat dalam hadith yang berbunyi:

“Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan: bergembira ketika berbuka puasa dan bergembira ketika bertemu Tuhannya.” (bukhari: kitabus-Saum dan muslim kitabus-siyam fadhilat al syiam)

(2)                Ia itu daripada engkau mengerjakan seperti apa yang mereka kerjakan yang tidak mengetahui makna kalimat itu dan ia adalah bahaya yang amat besar.

Kami memeranginya disebabkan kekufurannya itu. Oleh kerana dia telah mengetahui agasma yang dibawa oleh rasul, tetapidia tidak mahu mengikutinya. Dia telahpun mengetahui syirik namun dia tidak meninggalkan syirik itu. Sedangkan dia tidak membenci terhadap orang yang mengikuti agama rasul dan tidak  pula membenci terhadap orang yang mengikuti rasul itu. Dia tidak pula memuji-muji syirik dan tidak mempengaruhi orang lain untuk melakukan syirik.

Kedua:

Orang yang telah mengetahui tauhid. Akan tetapi ternyata dia menghina agama yang dibawa oleh Rasul. Sedangkan dia mendakwa dirinya melaksanakan ajaran Rasul itu. Telah ternyata dia memuji-muji orang yang beribadah kepada Yusus al-Ashgar dan memuji-muji orang yang beribadah kepada Ali, dan khaidir dikalangan penduduk Kuwait.

Dia memulkiakan mereka lebih daripada orang yang mentauhidfkan Allah dan orang yang meninggalkan syirik. Kelompok ini lebih memrbahaya daripada kelompok yang pertama. Dalam perkara ini, Allah SWT berfirman:

سُوۡرَةُ البَقَرَة


وَلَمَّا جَآءَهُمۡ كِتَـٰبٌ۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ۬ لِّمَا مَعَهُمۡ وَكَانُواْ مِن قَبۡلُ يَسۡتَفۡتِحُونَ عَلَى ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُواْ ڪَفَرُواْ بِهِۦ‌ۚ فَلَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلۡكَـٰفِرِينَ(٨٩)

“Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al-Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan Al-Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu.” (Al Baqarah : 89)

Perkara tersebut mengenai mereka yang dinyatakan Allah melalui firmanNya:

سُوۡرَةُ التّوبَة


وَإِن نَّكَثُوٓاْ أَيۡمَـٰنَهُم مِّنۢ بَعۡدِ عَهۡدِهِمۡ وَطَعَنُواْ فِى دِينِڪُمۡ فَقَـٰتِلُوٓاْ أَٮِٕمَّةَ ٱلۡڪُفۡرِ‌ۙ إِنَّهُمۡ لَآ أَيۡمَـٰنَ لَهُمۡ لَعَلَّهُمۡ يَنتَهُون َ (١٢)

“Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat)”. (At Taubah: 12)

Ketiga:
Orang yang tel;ahpun mengetahui tauhid. Dia menyukai dan mengiukutinya. Dia telah mengetahui tentang syirik dan dia meninggalkan syirik itu. Akan tetapi dia membenci orang yang menggolongkan dirinya dalam tauhid. Dia suka orang tersebut kekal dalam kesyirikkan. Orang ini juga aadalah kafir berdasarkan firman Allah SWT:
سُوۡرَةُ محَمَّد


ذَٲلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَـٰلَهُمۡ  (٩)

“Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.” (At taubah: 9)

Keempat:
Orang yang terselamat daripada tiga kelompok diatas. Akan tetapi penduduk negerinya secara terang-terangan memusuhi ahli tauhid (orang yang mentauhidkan Allah) dan sebaliknya mereka mengikuti orang-orang yang berbuat syirik. Mereka berusaha memerangi ahli tauhid. Dia beralasan bahawa menjadi keberatan baginya untuk meninggalkan negerinya , lalu dia pun bergabung bersama-sama penduduk negerinya memerangi ahli tauhid. Dia mengorbankan harta dan jiwa raganya untuk memerangi mereka. Orang seperti ini juga adalah kafir.

