"Barangsiapa diantara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Jika sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman." [Mengajak manusia melakukan kabaikan dan mencegah kemungkaran](H.R Muslim)
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar 217; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS. 3:104)
217: "Ma'ruuf" ialah segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah, sedangkan "munkar" ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya.
"Sesungguhnya Allah Taala berfirman kepada seorang hamba pada hari qiamat, iaitu: Apakah yang meng halang engkau dari mengubah yang mungkar apabila engkau melihatnya? Ia menjawab: Hai Tuhanku! Kerana aku takut kepada manusia. Lalu Allah berfirman: Engkau lebih berhak takut kepada Ku."
No comments:
Post a Comment