Showing posts with label Sejarah Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Kelantan. Show all posts

Sunday, May 2, 2010

Trajedi bersejarah_Kelantan

negeri kelantan

Dalam kesempatan ini abg lokan nk bbari pasal beberapa kejadian yg berlaku dikelantan. di antara beberapa kejadian ini adalah di kira sgt penting jugak bagi orang tua2 kelantan dulu2. Sebagaimana kita maklum bahawa tok nenek kita dulu2 ni kebanyakannya buta huruf, kalau ada yg jenis buleh baca dan menulis ni hanya sikit sangat mugo sekolah pun tak jenuh supo lo ni.

Jadinya bagi mereka2 ini kalau nak menceritakan sesuatu mereka akan mengenang sesuatu peristiwa yg pernah berlaku di zaman mereka. Sebagai contoh, orang tua2 kita zaman dulu ni bukannya amik tahu pasal surat beranak ni, bg mereka itu semua tidak penting termasuk arwah ayah abg lokan sendiri. Bila kerajaan nk buat pendaftaran utk nak buat kad pengenalan maka di situlah telah menjadi masaalah kerana masing2 tidak tahu tahun berapa mereka di lahirkan.

Maka dengan mengingati beberapa peristiwa inilah akan dapat di jadikan sebagai kayu ukur utk mengandaikan berapakah sudah umur si anu itu. Umpamanya dalam sesi perbualan antara orang tua2 dulu mengenai umur ini mereka sering berbual:


T : Masa bah air merah  tu demo besar mano doh?
J : Kawe tak masok jawi lagi….demo besar mano?
T : Aeh…gemuloh mok ni royak kawe dok dale 40 lagi..
J : Hooh kalu ggitu demo ni mudo pado kawe banyok bena  lagi..

Berpandu kpd detik peristiwa sprt ini-lah orang tua dulu dapat mengetahui berapa umur masing2. Kalau perbualan itu berlaku pada tahu 2008 dan bah air merah pula berlaku pada 1926,  maka umur si T sekarang lebih kurang 94 tahun kerana budak zaman dulu masuk jawi umur antara 12-15 tahun, kadang2 dah tumbuh bulu pahat baru masuk jawi…bkn macam sekarang. Umur si J pula ialah 72 tahun kerana tahun 1926 itu umurnya lebihkurang sebulan.

1849-Gajah Mengamuk.
Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari se ekor gajah yang mengamok. Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh Datok Kaya Pahlawan Kadok (Tok Kadok).

1880-Angin Besar.
Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua kelantan sebagai "angin besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu 13hb nov hingga waktu subuh hari ahad. Mengikut bari orang tua2 sebelum itu tak ada lagi angin yang begitu dahsyat.

1881-Binatang Mati.
Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.

1882-Peristiwa Kelaparan.
Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut, tp orang zaman tu mana la tau nak sebut benda ni sumo). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Trengganu, Kedah, Perak dan Johor.

Ekoran dari penghijrahan ini abg lokan pernah di ceritakan oleh salah seorang guru abg lokan, yang menceritakan bahwa abang kepada bapa mertuanya berhijrah ke Sungai Siput perak dengan berjalan kaki merentasi banjaranTitiwangsa.

1897-Bah Urai.
Bandar Kota Bharu telah di landa banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam air untuk di tanam.

1909-Api Hj Samba.
Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut api hj samba.

1910- Lembu Belaga Harimau.
Telah di adakan perlagaan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di jel burok jalan Tok Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba2 harimau melompat keluar dan mencakar orang2 yang berada di situ menyebabkan ramai juga yang mati.

1915-Musoh Tok Janggut.
Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di kelantan ialah cerita pemberontakan tok janggut menentang inggeris di kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24mei 1915 kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah.

1921-Puja Umor.
Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan sultan. Sambutan yang telah di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.

1922-Rombongan Kebudayaan.
Pada 25hb mac satu rombongan kebudayaan telah di hantar ke Singapura sempena dengan Malay & Borneo Exhibition. Para serta terdiri dari 20 orang besilat, 60 orang jong kayuh perahu, 12 orang pemain bolasepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, 2 orang penenun kain sonket. Puok dikir barat demo tak padah sebab belum wujud lagi.

1926-Bah Air Merah.
Banjir ini berlaku pada 24hb dec yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Air banjir ini di katakan berwarna kemerah2an dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua2 itulah banjir yang paling besar yg belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2hb jan 1927.