Menggabungkan diri, berjihad bersama-sama dengan penduduk newgerinya dengan jiwa raga dan harta bendanya , sedangkan jihad mereka itu bertujuan untuk memutuskan agama  Allah dan RasulNya lebih besar kedudukannya dan lebih merbahaya dibandingkan jika penduduk negerinya menyuruhnya untuk meninggalkan puasa dan dia tidak mungkin untuk berpuasa kecuali dengan cara memisahkan dirinya daripada mereka, tetapi dia menuruti kehendak mereka atau sekiranya penduduk negerinya menyuruhnya untuk menikahi isteri ayahnya dan dia tidak mungkin untuk meninggalkannya kecuali apabila dia memisahkan dirinya daripada mereka, namun dia menuruti tututan mereka itu. Dia juga adalah kafir dan tergolong orang orang yang dinayatakan oleh allah menerusi firmanNya:

سُوۡرَةُ النِّسَاء


سَتَجِدُونَ ءَاخَرِينَ يُرِيدُونَ أَن يَأۡمَنُوكُمۡ وَيَأۡمَنُواْ قَوۡمَهُمۡ كُلَّ مَا رُدُّوٓاْ إِلَى ٱلۡفِتۡنَةِ أُرۡكِسُواْ فِيہَا‌ۚ فَإِن لَّمۡ يَعۡتَزِلُوكُمۡ وَيُلۡقُوٓاْ إِلَيۡكُمُ ٱلسَّلَمَ وَيَكُفُّوٓاْ أَيۡدِيَهُمۡ فَخُذُوهُمۡ وَٱقۡتُلُوهُمۡ حَيۡثُ ثَقِفۡتُمُوهُمۡ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكُمۡ جَعَلۡنَا لَكُمۡ عَلَيۡہِمۡ سُلۡطَـٰنً۬ا مُّبِينً۬ا  (٩١)

“Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh) dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.” (An Nisaa’: 91)


Dipetik dari kasyfus syubhat

Oleh: Perihatin

Apa itu Taqwa?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebelum tidur, kita selalu muhasabahkan diri kita bukan?


Apa yang saya dah buat hari ni?
Dah baca Al Quran ke belum?
Dah baca MAKSUD Quran?
Dah senyum sentiasa ke?
Dah berhenti bermasam muka ke?
Dah tolong org ke?
Dah study?
Dah gunakan masa dengan betul?
Dah bersabar dgn sabar yg sebaik2 nye ?
Dah berhenti merungut ke?
Dah berhenti mengomel ke?
Dah berhenti cakap yg tak bermanfaat ke?
Dah itu ini itu ini ke???????

Lalu,  dalam sesi muhasabah itu, anda terjumpa perkara jahat/ perkara tidak baik/ perkara DOSA yg anda lakukan hari itu..apa yg anda buat? ..

Dah bertaubat kah?
Dah minta maaf?
Dah DENDA diri sendiri?????

Antara 5 jalan menuju ketaqwaan itu, salah satunya ialah MUAQABAH iaitu mendenda diri. Denda di sini bermaksud mendenda diri dgn sesuatu baik yg makin mendekatkan diri kepadaNya.

Sungguh banyak ayat-ayat Al-Quran yg menerangkan tentang kelebihan orang yg bertaqwa..

Dalam kita sibuk2 berbicara tentang taqwa, jelas-kah pengertian 'taqwa' pada anda? Apa itu taqwa?

Apa yg dimaksudkan dgn taqwa?

Bagaimana nak bertaqwa ?

Apakah anda tahu maksud taqwa itu ??

Apakah ayat pertama dalam Al-Quran yg tertulis perkataan taqwa?-->

Surah apa, ayat keberapa??

Jawapannya:

Ayat ke-2 surah Al-Baqarah..selepas Alif Lam Mim,

"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bg mereka yg bertaqwa, iaitu mereka yg beriman kpd yang ghaib, melaksanakan solat..."

Kalau kita halusi akan definisi taqwa dalam Al Quran :

"Taqwa iaitu mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya."

Umar al-Khattab bertanya Ubai b Kaab makna taqwa. Ubai menjawab, "Pernahkah kamu melalui jalan yg berduri?"

Jawab Umar, "Sudah tentu."

Kata Ubai, "Apa yg kamu lakukan?"

Jawab Umar,

"Saya menyingsing pakaian dan berjalan penuh berhati2 agar tidak terkena duri2."

Kata Ubai, " Itulah Taqwa."

TAQWA itu ibarat org yg berjalan di jln yg Berduri. Bagaimana dia berjalan?

