Wednesday, September 30, 2009

Dasar Hukum Tasauf

Dalam perbahasan masaalah dasar hukum tasauf/tariqat ini, sebenarnya dapat dilihat melalui beberapa segi yang terdapat didalam tasauf/tariqat itu sendiri, sehingga dari sini secara amnya dapat diketahui secara jelas tentang kedudukan hukumnya didalam Islam. Disamping itu juga, bagi menghindarkan adanya penilaian atau persepsi negastif terhadap tasauf/tarikat itu sendiri.

Menurut penyelidikan Para Ulama' ahli sufi uyang mu'tabarah, sebenarnya dasar hukum tasauf/tariqat dapat dilihat dari segi yang antara lainnya adalah sebagai berikut:

1. Dari segi existensi amalan tersebut yang bertujuan hendak mencapai perlaksanaan syariat secara tertib dan teratur serta teguh diatas norma-norma yang semestinya dikehendakki oleh Allah dan RasulNya. Hal ini sesuai dengan firmanNya yang bermaksud:

"Dan bahawasanya jikalau kita tetap berjalan lurus diatas jalan-jalan itu (agama Islam) benar-benar Kami akan memberikan minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak)." (Al Jin: 16)

Ayat ini dijelaskan oleh Para Ulama' ahli sufi dan dijadikan pegangan hukum dasar melaksanakan amalan-amalan yang diajarkan. Meskipun masih ada sebahagian orang yang menentang dijadikannya ayat ini sebagai dasar hukum tersebut (tasauf).

Menurut tinjauan Ulama' ahli Sufi ayat diatas secara formal (bunyi lafaznya) mahupun material (isi yang tersirat didalamnya) adalah jelas merupakan tempat sumber hukum diizinkan melaksanakan amalan-amalan kerohanian. Kerana dengan mengamalkan tasauf/tarikat akan dapat diperolehi tujuan sebenar dalam melaksanakan syariat Islamn yang sebenar-benarnya sesuai dengan yang mesti dikehendakki oleh Allah dan RasulNya.

2. Dari segi material pokok amalan tasauf/tariqat yang berrupa wirid zikrullah, baik yang dilakukan secara mulazamah iaitu secara terus menerus, ataupun yang dilakukan secara mukhalafah maksudnya terus menerus menghindarkan diri dari segala sesuatu yang dapat membawa akibat lupa kepada Allah.

Hal ini sesuai dengan firman allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya diwaktu pagi dan petang." (Al ahzab: 421-42)

Melihat maksud ayat ini, maka jelas bahawa Allah telah memerintahkan kepada sekalian orang yang beriman untuk tetap sentiasa berzikir dan bertasbih dengan menyebut nama Allah baik dilakuikan pada waktu pagi atau petang, siang atau malam.

Jadi amalan zikir sebagaimana yang terdapat didalam firman Allah SWT tersebut adalah jelas bersifat "muthlaq" yang belum nampak ada "Qayyid" nya. Dalam erti bahawa syariat zikir, bentuk asal hukumnya masih global. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak banyak memberikan perincian atau 'Qayyid' baik yang berbentuk syarat-syarat, rukun-rukun ataupun kifiat-kifiat.

Dari sini maka tugas umat manusia inilah yang diberikan kuasa untuk menciptakan syarat, rukun dan kifiat-kifiat zikrullah asalkan ianya tidak menyimpang dati tuntunan syara' secara principil. itul;ah sebabnya amak para Ulama Sufi sama menciptakan zikrullah dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu serta bentuk kifiat yang bermacam-macam. Misalnya tentang waktu, jumlahnya, cara membacanya dan sebagainya.

3. Dari segi sasaran pokok yang hendak dicapai dalam mengamalkan tasau/tariqat yakni terwujudnya rasa cinta antara hamba dengan Allah lantaran ketekunan dan keikhlasan dalam menjalankan syariatNya secara utuh dan terasa indah oleh pautan sinar cahaya Allah.

Sebagaimana diterangkan didalam hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud:

"Diriwayatkan dari Abu hurairah berkata bahawa pada suatu hari Nabi berada ditengah-tewngah sekelompok orang ramai, tiba-tiba ada seorang lelaki (Jibrail) datang kepadanya seraya bertanya:
"Apakah Iman?"

Nabi menjawab: Iman ialah:
1. Kamu percaya adanya Allah
2. Dan percaya kepada malaikat
3. Percaya akan bertemu Allah diAkhirat
4. Percaya terhadap Para RasulNya
5. Percaya kepada adanya hari kebangkitan.

Selanjutnya lelaki tersebut bertanya lagi kepada Nabi:

"Apakah Islam?"

Jawab Nabi:

"Islam ialah menyembah kepada Allah dan jangan menyekutukanNya, mengerjakan solat (fardhu), menunaikan zakat, berpuasa dibulan ramadhan."

Kemudian lelaki itu bertanya lagi:

"Apakah Ihsan itu?"

Jawab Nabi:
"Ikhsan iaitu keadaan engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya maka Allah melihat engkau."

Dari petikan Hadis riwayat bukhari

Dalam hadis ini dapat kita fahami adanya beberapa pengertian bahawa kehidupan agama dalam jiwa seseorang akan menjadi lebih sempurna jika dapat dikumpulkan tiga fakta pokok yang sanga menentuklan iaitu:
Iman, Islam dan Ikhsan

Masing-masing dapat dicapai lantaran mempelajari dan memahami serta mengamalkan Ilmu-Ilmu yang membicarakan tentang masaalahnya. Para Ulama' dari kalangan aliran/mazhab apapun sama berpendirian bahawa fakta Iman dapat dipelajari daripada Ilmu pengetahuan  yang dinamakan Ilmu Usuluddin atau Ilmu Kalam atau juga Tauhid. Sedangkan Islam dapat dipelajari daripada Ilmu Fiqh atau sering jugha dikenali dengan sebutan Ilmu Syariat. Demikian pulak halnya dengan ikhsan dapat dicapai dengan mempelajari dan mengamalkan Ilmu tasauf/tariqat.

Iman, Islam dan Ikhsan_ Ketyiga-tiganya ada kaitan erat dalam mencapai sasaran pokok yakni 'mengenal Allah untuk diyakini'. Hal ini menuntut terwujudnya sikap tindak tanduk perbuatan nyata dalam hidup ini. sebagai bukti kepatuhan melaksanakan segala yang diperintah, dikerjakan dan yang dilarang ditinggalkan dengn penuh Ikhlas kerana Allah semata-mata disertai dengan penuh rasa cinta terhadapNya. manakala keadaan semacam ini sdah sampai pada puncaknya maka akan tercapailah hakikat tujuan hidup yang sebenarnya sesuai dengan yang dikehendakki oleh Allah SWT sendiri pada syariat yang dibawa oleh Muhammad s.a.w.

Wassalam

By: Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)