1927-Kota Bharu Terbakar. Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13hb jan 1927. Antara harta benda yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang cina yang terbakar bernama Bah Cik.

1931-Wayang Gambar.
Pertama kali tayangan wayang gambar di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11hb mei 1931.

1927-Sarkas.
Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di kelantan pada 14hb oktober 1927.

1941-Perang Jepun. Tentera jepun telah menyerang  Kuala Pak Amat pada 8hb disember 1941 jama 12.25 pagi iaitu kira2 10 minit awal dari jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera jepun mendarat melalui kuala pak amat ini. Jepun di katakan memerintah tanah melayu lebih kurang 3 tahun setengah. Pada 15hb ogos 1945 tentera jepun menyerah kalah.

1957-Merdeka.

Artikel di tulis oleh Lokanbertepuk dari Forum Komuniti Dikir Barat Malaysia

Kelantan dalam catatan purba


Sejarah awal Kelantan belum diketahui secara pasti. Catatan bangsa Eropa dan China yang ditulis pada masa lalu dapat dijadikan sebagai rujukan untuk memotret fakta dan gambaran tentang asal-usul keberadaan Negeri Kelantan. Berikut ini adalah catatan-catatan singkat yang dimaksud:

1. Berdasarkan catatan Claudius Ptolemy, ahli bumi dan ilmu falak berkebangsaan Yunani, dalam bukunya Geography of Eastern Asia yang ditulis pada abad ke-2 M, disebutkan nama tiga buah tempat, yaitu “Kole Polis”, “Primula”, dan “Tharra” yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.


2. G. E. Gerini, peneliti berkebangsaan Itali, mengatakan bahawa “Kole Polis” terletak di Kelantan. Ia menganggap nama Kelantan adalah gabungan kata dari “Kolo” dengan kata “Thana” atau “Tanah”, hingga menjadi “Kolathana” atau “Kolamtanah” atau “Kolantan”.

3. Sejak abad ke-6 M, catatan-catatan sejarah China menyebut Kelantan dengan berbagai nama. Pada masa Kerajaan Liang (502-557 M), orang China menyebut “Tan-Tan”. Pada masa Kerajaan Tang (618-906 M), orang China menyebut “Tann-Tann”. Sedangkan pada masa Kerajaan Sung (960-1279 M), Kelantan disebut dengan kata “Chi-lan-chau” atau “Chi-lan-tan”. Pada awal abad ke-17 M, Kelantan disebut dengan “Ko-lan-tan” atau “Ku-lan-tan”.

4. Selain “Tan-Tan” atau “Tann-Tann”, ada sebuah negeri lagi yang disebut-sebut oleh orang-orang China, yaitu “Chit-tu” yang bererti Negeri Tanah Merah dan dikaitkan dengan Negeri Kelantan.

 
Berdasarkan letak geografinya, sebahagian ahli sejarah justru beranggapan bahwa Chit-tu (Tanah Merah) atau “Raktamrittika” adalah Kelantan itu sendiri. Seorang ahli sejarah Eropah, Paul Wheatley cenderung mempercayai bahawa Chit-tu itu terletak di Kelantan. Hal itu bermula dari sejarah Kerajaan Raktamrittika yang didirikan pada abad ke-6 M oleh Raja Gautama, putra Raja Kalahtana. Chit-tu pernah menjadi wilayah taklukan Kerajaan Funan. Pada tahun 1225 M, Kelantan pernah ditakluk oleh Sriwijaya.

Pada tahun1411 M (814 H), Negeri Kelantan mulai dipimpin oleh seseorang bernama Raja Kumar. Namun, pakar-pakar sejarah belum dapat menentukan dari mana asal Raja Kumar. Hanya ada sebuah data yang menyebutkan bahawa Raja Kumar pernah menjalin hubungan dengan Raja China. Misalnya, pada tahun 1412 M, Raja Kumar menerima pemberian berupa kain-kain sutera dan surat puji-pujian dari Raja China.

Sebahagiannya dari sumber:
Hamid, Rogayah A. dan Mariyam Salim, Kesultanan Melayu Kelantan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006).

Islam: Dari Patani hingga ke Palembang

Pembahasan tentang Dunia Melayu secara keseluruhan, tidak mungkin tanpa menyertakan wilayah Patani sebagai salah satu bahagian di dalamnya. Secara sejarah, wilayah Patani sejak awal telah memiliki keberkaitan dengan dunia Melayu, baik dalam bidang sosial, politik, perdagangan, ataupun kesusasteraan dan budaya.