Pastilah dengan penuh berhati2. Duri itu dianggap ibarat dosa kecil dan luka itu ibarat perkara yg makruh. Sudah tentu luka itu pedih apabila terkena air.

disini kita boleh perhatikan, dalam ketaqwaan, ada keberhati-hatian. Orang yang betul-betul bertaqwa akan menjaga dirinya agar jangan sampai melanggar ketentuan Allah dan seboleh mungkin melaksanakan apa2 yg diperintahkan.


Jalan Menuju Ketaqwaan.

1. Muahadah,
Hendaklah kita mengingati perjanjian kita dengan Allah iaitu dengan menjadikan Allah sebagai Rabb. Al-fatihah, Doa Iftitah.

2.Muraqabah
Merasakan keagungan Allah swt setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiranNya di kala bersendirian ataupun dikhalayak ramai. IHSAN

3. Muhasabah
Menghisab diri ketika selesai melakukan amal perbuatan.Apakah tujuan amal hanya untuk mendapatkan redhaNya @ apakah amalnya dicemari sifat riya’?

4.Mu’aqabah
Memberi hukuman pada diri, agar tidak mudah untuk melanggar kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengakibatkan kesalahan itu sukar untuk ditinggalkan. Contoh: Berpuasa anda buat salah  dapat A. baca Quran 10 muka sehari kalau buat salah B.

5.Mujahadah
Memaksa diri dengan tegas, serius dan penuh semangat dan FAHAM untuk tetap mentaati suruhan Allah di kala terseret dengan kemalasan dan cinta dunia

Dari Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah SAW bersabda, "Di antara ciri sempurnanya keislaman seseorang adalah meinggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya".-Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan lainnya)

Dalam realiti sekarang..Dan ini adalah cabaran keimanan bagi umat Muhammad SAW diakhir zaman apabila ketaqwaan umatnya diuji.. Kita di uji, sebagaimana para sahabat diuji. Cuma keadaan berbeza. Para sahabat mendapat pendidikan langsung dari Rasulullah berbanding dgn kita, Tetapi ganjaran pahala untuk kita adalah lebih besar berbanding umat yang mendapat fikrah Islam semasa mereka hidup bersama Rasulullah.

Kita jauh berpisah dengan kehidupan Islam sebenar.Paginya Islam, tetapi petang kafir. Malah ada yg mengaku mereka ini ahli sunnah, yg mendokong penuh terhadap Islam. Tetapi dalam masa yang sama mereka terlibat dengan perkara-perkara yang mungkar.


Setinggi mana ilmu seseorang, sedalam mana kefahaman menelaah tentang  Islam. Menyingkap rahsia Al Quran, mendalami Al Quran, Jika tidak bertaqwa, maka orang itu tidak beruntung dan tidak mendapat kemenangan seperti difirmankan oleh Allah SWT dlm surah an-Nur : 51-52..

سُوۡرَةُ النُّور


إِنَّمَا كَانَ قَوۡلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ إِذَا دُعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحۡكُمَ بَيۡنَهُمۡ أَن يَقُولُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٥١) وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَيَخۡشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقۡهِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ (٥٢)

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (An Nur: 51-52)

Mahu tidak mahu kita  kena tegakkn syariat Islam. Tak boleh berlembut dengan mereka-mereka yg menentangNya. Walaupun dia seorang Islam dan begitu juga dgn org-orang kafir..

سُوۡرَةُ التّوبَة

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ ڪُلِّهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ (٣٣)

”Dia telah mengutuskan Rasulnya(Muhammad) dengan membawa pertunjuk (al-Quran) dan agama yang benar, untuk dimenangkan-Nya dan ditinggikannya atas seluruh agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” (At-Taubah: 33)

Wassalam

By: Perihatin

Saturday, September 26, 2009

Sesuatu yang Haram Berlaku Untuk Semua Orang



Perkara yang diharamkan di dalam Islam bersifat menyeluruh dan menghambat. Di sana tidak ada suatupun perkara yang diharamkan untuk orang ajam dan dihalalkan untuk orang Arab. Tidak ada suatu perkara yang dilarang untuk orang berkulit hitam dan dibenarkan untuk orang berkulit putih. Tidak ada satu perkara yang diharuskan atau diberi rukhsah (keringanan) yang dikhususkan untuk satu lapisan masyarakat atau satu puak tertentu yang bertindak menurut kehendak nafsu mereka atas nama rukhsah serta berselindung di sebalik nama paderi, pendeta, raja dan orang-orang suci. Malah tidak ada keistimewaan untuk orang Islam tertentu sehingga berlaku, suatu perkara itu haram atas orang lain dan halal untuk dirinya sendiri. Sama sekali tidak berlaku perkara ini. 

Sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan untuk semua manusia. Begitu juga dengan syariat. Ia adalah untuk semuanya. Apa yang Allah Taala halalkan dengan syariatNya, maka ia halal untuk semuanya. Dan apa yang diharamkan, maka ia diharamkan untuk semuanya. Perkara ini berlaku hingga hari kiamat.

Mencuri sebagai contoh, hukumnya adalah haram. Samada yang mencuri itu orang Islam atau bukan Islam, samada yang dicuri itu harta orang Islam atau bukan Islam, maka hukum ini akan tetap berlaku tidak kira apa keturunannya dan darjat kedudukannya.


Inilah apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan apa yang dinyatakannya:


Ertinya:

"Demi Allah! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, pasti akan kupotong tangannya." (Riwayat Bukhari)


Pada zaman Rasulullah s.a.w. pernah berlaku satu kecurian yang dilakukan oleh orang Islam. Telah berlaku satu kesamaran berkisar masalah orang Yahudi dan orang Islam. Sebahagian dari keluarga orang orang Islam yang mencuri ini telah melemparkan tuduhan ke atas orang Yahudi dengan mendatangkan beberapa bukti. Mereka cuba mengelakkan tuduhan mencuri ke atas sahabat mereka. Sedangkan pada hakikatnya orang Islam inilah yang mencuri. Sehinggalah mereka bertemu dengan Rasulullah s.a.w. mengadukan hal berkenaan dengan anggapan baginda s.a.w. akan melepaskannya.

Dengan peristiwa ini Allah menurunkan wahyuNya membongkar kejahatan mereka ini dan membebaskan Yahudi berkenaan. Rasulullah s.a.w. telah mencela mereka ini dan meletakkan kebenaran di tempatnya. Firman Allah Taala:


Ertinya: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu kitab dengan benar, supaya kamu menghukum diantara manusia dengan (faham) yang Allah beritahukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi pembela orang-orang yang khianat. Dan minta ampunlah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan belas-kasihan. Dan janganlah kamu membela orang-orang yang mengkhianati dirinya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka berkhianat dan berbuat dosa. Mereka bersembunyi (berlindung) kepada manusia, tetapi tidak hendak bersembunyi kepada Allah, padahal Dia selalu bersama mereka ketika mereka mengatur siasatnya itu di waktu malam, iaitu sesuatu yang tidak diridhai dari perkataan itu, dan Allah maha meliputi semua apa yang mereka perbuat. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang yang membela mereka di dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan membela mereka dari hukuman Allah kelak di hari kiamat? Atau siapakah yang akan mewakili untuk (menghadapi urusan) mereka itu?" (an Nisa': 105-109)


Golongan Yahudi telah beranggapan bahawa riba adalah haram jika yang berhutang meminjam itu adalah dari kalangan Yahudi. Manakala jika yang berhutang itu bukan Yahudi, mereka membenarkan mengambil riba dari mereka. Inilah apa yang tersebut di dalam Ulangan 23: 19-20:

"Maka tak boleh kamu mengambil riba daripada saudaramu, samada riba wang, atau riba makanan, atau riba barang sesuatu yang dapat makan riba. Maka daripada bangsa lain boleh kamu mengambil riba, tetapi daripada saudaramu tak boleh kamu mengambil riba."


Sikap yang seumpama ini telah diceritakan oleh al-Quran, di mana mereka membenarkan perbuatan khianat terhadap orang yang bukan dari bangsa dan penganut agama mereka. Mereka tidak sedikitpun melihat bahawa perbuatan itu sebagai berdosa. Ia disebutkan di dalam al-Quran:
 

Ertinya: "Di antara mereka ada beberapa orang yang apabila diserahi amanat dengan satu dinar pun, dia tidak hendak menyampaikan amanat itu kepadamu, kecuali kalau kamu terus-menerus berdiri (menunggu); yang demikian itu kerana mereka pernah mengatakan. tidak berdosa atas kami (untuk memakan hak) orang-orang bodoh itu, dan mereka juga berkata dusta atas (nama) Allah, padahal mereka sudah mengerti." (Ali-Imran: 75)


Memang benar, mereka telah berdusta atas nama Allah, kerana syariatNya tidak pernah membeza-bezakan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sesungguhnya, perbuatan khianat ini telah diharamkan melalui lidah para rasul dan nabiNya.


