Tuesday, October 13, 2009

Cara Ahli Tasauf/Tariqat dalam Mengenal Allah



Bagi para Ahli Tasauf’Tariqat ada cara tersendiri didalam mengenal Tuhan. Mereka sama meletakkan dasar-dasar teori pengenalan Tuhan yang tidak bersifat rasional. Berbeda dengan dasar-dasar teori pengenalan Tuhan yang berlaku bagi kalangan ahli theology Islam(Ilmu Tauhid) dan juga berbeda dengan yang berlaku bagi kalangan ahli syariat(Ilmu Fiqh).

Bagi Ahli Fiqh cara yang dipergunakan dalam mengenal Tuhan ialah dengan jalan keterangan dari dalil-dalil naqli(Al Quran dan hadis). Didalam memperkuatkan kepercayaan maka Al Quran tidak dipergunakan sebagai alasan-alasan logika atau dengan penyelidikan akal fikiran seperti yang terjadi didalam falsafah. Berbeda dengan ahli kalam(tauhid) didalam cara mengenal Tuhan banyak mempergunakan jalan penyelidikan akal fikiran. Dengan dasar ini, maka mengetahui siapa Tuhan, meskipun belum tentu mereka dapat menyaksikan Tuhan. Termasuk dalam golongan yang memakai cara ini ialah kaum ‘filosof’.

Lain halnya dengan ahli tasauf/tariqat, mereka dapat mengenal Tuhan melalui dasar-dasar teori perasaan hati lantaran ilham yang dilimpahkan Allah kedalam jiwa manusia sebagai bentuk wujud pemberian rahmatNya. Hal ini lazimnya dapat dicapai oleh manusia ketika ia telah dapat sampai kejinjang diri peribadinya dilepaskan dari segala macam bentuk godaan hawa nafsu yang lampau dengan memusatnya fikiran degan mengingati kepada zat Yang Maha Kuasa.

Keadaan yang demikian ini mengakibat segala macam rahsia disebalik hijab cahaya Allah dan NabiNya dapat tersingkap oleh dirinya dan diketahui secara jelas pada penglihatan mata hati. Sebagaimana orang yang melihat air jernih yang berada didalam gelas yang jernih pula, sehingga segala sesuatu yang ada dibalik gelas yang jernih itu dapat dilihat dengan terang-benderang.

Huraian diatas memberikan penegasan bahawa kerana adanya perbedzaan dasar-dasar pengenalan Tuhan yang berlainan diantara ahli feqah dan ahli tauhid dengan ahli Tasauf/Tariqat, maka selayaknya sering menimbulkan perbedzaan didalam cara menyelidiki Tuhan dengan segala akibatnya (daripada sesuatu perbuatan).

Akhir-akhir ini perbezaan tersebut mulai terungkap lagi disana sini. Ada sementara orang yang berbicara manis soal Tasauf/Tariqat dengan penuh kelicikan menggunakan gaya “ahli pemberi fatwa agama,” sering menyampaikan pendapat, baik pada lisan ataupun tulisan yang menganggap Ulama  ahli Tasauf/Tariqat dengan terang-terangan menyesatkan ummat terutama bagi para jamaahnya.

Perlu diketahui bahawa biasanya orang yang suka menggelabahkan jalan fikirannya sebagaimana anggapan negatif terhadap ulama’ Tasauf/ Tariqat itu adalah akibat adanya kekurangan pengertian terhadap masaalahnya. Sedangkan factor-faktor yang mendorong timbulnya fikiran semacam itu antara lain adalah sebagai berikut:

  1. Adanya pendangkalan pengertian tentang Islam, seringkali hal ini menyebabkan Islam hanya dilihat dari satu dimensi tidak secara keseluruhan dan bulat.
  2. Adanya ilmu-ilmu yang diperolehi tidak pada Guru Mursyid atau syeikh, melainkan diambilkan dari hasil membaca buku-buku dengan upaya sendiri. Akibatnya jalan fikiran banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu.
  3. Mereka cenderung mengambil dasar-dasar fikiran didalam mengungkap Islam justeru bersumber dari dasar-dasar fikiran kaum “rasionalis Matrialisme”, yakni fahaman yang beranggapan segala sesuatu dalam hidup harus dapat dipecahkan secara rasional dan dapat dilihat oleh pacaindera. Dasar teori “rasionalis Matrialisme” tentang hal ke timuran yakni tentang Islam dari berbagai aspeknya.
  4. Mereka mudah mengeluarkan fatwa “mari kembali kepada Al Quran dan Al-Hadis” tetapi mereka sendiri banyak menyimpang dari tuntutan yang semestinya tercantum didalam Al Quran dan Al hadis itu.
  5. Adanya factor alat-alat pelengkapan yang sangat dirasa kurang sekali, untuk keperluan mengadakan pembongkaran dan penelitian terhadap konstruksi bahasa Islam (Bahasa Arab). Seperti tidak menguasai Ilmu Lughat dengan Qawaidnya, Ilmu Hadis dengan Musthalahnya, Ilmu Balaghah, Badi’ Bayan dan mereka sering mengalami kesulitan didalam memahami dan membahas kalam Al Quran yang banyak berbentuk fasekh, baligh dan bahkan banyak yang majaz.
Faktor-faktor diatas itulah diantara penyebab mereka sudah tergelincir dalam kekeliruan yang tiada dirasa. Oleh kerana itu tidak mustahil mereka dengan mudah tanpa ambil pusing terus cepat-cepat melontarkan anggapan bahawa para ahli Tasauf/Tariqat adalah sebagai orang yang hanya akan mengajak ummat atau jamaah untuk menjadi sesat dan bahkan dapat berakibat syirik dan kafir. Naudzubillah himin zalik!

Padahal dengan penjelasan tentang dasar hukum dan tujuan Tasauf/Tariqat Mu’tabarah dimuka tadi, adalah jelas sentiasa sesuai dan berdiri tegak diatas tutunan dan petunjuk langsung baik dari Al Quran maupun al Hadis.

Wallhu ta’ala a’lam

Wassalamu..

By Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)