Thursday, September 3, 2009

Pesan Rasulullah kepada sayyidina Ali

Perintah-perintah Nabi SAW sama ada al-Qur'an atau pun hadis, ada yang nasikh dan ada yang mansukh, khas dan am, muhkam dan mutasyabih. Dan ada kata-kata yang dilaporkan daripada Nabi SAW mengandungi dua makna, bersifat umum dan khusus seperti juga yang terkandung dalam al-Qur'an. Allah Azza Wa-Jalla berfirman dalam KitabNya [bermaksud]:" Apa yang diberikan oleh RAsul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." [59:7]

Sekarang, apa yang dimaksudkan oleh Allah dan RasulNya kekal kabur kepada mereka yang tidak mengetahui. Bukan semua sahabat-sahabat Nabi SAW mengemukakan pertanyaan kepadanya atau cuba memahaminya, kerana Allah [pada suatu ketika] melarang mereka daripaa mengajukan soalan dalam firmanNya [bermaksud]:

" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan [kepada Nabimu] hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakannya di saat al-Qur'an itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan [kamu] tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. Sesungguhnya telah ada segolongan manusia sebelum kamu menanyakan hal-hal yang serupa itu [kepada Nabi mereka], kemudian mereka tidak percaya kepadanya." [Al Maidah 5:101-102].

Oleh kerana itu, mereka dilarang dari megemukakan pertanyaan sehinggakan mereka rasa suka jikalau ada seorang Arab Badwi [kampung] yang datang dan mengemukakan soalan kepada Nabi SAW, mereka dapat mendengarnya.

Aku [Imam Ali AS] sering mengunjungi Rasulullah SAW, setiap malam, dan setiap hari [kami berdua sahaja] di mana Rasulullah SAW akan menjawab soalan-soalanku dan aku sering mengikuti beliau SAW ke mana sahaja beliau pergi. Sahabat-sahabat RAsulullah SAW amat mengetahui bahawa beliau SAW tidak memperlakukan hal yang serupa itu kepada orang lain selain daripada diriku. Dan hal ini lazimnya berlaku di rumahku. Dan bila aku mengunjungi beliau SAW di rumah kediamannya SAW, maka beliau akan meminta isteri-isteri beliau meninggalkan majlis kami supaya tinggal kamu berdua sahaja. Dan apabila beliau mengunjungiku, beliau akan meminta semua orang meninggalkan majlis kami kecuali Fatimah atau salah seorang daripada anakku dan apabila beliau SAW ditanya maka beliau SAW akan menjawab pertanyaanku itu. Dan apabila aku diam dan aku tidak mempunyai pertanyaan lagi, beliau SAW akan memulakan penjelasan-penjelasannya pula.

Demikian itu, maka tidak ada wahyu yang diturunkan kepada Nabi SAW berkenaan ayat-ayat Qur'an, atau apa saja yang diajarkan oleh Allah SWT kepada beliau berkenaan yang halal dan haram, perintah atau larangan, ketaatan atau dosa, perkara yang lalu atau yang akan datang - tetapi beliau SAW akan mengajar perkara-perkara tersebut kepadaku dan memintaku membacanya dan menyebutkannya kepadaku dan aku akan menuliskannya dengan tanganku sendiri. Beliau SAW akan menjelaskan kepadaku ta'wil yang sebenarnya dan maksud yang zahir dan batin dan aku akan menetapkan perkara itu dalam ingatanku dan tidak akan lupa walaupun satu huruf daripadanya.

Apabila Rasulullah SAW mengajarku, beliau SAW akan melekapkan tangannya di dadaku dan berkata: Wahai Allah! Penuhkan kalbunya dengan ilmu pengetahuan, kefahaman, nur, kesabaran dan iman; ajarkannya dan jangan biarkannya berada dalam kejahilan; jadikan ia seorang yang mengingati dan tidak lupa.

Aku berkata kepada beliau pada suatu hari:

“Semoga bapa dan ibuku menjadi tebusanmu, wahai Rasulullah SAW! Adakah anda takutkan aku lupa?”

Dan beliau bersabda:

“Wahai saudaraku! Aku tidak takutkan kamu lupa atau jahil. Allah Azza Wa-Jalla telah memberitahukan kepadaku bahawa Dia telah menerima doa-doaku tentang dirimu dan sekutu-sekutumu, yang akan datang selepasmu.”

Dan aku berkata:

“Wahai Rasulullah, siapakah sekutu-sekutuku itu?”

Dan beliau menjawab:

“ Mereka ialah orang-orang yang ketaatan terhadap diri mereka telah dikaitkan oleh Allah dengan ketaatan terhadap DiriNya dan ketaatan terhadapku.”

Dan aku berkata:

“Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”

Dan beliau bersabda:

“Mereka adalah orang-orang yang Allah firmankan [bermaksdu]:" Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, dan taatilah Rasul[Nya} dan ulil amri di antara kamu." [4:59]

Dan aku berkata:

“Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu?”

Beliau berkata:

“ Mereka adalah awsiya' [pemegang wasiat[pewaris]]-AhlulBait_ yang akan menjadi awsiya' selepasku. Mereka tidak akan berpisah [dari al-Qur'an] sehingga mereka menemuiku di al-Hawd, [mereka] memberi petunjuk dengan haq dan diberikan petunjuk dengan haq. Pembohongan daripada para pembohong tidak akan mengenai mereka atau penghinaan daripada orang-orang yang hina [tidak akan mencacatkan kemuliaan mereka]. Mereka [para Imam] adalah bersama al-Qur'an dan al-Qur'an bersama mereka; mereka tidak akan meninggalkan al-Qur'an dan al-Qur'an tidak meninggalkan mereka. Melalui mereka ummahku akan mendapat petunjuk dan melalui mereka ummah akan mendapat manfaat dan melalui mereka kehancuran dapat dihindarkan dan melalui mereka, doa-doa akan didengar."

By: Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)