Kita amat kesalkan tentang jiwa israeliyah ini yang merupakan satu kebiadapan yang amat tidak bertamadun. Ia tidak layak sama sekali untuk dinisbahkan kepada agama samawi. Kerana akhlak yang mulia, malah akhlak yang benar ialah sesuatu yang bersifat menyeluruh. Oleh itu ia tidak ia tidak menghalalkan untuk satu pihak dan mengharamkan untuk pihak lain. Perbezaan antara kita dan golongan tidak bertamadun ini adalah di sekitar sempit luasnya ruang lingkup akhlak. Bukannya perbezaan itu dari sudut ada ataupun tidak adanya akhlak berkenaan. Sebagai contohnya, sifat amanah.. bagi mereka ia adalah satu sifat yang terpuji, tetapi hanya khusus untuk anak bangsa satu puak sahaja, antara sesama mereka. Manakala apabila keluar dari ruang lingkup puak atau kelompok perbuatan khianat dibenarkan. Malah ia disukai, atau… Ia diwajibkan.
 

Penulis Qishah al-Hadharah mengatakan:
 

“Sesungguhnya setiap kelompok manusia dapat dikatakan hampir serupa dalam pegangan mereka bahawa kelompok bangsa merekalah yang terbaik sekali berbanding kelompok lain. Kaum Indian di Amerika menganggap diri mereka bangsa pilihan Tuhan. Tuhan mencipta mereka dengan jiwa yang besar khusus sebagai suri teladan kepada bangsa-bangsa lain. Manakala salah satu dari puak dari bangsa Indian menganggap diri mereka sebagai manusia yang tiada tolok bandingnya. Puak lain pula beranggapan bahawa diri mereka adalah manusia di antara manusia. Puak Caribion pula mengatakan: Kami sahajalah manusia.
 
Natijah dari semua ini ialah, manusia yang tidak bertamadun (primitif) dalam layanan mereka terhadap kelompok lain tidak menggunakan tatacara akhlak yang mereka gunakan terhadap kelompok mereka sendiri. Jelaslah kepada kita bahawa akhlak amat berfungsi memperteguh kelompoknya dan memperkuatkan keupayaan mereka ketika berhadapan dengan kelompok-kelompok lain. Oleh itu, kewajipan-kewajipan akhlak dan perkara-perkara yang terlarang tidak akan berlaku melainkan untuk kelompok mereka sahaja. Manakala kelompok lain, tidak lebih hanya sebagai tetamu sahaja. Mereka boleh untuk mengikuti sekadar yang mereka mahu terhadap tradisi kelompok lain.”

By: Perihatin

Wednesday, August 26, 2009

3 Yang Sering Kita Lupakan

Kalau saja kita halusi dan cermati, di dalam Al-Qur’an dan Al-Hadis ada bahagian-bahagian dari beberapa hal yang diterlupakan dan sering dilupakan. Bahkan mungkin dianggap tidak penting atau mungkin tidak terfikirkan keberadaannya.

3 yang harus ditaati manusia:
Allah, Rasulullah, dan Ulil Amri.
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan Ulil Amri di antara kamu. Kemudian jika engkau berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika engkau benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisaa’: 59)
Ulama berbeda pendapat mengenai makna ulil amri. Sejumlah kitab tafsir, khususnya kitab tafsir klasik semisal Tafsir at-Thabari dan Ruh al-Maani, hanya menyebutkan contoh ulil amri itu pada jabatan atau profesi yang dipandang bersesuaian pada masanya. Sedangkan Tafsir al-Maraghi, yang merupakan kitab tafsir yang ditulis pada abad 20 ini, menyebutkan contoh-contoh ulil amri itu tidak hanya berkisar pada ahlul halli wal aqdi, ulama, pemimpin perang saja, tetapi juga memasukkan profesi wartawan, buruh, pedagang, petani ke dalam contoh ulil amri.
Namun perlu diperhatikan bahwa perintah taat kepada ulil amri tidak digandingkan dengan kata “taat”, sebagaimana kata “taat” yang digandingkan dengan Allah dan Rasul
“

