Adapun kejadian segala Ashyaa' (Sesuatu yang dijadikan Allah) ini mengikut pendapat sufiah dijadikan dia daripada Nur muhammad manakala Nur Muhammad itu dijadikan daripada Nurul Zat iaitu mereka mereka yang berpegang kepada hadis jabir yang tersebut didalam Kitab Ad-Durul-nafs yang bermaksud:
"Awal-awal barang yang telah dijadikan oleh Allah SWT itu Nur Nabi engkau hai jabir. Maka menjadi Ia Allah daripadanya (Nur Muhammad) akan beberapa Ashyaa' dan kamu demikian itu Ashyaa'.
Hai Jabir!! bahawasanya Allah SWT menjadi Ia sebelum Ashyaa' akan Nur nabi engkau daripadaNya (Nurul Zat)
Bahawasanya Allah SWT menjadi Ia akan Ruh Nabi s.a.w. daripada Zatnya dan menjadi Ia akan alam sekelian daripada Nur Muhammad s.a.w.
Tiga hadis ini Ihtimal(berpegang) penulis belum berjumpa Rawi atau Sanad siapakah yang mengeluarkan hadis ini. Tetapi ditanggung atas pendapat orang Sufi bahawasanya hadis inio diriwayatkan daripada Jabir maka kita tidak berani hendak menolak pendapat Sufi itu kerana sedikit Ilmunya dan kurang pengetahuan.
Dan orang-orang Sufi mentafsir hadis ini mengikut kaedah yang terang dan jelas disisi mereka kerana sesetengah golongan mentafsirkan hadis ini menyeleweng daripada hakikat dan tujuan asal iaitu bagi Sufi hadis ini adalah sedikit takwil iaitu dari segi Nur.
Mengikut pendapat orang-orang Sufi, maksud Nur Nabi s.a.w. itu bukan Nur dengan makna cahaya cerah seperti cahaya matahari atau bulan atau lain-lainnya, bahkan adalah Ia(Nur) dengan makna Ruh kerana faham daripada hadis yang ketiga dan juga kerana Ruh Nabi s.a.w. itu dijadikan akan segala Ashyaa'. Inilah maksud hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Adam bapa segala tubuh dan aku bapa segala Ruh."
Maka adalah Ruh Nabi s.a.w. itu asal segala Ruh maka dinamakan dia,
* Mazharul Atam
* khataman Nabiyyin Wasayyidin Warahmatan Lil 'aalamin (kesudahan Nabi dan Penghulu Rasul-Rasul dan Rahmat untuk sekelian Alam)
Adapun maksud dengan Nurul Zat Allah Taala itu bukan Nurul Zat dengan makna cahaya Zat kerana Nur dengan makana cahaya itu makhluk (suatu yang lain dari Allah). Barangsiapa mensifatkan Allah Ta'ala dengan makhluk maka jadi 'KAFIR" ia Wal'iyazubillah bahkan adalah Ia nama bagi sifat Kamalat Tuhan yang tak terhingga banyaknya dan pada istilah orang Sufi memadailah membilang empat sifat jua iaitu:
1. Qudrat
2. Iradat
3. Imu
4. Kalam
Dan termasuk A'yan Saabitah. Inilah yang dimaksudkan dengan Zat Allah Taala.
By: Perihatin
No comments:
Post a Comment