Perkara yang diharamkan di dalam Islam bersifat menyeluruh dan menghambat. Di
Sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan untuk semua manusia. Begitu juga dengan syariat. Ia adalah untuk semuanya. Apa yang Allah Taala halalkan dengan syariatNya, maka ia halal untuk semuanya. Dan apa yang diharamkan, maka ia diharamkan untuk semuanya. Perkara ini berlaku hingga hari kiamat.
Mencuri sebagai contoh, hukumnya adalah haram. Samada yang mencuri itu orang Islam atau bukan Islam, samada yang dicuri itu harta orang Islam atau bukan Islam, maka hukum ini akan tetap berlaku tidak kira apa keturunannya dan darjat kedudukannya.
Inilah apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan apa yang dinyatakannya:
Ertinya:
"Demi Allah! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, pasti akan kupotong tangannya." (Riwayat Bukhari)
Pada zaman Rasulullah s.a.w. pernah berlaku satu kecurian yang dilakukan oleh orang Islam. Telah berlaku satu kesamaran berkisar masalah orang Yahudi dan orang Islam. Sebahagian dari keluarga orang orang Islam yang mencuri ini telah melemparkan tuduhan ke atas orang Yahudi dengan mendatangkan beberapa bukti. Mereka
Dengan peristiwa ini Allah menurunkan wahyuNya membongkar kejahatan mereka ini dan membebaskan Yahudi berkenaan. Rasulullah s.a.w. telah mencela mereka ini dan meletakkan kebenaran di tempatnya. Firman Allah Taala:
Ertinya: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu kitab dengan benar, supaya kamu menghukum diantara manusia dengan (faham) yang Allah beritahukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi pembela orang-orang yang khianat. Dan minta ampunlah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan belas-kasihan. Dan janganlah kamu membela orang-orang yang mengkhianati dirinya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka berkhianat dan berbuat dosa. Mereka bersembunyi (berlindung) kepada manusia, tetapi tidak hendak bersembunyi kepada Allah, padahal Dia selalu bersama mereka ketika mereka mengatur siasatnya itu di waktu malam, iaitu sesuatu yang tidak diridhai dari perkataan itu, dan Allah maha meliputi semua apa yang mereka perbuat. Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang yang membela mereka di dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan membela mereka dari hukuman Allah kelak di hari kiamat? Atau siapakah yang akan mewakili untuk (menghadapi urusan) mereka itu?" (an Nisa': 105-109)
Golongan Yahudi telah beranggapan bahawa riba adalah haram jika yang berhutang meminjam itu adalah dari kalangan Yahudi. Manakala jika yang berhutang itu bukan Yahudi, mereka membenarkan mengambil riba dari mereka. Inilah apa yang tersebut di dalam Ulangan 23: 19-20:
"Maka tak boleh kamu mengambil riba daripada saudaramu, samada riba wang, atau riba makanan, atau riba barang sesuatu yang dapat makan riba. Maka daripada bangsa lain boleh kamu mengambil riba, tetapi daripada saudaramu tak boleh kamu mengambil riba."
Sikap yang seumpama ini telah diceritakan oleh al-Quran, di mana mereka membenarkan perbuatan khianat terhadap orang yang bukan dari bangsa dan penganut agama mereka. Mereka tidak sedikitpun melihat bahawa perbuatan itu sebagai berdosa. Ia disebutkan di dalam al-Quran:
Ertinya: "Di antara mereka ada beberapa orang yang apabila diserahi amanat dengan satu dinar pun, dia tidak hendak menyampaikan amanat itu kepadamu, kecuali kalau kamu terus-menerus berdiri (menunggu); yang demikian itu kerana mereka pernah mengatakan. tidak berdosa atas kami (untuk memakan hak) orang-orang bodoh itu, dan mereka juga berkata dusta atas (nama) Allah, padahal mereka sudah mengerti." (Ali-Imran: 75)
Memang benar, mereka telah berdusta atas nama Allah, kerana syariatNya tidak pernah membeza-bezakan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sesungguhnya, perbuatan khianat ini telah diharamkan melalui lidah para rasul dan nabiNya.
Kita amat kesalkan tentang jiwa israeliyah ini yang merupakan satu kebiadapan yang amat tidak bertamadun. Ia tidak layak sama sekali untuk dinisbahkan kepada agama samawi. Kerana akhlak yang mulia, malah akhlak yang benar ialah sesuatu yang bersifat menyeluruh. Oleh itu ia tidak ia tidak menghalalkan untuk satu pihak dan mengharamkan untuk pihak lain. Perbezaan antara kita dan golongan tidak bertamadun ini adalah di sekitar sempit luasnya ruang lingkup akhlak. Bukannya perbezaan itu dari sudut ada ataupun tidak adanya akhlak berkenaan. Sebagai contohnya, sifat amanah.. bagi mereka ia adalah satu sifat yang terpuji, tetapi hanya khusus untuk anak bangsa satu puak sahaja, antara sesama mereka. Manakala apabila keluar dari ruang lingkup puak atau kelompok perbuatan khianat dibenarkan. Malah ia disukai, atau… Ia diwajibkan.
Penulis Qishah al-Hadharah mengatakan:
“Sesungguhnya setiap kelompok manusia dapat dikatakan hampir serupa dalam pegangan mereka bahawa kelompok bangsa merekalah yang terbaik sekali berbanding kelompok lain. Kaum Indian di Amerika menganggap diri mereka bangsa pilihan Tuhan. Tuhan mencipta mereka dengan jiwa yang besar khusus sebagai suri teladan kepada bangsa-bangsa lain. Manakala salah satu dari puak dari bangsa Indian menganggap diri mereka sebagai manusia yang tiada tolok bandingnya. Puak lain pula beranggapan bahawa diri mereka adalah manusia di antara manusia. Puak Caribion pula mengatakan: Kami sahajalah manusia.
Natijah dari semua ini ialah, manusia yang tidak bertamadun (primitif) dalam layanan mereka terhadap kelompok lain tidak menggunakan tatacara akhlak yang mereka gunakan terhadap kelompok mereka sendiri. Jelaslah kepada kita bahawa akhlak amat berfungsi memperteguh kelompoknya dan memperkuatkan keupayaan mereka ketika berhadapan dengan kelompok-kelompok lain. Oleh itu, kewajipan-kewajipan akhlak dan perkara-perkara yang terlarang tidak akan berlaku melainkan untuk kelompok mereka sahaja. Manakala kelompok lain, tidak lebih hanya sebagai tetamu sahaja. Mereka boleh untuk mengikuti sekadar yang mereka mahu terhadap tradisi kelompok lain.”
By: Perihatin
No comments:
Post a Comment