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”.(An nisaa’: 59)

Quraish Shihab, memberi ulasan yang menarik:

“Tidak disebutkannya kata “taat” pada ulil amri untuk memberi isyarat bahwa ketaatan kepada mereka tidak berdiri sendiri tetapi berkaitan atau bersyarat dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul, dalam arti bila perintahnya bertentangan dengan nilai-nilai ajaran Allah dan Rasul-Nya, maka tidak dibenarkan untuk taat kepada mereka.
Dalam hal ini dikenal kaidah yang sangat populer yaitu:

“La thaat li makhluqin fi ma’shiyat al-Khaliq”
Tidak dibenarkan adanya ketaatan kepada seorang makhluk dalam kemaksiatan kepada Khaliq (Allah).”
3 sumber hukum Islam:

Al-Qur’an, Hadits, dan Ijtihad.

Dari Mu’adz bin Jabal ra, bahwa Rasulullah SAW ketika akan mengirimnya ke Yaman bertanya:
“Ya Mu’adz bagaimana caranya engkau memutuskan perkara yang dibawa orang kepadamu?”
“Saya akan memutuskannya menurut yang tersebut dalam Kitabullah”, jawab Mu’adz.
Nabi SAW bertanya lagi:
“Kalau engkau tak menemukan hal itu dalam Kitabullah, bagaimana?”
Mu’adz menjawab:
“Saya akan memutuskannya menurut Sunnah RasulNya”
Lalu Nabi SAW bertanya lagi:
“Kalau hal itu tidak ditemukan juga dalam keduanya, yakni Kitabullah dan Sunnah Rasul, bagaimana?”
Lalu Mu’adz menjawab:
“Jika tidak terdapat dalam keduanya saya akan berijtihad tanpa ragu sedikitpun.,/p>
Mendengar jawaban itu, Nabi Muhammad SAW lalu meletakkan kedua tangannya ke dada Mu’adz dan berkata:
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufiq utusan Rasulullah, sehingga menyenangkan hati Rasul-Nya.”(HR Imam Tirmidzi dan Abu Dawud)
Penggunaan tiga sumber nilai itu hendaknya diprioritaskan yg pertama, kemudian yang kedua dan selanjutnya baru yang ketiga. Konsekuensinya adalah apabila bertentangan satu dengan yg lain, maka hendaknya dipilih Al-Qur’an terlebih dahulu, kemudian yg kedua Al-Hadis. Berbeda dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, ijtihad terikat dengan ketentuan-ketentuan sebagi berikut :

a. Pada dasarnya yang ditetapkan oleh ijtihad tidak dapat melahirkan keputusan yang mutlak absolut. Sebab ijtihad merupakan aktifitas akal pikiran manusia yang relatif. Sebagai produk pikiran manusia yang relatif maka keputusan daripada suatu ijtihad pun adalah relatif.


b. Sesuatu keputusan yang ditetapkan oleh ijtihad, mungkin berlaku bagi seseorang tapi tidak berlaku bagi orang lain. Berlaku untuk satu masa / tempat tapi tidak berlaku pada masa / tempat yang lain.


c. Ijtihad tidak berlaku dalam urusan penambahan ‘ ibadah mahdhah. Sebab urusan ibadah mahdhah hanya diatur oleh Allah dan Rasulullah.


d. Keputusan ijtihad tidak boleh bertentangan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah.


e. Dalam proses berijtihad hendaknya dipertimbangkan faktor-faktor motifasi, akibat, kemaslahatan umum, kemanfaatan bersama dan nilai-nilai yang menjadi ciri dan jiwa daripada ajaran Islam.


3 pilar utama dalam agama:

Islam, Iman dan Ihsan.