Patani, yang secara geografis terletak di pesisir timur wilayah Selatan Thailand ini, sebelumnya pernah menjadi salah satu pusat kerajaan Melayu, dan hingga kini, sisa-sisa kejayaannya tersebut masih kelihatan, terutama kerana komuniti Muslim Melayu di Patani masih menggunakan bahasa Melayu (dialek Yawi/Jawi) dalam kehidupan seharian mereka.
Patani_1
Penggunaan bahasa Melayu ini nampaknya bukan kerana mereka tidak menguasai bahasa Thai, tetapi lebih merupakan upaya perumusan identiti etnik dan agama, kerana bagi mereka, bahasa Melayu tidak sekadar berfungsi sebagai bahasa ibu (mother tongue) belaka, lebih dari itu, bahasa Melayu adalah juga identiti keberagamaan.

Dalam hal ini, menjadi Melayu berarti menjadi seorang Muslim, kerana bahasa Melayu sangat erat terkait dengan Islam dan berbagai warisan budayanya. Inilah, antara lain, yang membezakan secara jelas Muslim Melayu-Patani dengan komuniti Thai lainnya, baik dalam hal bahasa, adat istiadat, agama, ataupun pola pikir mereka.

Kini, Patani merupakan salah satu dari empat daerah paling selatan di Thailand,
selain Yala, Narathiwat, dan Satun. Sejak awal, keempat daerah ini memang merupakan asas penting komuniti Melayu yang hampir seluruhnya beragama Islam.

Patani sendiri pernah menjadi salah satu pusat pendidikan Islam, dan—dalam konteks dunia Muslim Melayu—bahkan pernah dijuluki sebagai cradle of Islam. Sebutan ini nampaknya tidak terlalu berlebihan jika melihat kenyataan bahawa sejak dekad pertama abad 18 hingga awal abad 19, Patani telah melahirkan beberapa ulama terkenal dan produktif seperti Syaikh Dawud al-Fattani dan Syaikh Ahmad al-Fattani. Di antara para ulama Melayu, Syaikh Dawud al-Fattani bahkan pernah dianggap sebagai “the most productive author of Kitab Jawi in the nineteenth century”. Ia telah menghasilkan sebanyak 66 kitab berkaitan pelbagai bidang keislaman. Berkaitan dengan keberadaannya sebagai pusat kebudayaan Islam-Melayu, Patani menjadi rujukan masyarakat Muslim Melayu untuk memperolehi pendidikan dasar keislaman sebelum mereka melanjutkan menimba ilmu di lembaga-lembaga pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Haramayn: Makkah dan Madinah.
Murid-murid yang datang untuk belajar di Patani pun berasal dari berbagai belahan Dunia Melayu, termasuk Melayu-Indonesia.  

Di antara ulama Melayu-Indonesia yang pernah menempuh pendidikan dasarnya di beberapa lembaga pendidikan tradisional (pondok) di Patani adalah Syaikh Abdussamad al-Palimbani, seorang ulama yang paling produktif dan paling terkemuka dari Palembang. Di Patani inilah sesungguhnya al-Palimbani memperoleh “modal awal” untuk menjadi seorang pengarang dan penerjemah kitab di dunia Melayu.

Dalam konteks pendidikan ini, Patani sesungguhnya memiliki budaya dan karakter yang unik, baik yang berkaitan dengan masyarakat ataupun institusinya. Seperti halnya di wilayah Melayu-Nusantara lain, seperti Indonesia, Patani melahirkan banyak institusi pendidikan tradisional yang disebut pondok, dengan “tok guru” (Jawa: Kiai) sebagai pemimpin spiritualnya.

Melalui insitusi pondok ini, Patani berhasil menarik perhatian kelompok Muslim di wilayah lain untuk datang dan belajar agama di sana. Akhirnya, melalui proses belajar-mengajar di pondok yang berlangsung secara bersama inilah, Patani kemudian menjadi salah satu early center of Islam, atau, seperti telah dikemukakan, sebagai cradle of Islam in Southeast Asia. Kita boleh menyebut beberapa pondok yang beberapa di antaranya masih dapat dijumpai hingga kini, yakni Pondok Dalo, Pondok Semla, Pondok Bermin, Pondok Mango, dan beberapa pondok lain yang namanya selalu dihubungkan dengan “tok guru”nya masing-masing.

