Monday, August 24, 2009

PARA WALI

Para wali adalah kekasih-kekasih Allah; golongan yang amat hampir dengan Allah(muqarrabin)..Allah jelaskan dalam satu hadis qudsi bahawa mereka itu mendengar dengan pendengaran Allah, melihat dengan penglihatan Allah, dan berkata-kata dengan perkataan ALLAH. Memuliakan mereka bererti memuliakan ALLAH.... Manakala menghina mereka bererti juga menghina ALLAH.
__Sebab itu Allah berfirman dalam hadis qudsi lain:"Barangsiapa memusuhi waliku, maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya. "(Riwayat Al Bukhari). Berkata seorang ulamak yang arif dalam tilisannya bahawa: "Wali ALLAH atau kalimah jamaknya aulia ALLAH juga ertinya pemimpin. Jadi seseorang ulama yang mencapai darjat wali ALLAH ini adalah kekasih ALLAH yang dilantik oleh ALLAH untuk memimpin.  

Wali ALLAH adalah orang yang paling bersih, murni , lahir dan batin.....
Ulamak sufi menjelaskan bahawa terdapat bermacam2 jenis atau peringkat wali dilantik oleh ALLAH dengan syarat2 perlantikan yang hanya Allah jua mengetahuinya..,iaitu:


 
1.GHAUS(kutubul Aqthab)
Ghaus adalah gelaran  kpada ketua wali disesuatu zaman.ketua wali disebut juga Sultanul Aulia.Ghaus cuma seorang untuk satu zaman.


2.Wali kutub.
Istilah jamak(ramai)bagi kutub ialah aktab.Bilangan wali Kutub disetiap zaman ialah empat orang.

3.Wali Najib.
Najib gelaran bagi seorang.kalau ramai disebut Nujabak.Bilangan mereka dsetiap zaman 300orang.

4.Wali Watad.
JAmaknya Autad .Bilangan wali Autad untuk satu2 zaman ialah empaty orang.

5.Wali BAdal.
Jamak bagi Badal ialah Abdal.Bilangan mereka 40 hingga 60 orang untuk sezaman.Ada qaul mengatakan 30 orang,14 orang dan ada mengatakan hanya tujuh orang saja.

6.Wali Naqib.
Panggilan ramai bagi Naqib ialah Nuqabak.Bilangan untuk sezaman ialah 40 orang.
  Disenaraikan antara wali2 besar yang sebahagiannya bukan saja memerintah negeri dan negara bahkan memerintah dunia:


1.Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. terutama khulafa'ur Rasyidin.

2.Imam-imam mazhab(dalam ilmu feqah dan tauhid)terutamanya imam mazhab yng empat.

3.Para mujaddidi terutamanya Sayidina Umar Abdul Azizi(mujaddidi kurun pertama)dan Imamul Mahdi(mujaddid kurun ke-15).

4.Para perawi Hadis seperti Imam Bukhari,Imam Termizi dan Imam Muslim.

5.Pengasas-pengasas tareqat seperti Tareqat Naqsyabandiah,AHmadiah,Qadariah,Aurad Muhammadiah dan lain-lain.....

6.Ulama-ulama besar sufi seperti Imam Hassan Al Basri,Syeikh Junaid Al BAghdadi,Syeikh Abu YAzid Bustami,Syeikh Abdul Kadir Jailani,Imam Al Ghazali,Syeikh Abu hassan syazali,Imam sayuti,Imam Nawawi,Syeikh RAmli dan ramai lagi.....

7.Dikalangan wanita,antaranya ialah Sayidah Nafisah dan Rabiatul Adawiyah.Juga isteri2 Rasulullah s.a.w. dan puterinya Fatimah Az Zahrah....
Terdapat wali yang tidak kenal kewalian dan kemuliaan mereka, malah disangka gila. Misalnya Uwais Al QArni yang hidup sezaman dengan Rasulullah tetapi tidak pernah berjumpa baginda.kewaliannya diberitahu oleh baginda Rasulullah sendiri kpada saiyina Umar Al khattab dan Saiyidina Ali bin Abi TAlib........
By: perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)