Diriwayatkan dari Umar ra beliau berkata:
“Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, datanglah seorang yang berpakaian putih bersih dan berambut hitam kelam yang tak nampak padanya tanda-tanda perjalanan jauh, namun tak satupun dari kami yang mengenalnya. Lalu orang itu duduk menghadap Rasulullah SAW hingga kedua lututnya bersentuhan dengan lutut Rasulullah SAW dan ia pun meletakkan kedua telapak tangannya di paha Rasulullah SAW, lalu berkata:
“Wahai Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam!”
Lalu Rasulullah SAW menjawab:
“Islam itu adalah engkau bersaksi bahwa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan menunaikan haji jika engkau mampu menegerjakannya.”
Orang itu berkata:
“Benar engkau !”
Kami semua hairan, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan.
Orang itu berkata lagi:
‘Beritahukan kepadaku tentang Iman!”
Rasulullah SAW menjawab:
“Bahawa engkau beriman kepada Allah, para malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulnya, hari kiamat, dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.”
Orang itu berkata:
“Benarlah engkau!”
Dia berkata lagi:
“Beritahukan kepadaku tentang Ihsan!”.
Rasulullah SAW menjawab:
“Bahawa engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya, engkau merasa sedang dilihat oleh Allah SWT.”
Orang itu berkata lagi:
“Beritahukan kepadaku tentang kiamat!”
Rasulullah SAW menjawab:
“Tidaklah orang yang ditanya mengenainya (kiamat) lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.”
Orang itu berkata lagi:
“Kalau begitu beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!”
Rasulullah SAW menjawab:
“Akan engkau jumpai sahaya wanita melahirkan tuannya, dan akan engkau lihat orang-orang bertelanjang kaki dan dada, miskin, dan penggembala domba (kemudian) sama bermegah-megahan di dalam gedung-gedung”.
Kemudian orang itu pun bertolak pergi. Maka aku pun berada dfalam kebingungan.
Kemudian Rasulullah SAW berkata:
“Wahai Umar! Tahukah engkau siapakah orang yang datang bertanya itu?”
Aku menjawab:
“Allah dan RasulNyalah yang lebih tahu.”
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya dia adalah Jibril. Dia datang untuk mengajarimu tentang agamamu.” (HR Muslim)

Rukun Islam, Iman, dan Ihsan adalah tripod (penopang berkaki tiga) yang menunjang tegaknya agama Allah SWT pada diri manusia. Ketika satu dari kaki-kaki penopang itu hilang maka agama itu tidak akan tegak pada diri seseorang.