Perihatin

The connection between Java, Kelantan and Johor


Java was a powerful Hindu-Buddhist kingdom which paid tribute to the Hindu-Buddhist Kings (later Sultans) of Johor. In the 10th century, Java defeated Johor in a battle and the King of Johor ended up paying tribute to the King of Java.

The Javanese and the Kelantanese of Kelantan and Patani also frequently intermarried.
Kelantan acted as Java’s “right-hand-man” collecting tribute from Johor.

Two of the most famous Hindu-Buddhist temples built in Java are located in Borobudur and Prambanan, both in Central Java near Jogjakarta, the ancient capital of Java.The Kings of Johor and Java collaborated in building the temples.

Java became Muslim in the 13th century thanks to the peaceful missionary activities of Kelantanese royals.
In 1602, the Dutch seized the city of Jakarta, one of Java’s main ports which was founded by a Kelantanese prince and missionary Sunan Ahmad who married into Javanese royalty.

Johorean Malay culture is a blend of indigenous Johorean (Temuan), Bugis (Orang Selat) and Javanese (Orang Kuala). There is also a strong Arab influence, particularly in traditional music.The musical instruments such as the Gambus (Lute) are of Arab origin.The Zapin dance is also of Arab origin, as is the Hamdolok opera.

The Kuda Kepang (Hobby Horse) dance is popular in Johor. It is of Kelantanese and Javanese origin and tells the story of the Nine Walis (Nine Teachers-Wali songo) who brought Islam to Java from Kelantan in the 14th century.


The indigenous Johoreans (Temuans) have a famous legend which is Malaysia’s equivalent of Greece’s Hercules - Badang. Badang was a fisherman who became a superhuman after rescuing a water genie. He became a brilliant military strategist of the Sultan of Johor and defended Johor from Siamese attacks.

A famous legend also occurred in Batu Pahat in 1776 - the legend of Awang, Dayang And The Spear.

A Kelantanese man named Awang returned to Parit Raja in Batu Pahat after travelling for three years. He was about to marry his Bruneian (Kedayan) fiancee Dayang, but soon learnt that she had been engaged to another man, a Bugis named Bachok.


Dayang’s family thought Awang had died and planned to have her marry Bachok, who had befriended the family.At the wedding ceremony, Awang speared Bachok, who in turn speared the man standing next to him.
Every man who was speared, speared the man standing beside him. 99 people were speared to death, the last being Dayang’s father, who was standing in front of her.
Awang eventually fled to Mersing, and Dayang remained single for life.
- Taken from Wikipedia and Malaysiana 1

Bendera lama Kelantan Darul Naim (1912-1923)


Saturday, August 29, 2009

Cik Siti Wan Kembang





•Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussin.
•Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.
•Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.
•Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang

•Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.
•Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.
•Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.
•Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.
•Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.
•Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.
•Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.

Asal-usul Kerajaan Jembal

•Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.
•Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.
•Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.
•Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.
•Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.
•Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.


Pertabalan Raja Sakti

•Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.
•Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;
~ Raja Adiluddin (Raja Loyar)
~ Raja Bahar (Raja Udang)
~ Raja Omar (Raja Ekok)
~ Raja Sungai
~ Puteri Sayu Bari
~ Puteri Unang Melor
~ Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar

•Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.
•Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.
•Raja Omar sebagai Raja Muda.
•Raja Sungai sebagai Temenggong.
•Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.
•Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu
roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan adalah baik. •Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang
puteri bernama Puteri Mariam.
•Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.
•Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.
•Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.
•Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah

•Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.
•Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong.
•Namun pinangan itu ditolak.
•Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.
•Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).
•Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.
•Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal disana.
•Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam

•Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.
•Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.
•Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.
•Angkatan Siam mara pula ke Melor.
•Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar

•Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.
•Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.
•Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang

•Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.
•Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.
•Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.
•Satu pertengkaran telah berlaku.
•Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.
•Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim

•Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai. •Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.
•Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.
•Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.
•Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim

•Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.
•Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi TasikLelayang Mandi.
•Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar


•Kelantan amat maju di bawah Sultan Omar.
•Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.
•Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.
•Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.
•Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.
•Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.
•Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani

•Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.
•Mereka ialah;
~ Tuan Sulong (Long Sulong)
~ Tuan Senik (Long Senik)
~ Tuan Besar (Long Bahar)
•Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.
•Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.
•Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat


•Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.
•Baginda mangkat pada tahun 1721
•Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.
•Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.
•Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong


•Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.
•Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.
•Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.
•Baginda memerintah 5 tahun sahaja.
•Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah
•Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.
•Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.
•Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.
•Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.
•Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.
•Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)