Monday, October 5, 2009

Harta dan wanita

Benarlah kata Rasulullah SAW berkenaan berlumba-lumbanya manusia mencari harta dunia, apabila sudah berlumba, sudah tentu dilanggarnya yang haram juga:-

فَوَاللَّهِ لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كما بُسِطَتْ على من كان قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كما تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كما أَهْلَكَتْهُمْ

Ertinya : Tiadalah kefaqiran yang aku bimbang menimpa umatku, tetapi yang palig ku takuti adalah umatku dibentangkan harta dunia sebagaimana yang pernah diperolehi oleh umat sebelum kamu, maka ia menyebabkan kamu berlumba-lumba mendapatkannya sebagaimana mereka juga pernah berlumba-lumba, dan akhirnya menghancurkan mereka sebagaimana ia akan menghancurkan kamu juga" ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1152 )

Nabi SAW mengaitkan ke'gila'an kepada harta akan membawa kehancuran kepada diri seseorang. Lihat sahaja pengedar dadah yang ingin kaya, sehingga sanggup menggadaikan nyawanya, semuanya kerana dirasuk oleh virus cintakan harta yang amat tinggi. Tiada lagi fikir kesan negatifnya kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan lain-lain. Nabi juga pernah menyebut tabiat rakus ini dengan kata baginda :-


لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ


Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Sukar juga dapat difikirkan bagaimana ada wanita yang telah begitu hilang malunya sehingga sanggup muncul di web dan media dengan gaya yang terkutuk. Tidakkah para wanita pernah rasa terhina apabila dipromosi tubuhnya semacam barang dagangan dan disamatarafkan dengan iklan sabun pencuci lantai tandas?.


Teringat saya kata-kata Khalifah Umar al-Khattab berkenaan tahap wanita di zaman Jahiliyah dengan katanya :-



كنا في الجاهلية لا نعد النساء شيئاً. فلما جاء الإسلام وذكرهن الله , رأينا لهن بذلك حقاً


Ertinya : Ketika kami di waktu Jahiliyyah, kami tidak mengganggap ada apa-apa nilai (kecuali untuk dipergunakan) pada diri seseorang wanita itu, tatkala datangnya Islam dan Allah menyebut perihal wanita, maka kami tahu terdapat hak kemuliaan pada wanita yang perlu diambil kira" ( Riwayat Al-Bukhari, Kitab Al-Libas)

Walaubagaimanapun, wanita hari ini kelihatan semakin suka untuk merendahkan kembali tahap mereka seperti zaman Jahiliyah. Islam ingin memuliakan dan menaikkan taraf mereka, tetapi mereka pula enggan. Ia dibuktikan dengan memurah-murahkan nilai tubuh mereka untuk tontonan awam.


"Makanan yang enak, jika tidak disimpan elok-elok memang cepat basi" Kata seorang guru saya mengisyaratkan kegagalan wanita menjaga kehormatan diri mereka.


Malangnya, semakin ramai wanita yang semakin suka menjadi basi ?.


Lelaki basi jugalah yang akan mengambil mereka sebagai isteri. Lelaki basi tidak akan memegang lama seorang wanita basi, lalu penceraian menjadi keutamaan.


Akhirnya jadilah wanita seperti pekakas mainan, digunakan sebentar dan dibuang kemudiannya.


By: Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)