Ihsan berisi gambaran batin yang semestinya terjadi pada seseorang yang sedang beribadah. Rasa atau kesadaran sedang dilihat oleh Allah SWT, kesadaran akan kehadiran Allah yang dekat dengan dirinya. Aspek dalam rukun Islam berisi ketentuan beribadah, dan dalam rukun Iman ada pokok keyakinan, sedang dalam rukun Ihsan adalah bentuk pengamalannya.
3 tugas Rasulullah:
Tilawah, Taklim, dan Tazkiyah.
"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah : 129)
Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka,yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkanmereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar benar dalam kesesatan yang nyata,(Al-Jumu’ah : 2)
"Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul diantara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al Kitab dan Al-Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.(Al-Baqarah : 151)
Tazkiyah menurut bahasa berasal dari akar kata zakaa, berarti “berkembang”. Sedangkan yang dimaksud disini ialah membersihkan jiwa atau mensucikan qalbu kita dari segala penyakit hati akibat dosa-dosa yang telah menjerat kita. Nabi telah menjelaskan makna tazkiyah nufus (pembersihan jiwa), meyakini bahwa Allah selalu bersamanya dimanapun ia berada. Tanpa kesucian jiwa maka makna ayat-ayat yang dibacakan tak akan terpahami dengan baik, tak juga ayat-ayat itu terasakan sebagai penggerak yang memotivasi orang untuk mengamalkannya.
Perhatikan surah Al-Baqarah ayat 129, sebelum Rasulullah SAW diutus ke muka bumi, Nabi Ibrahim dalam do’anya menempatkan tugas mensucikan di urutan terakhir. Namun pada Al-Jumu’ah ayat 2 dan Al-Baqarah ayat 151, Allah menempatkan tugas Rasul untuk mensucikan kita sebelum Taklim Alkitab dan Al-Hikmah. Ini menunjukkan pentingnya tazkiyah bahkan sebelum kita mempelajari Alkitab dan Al-Hikmah.
Banyak yang dapat membacakan ayat-ayatNya kepada kita, bahkan sekarang ini fungsi tilawah telah banyak tergantikan oleh berbagai media seperti kaset, CD/VCD/DVD. Kita pun dapat berguru kepada para ulama dan ustadz untuk mempelajari dan mengkaji Alkitab dan Al-Hikmah, makin banyak ustadz yang memimpin majlis-majlis taklim, baik langsung maupun menggunakan fasilitas 'distance learning' melalui radio/tv dan internet. Tapi siapa yang mentazkiyah diri kita saat ini?
Adakah para ustadz/kyai itu dapat mentazkiyah jiwa kita?
Apakah para murabbi kita juga sudah tersucikan jiwanya sehingga mampu mentazkiyah kita?
Kadang kadang kita katakan, tak perlu tazkiyah secara formal, lakukan saja ibadah-ibadah yang ada dengan ikhlas dan tekun, nanti jiwa akan tertazkiyah sendiri. Betulkah? Bagaimana kita dapat ikhlas kalau belum tazkiyah. Islam, Iman dan Ihsan
Rasulullah SAW mendapatkan tilawah, tazkiyah, dan taklim dari malaikat Jibril. sahabat mendapatkannya dari Rasulullah SAW. Para tabi’in dari para sahabat… begitulah seterusnya. Tapi lagi-lagi, siapa yang mentazkiyah kita saat ini?
Kadang-kadang kita terlalu arogan dengan mengatakan tak perlu tazkiyah dan orang yang mentazkiyah, karena hubungan kita dengan Allah SWT bersifat langsung dan individual, tak memerlukan perantara. Tapi betulkah kita, dengan segala kekotoran kita dapat terhubung langsung dengan Allah?
Bukankah Rasulullah SAW sebelum mi’raj pun ditazkiyah dulu qalbunya oleh Jibril?
Masukilah rumah lewat pintunya. Pelajarilah agama melalui sumbernya. Seraplah cahaya ilahiah melalui salurannya. Mursyid itu perlu! Kita tidak akan pandai tanpa guru (bukankah dikatakan, siapa yang belajar tanpa guru maka gurunya adalah syaitan…).
Jiwa tidak dapat dibersihkan tanpa ada yang men-tazkiyah-nya. Tentu jangan sembarang orang kita jadikan mursyid. Bagaimana ia akan men-tazkiyah diri kita kalau dia pun belum tersucikan jiwanya. Carilah mursyid yang berkualifikasi wali. Bukan wali murid, atau wali nikah,
tapi wali Allah.
Carilah olehmu seorang Mursyid yang Kamil Mukammil (seorang mursyid yang sudah sempurna dalam wushulnya kepada Allah dan dapat menyempurnakan muridnya untuk juga wushul kepada Allah). Seorang waliyullah yang musalsal (bersambung silsilahnya hingga kepada Rasulullah SAW - Jibril - Allah SWT).

By: Perihatin

Friday, August 14, 2009

Renungan 1

Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Katsier bin Qays berkata:
Saya duduk bersama Abur Darda' r.a. di Masjid Damsyik, tiba-tiba datang seorang dan berkata:
"Saya datang kepadamu dari Madinah, kerana saya mendengar bahawa kamu meriwayatkan satu Hadis dari Rasulullah SAW."
Lalu ditanya oleh Abu Dardaa':
"Apakah kamu tidak datang untuk berdagang atau hajat keperluan lain-lainnya, betul-betul kamu tidak datang kecuali untuk belajar hadits ini?"
Jawabnya:
"Benar-benar saya tidak datang kemari kecuali untuk belajar Hadis ini."
Maka Abu Dardaa' berkata:
"Saya telah mendengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang berjalan di jalan untuk menuntut ilmu:
• maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan syurga.
• Dan malaikat selalu menghamparkan sayapnya untuk menaungi orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan.
• Dan seorang yang alim itu dimintakan ampun oleh semua penduduk langit dan bumi dan ikan-ikan di dalam air' dan kelebihan seorang alim terhadap seorang ahli ibadat sebagaimana kelebihan bulan purnama terhadap lain-lain bintang.
• Dan, ulama' itu sebagai pewaris dari nabi-nabi, dan nabi-nabi itu tidak mewariskan harta perak atau emas, tetapi mereka mewariskan ilmu, maka siapa yang mendapatkannya bererti telah mendapat bahagian yang sebanyak-banyaknya."
By: Perihatin

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)