Saturday, October 17, 2009
Koleksi Hadis
Maka sabda Nabi s.a.w., "Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah) memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya, serta rezeki yang sudah dibagi-bagi, yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya, dan tak dapat diundur sedikit jua dari waktu yang telah ditetapkan semula.
Seandainya engkau mohon kepada Allah Ta'ala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur, itu adalah lebih baik dan lebih bagus." (H.R Muslim - 2286)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersaabda:
"Orang mukmin yang kuat (jasmani dan Rohani) lebih disukai Allah Ta'ala daripada orang mukmin yang lemah.
Namun begitu, kedua-duanya sama-sama mempunyai kelebihan. Jagalah agar kamu selalu dalam keadaan (situasi) yang bermanafaat bagi dirimu dan mohonlah selalu perlindungan kepada Allah Ta'ala dan jangan bosan. Jika engkau mendapat cobaan, jangan berkata:
"Seandainya (tadi) aku perbuat begini dan begitu (tentu tidak akan begini jadinya)".
Tetapi ucaplah: "Allah Maha Kuasa berbuat sekehendakNya." kerana kata-kata "Law" (seandainya) memberi peluang bagi setan." (H.R. Muslim -2287)
By Perihatin
Friday, October 16, 2009
Rukun Ibadah
1. cinta mahabbah
2. takut khauf
3. harap raja’
kesemuanya haruslah diserahkan kepada Allah semata. semoga kalam yang singkat ini ada manfaatnya
Sunday, October 4, 2009
Seorang wali Allah pernah berkata:
- Apa sahaja yang membawa anda kepada Allah, itu adalah agama. Dan apa saja yang menjauhkan diri anda daripada melihat Allah , itu adalah Dunia.
Saturday, September 26, 2009
Perihal 7 ayat
Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selamat, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.
Islam muncul dalam keadaan asing
By: Perihatin
Wajib Sampaikan Ilmu
Melalui ilmu, manusia berkuasa, ramai pengaruh dan pengikut.
Justeru, janganlah seseorang itu sombong dan membanggakan diri dengan ilmu yang sedikit.
Seseorang yang mencintai ilmu, hatinya sentiasa terpaut dengan majlis ilmu walaupun jarak jauh yang perlu ditempuh, tenaga dan masa yang perlu dikorbankan.
Namun, jangan lupa, mereka yang menuntut ilmu, menjadi kewajipan kepadanya menyampaikan ilmu kepada mereka yang tidak hadir dalam majlis itu.
Sampaikan sama ada melalui mata pena (penulisan) atau lidah. Ini sesuai dengan hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:
"Sampaikan daripadaku (meskipun satu ayat)".
Mereka yang mempunyai ilmu keagamaan wajib menyampaikan, tidak boleh disembunyikan walaupun satu ayat. Ini seperti sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Sesiapa yang mengetahui sesuatu ilmu itu lalu disembunyikan akan dia, nescaya Allah akan mengalungkan kepadanya di hari akhirat dengan kalungan dari neraka".
Monday, September 14, 2009
Kita adalah orang-orang yg terakhir
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Kita adalah orang-orang yang terakhir dan kita jugalah orang-orang yang mendahului umat manusia pada Hari Kiamat. Setiap umat dikurniakan Kitab sebelum kita. Kemudian kita pula diberi kitab sesudah mereka. Oleh itu, inilah hari yang ditentukan oleh Allah untuk kita. Allah memberi petunjuk kepada kita pada hari tersebut. Umat-umat lain akan mengikuti kita pada hari itu, kaum Yahudi esok dan kaum Nasrani lusa
Sunday, September 6, 2009
Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita
By: Perihatin
Saturday, September 5, 2009
orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas
By Perihatin
Ayat-ayat yang telah dibatalkan
ALQURAN 2:105-106
105. Orang2 Kafir dari Ahli Al Kitab (Yahudi dan Kristen) dan orang2 Musyrik tidak suka diturunkan ayat ayat Allah (AlQuran) kepada kamu (Muhammad), sesungguhnya hanya ALLAH yang menentukan kepada siapa yang dikehendakinya untuk menerima rahmah (kasih sayang yang tertulis di dalam AlQuran).
106. Ayat ayat (Taurat dan Injil) yang telah kami batalkan (Nasikh), atau kami jadikan manusia lupa (Mansukh) kepadanya, kami ganti dengan yang lebih baik (AlQuran). Tidakkah kamu mengetahui bahwa ALLAH adalah Tuhan yang Maha Berkuasa.
Ummat Yahudi, Ummat Nasrani (Kristen) dan orang2 Musyrik (Polytheist) tidak pernah senang kepada Nabi Muhammad; karena Allah telah membatalkan Taurat dan Injil; kemudian ALLAH menggantikannya dengan AlQuran.
AL Kitab (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru) di dalam Bahasa Indonesia; diterjemahkan dari Bahasa Inggris iaitu Bible. Kita tidak menemukan kosa kata Injil di dalam Bible (bahasa Inggris) pada New Testament. By Perihatin
Friday, September 4, 2009
Tiga perkara yang akan dibawa takkala bertemu Allah s.w.t:
1. Ilmu yang berguna
2. Anak yang soleh
3. Amal jariah
Ayat terakhir surah terakhir 9 hari sebelum Muhammad saw meninggal
“ Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak). Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (Al Baqarah 278-281)
Yang Paling Menakutkan
Amal Maaruf nahi Mungkar
Jauh lah kebanyakkan dari sangkaan
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik Kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani." (Surah Al Hujuraat : 12)
Mutiara Al quran
850. Mengucapkan kata "ah" kepada orang tua tidak dibolehkan oleh agama, apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” (Al Ahqah : 15)