Orang yang beriman akan berbuat dan bekerja hanya untuk mendapatkan keridhoan semata-mata. Sebab jika sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang dilakukan dengan rasa dan jiwa yang murni, maka ia telah melakukan dengan ikhlas.
Orang yang ikhlas atau mukhlis ini beramal hanya mengharapkan keridhoan Ilahi, ia menyedari akan agungnya nilai-nilai keEsaan Allah. Tidak ada yang layak menerima pujian dan sembahan selain Allah. Orang yang ikhlas meninggalkan unsure riya’ dalam setiap amalan dan pekerjaannya.
Setidak-tidaknya ada tiga motivasi yang menjadi pendorong bagi seseorang insane dalam melakukan amalan:
1 Dorongan yang bersifat rohaniah semata-mata, inilah yang dikatakan ikhlas.
2 Dorongan oleh syaitan sahaja dan ini dinamakan dengan riya’
3 Adalah percampuran antara dua dorongan iaitu rasa kerohanian dan rasa kesyaitanan atau riya’.
Perbuatan yang dilakukan atas dasar motivasi rohani semata-mata timbul kerana rasa cinta yang mendalam terhadap Allah SWT, kemudian meninggalkan kecintaan terhadap kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya. Segala aktivitinya adalah kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah SWT,
Jika ia mengerjakan segala sesuatu disandarkan dengan keikhlasan dan jika ia tidur, maka tidurnya pun adalah dinilai sebagai suatu ibadah.
]Perbuatan yang dilakukan, atau motivasi nafsu, jika melakukan sesuatu didorong oleh keinginan hawa nafsu semata-mata dan hanya mencari kenikmatan dunia semata-mata. Mereka lupa untuk mengabdikan kepada Allah SWT dan akhirnya menjatuhkan diri kelembah kehinaan.
Kemudian perbuatan yang didorong oleh rohani dan nafsu sama-sama mempengaruhi dalam diri seseorang yang hasilnya kosong semata-mata. Tidak ada arah yang harus diikuti, jika nafsu lebih kuat, maka tinggallah segala amalan dan ibadah. Namun jika rohani lebih kuat, ia berusaha untuk mengerjakan ibadah namun pada masa yang sama ia melakukan kemaksiatan.
Jadi amalan seseorang itu ada yang bernilai baik, tidak baik dan ada juga yang tidak mempunyai nilai sama sekali. Sebaliknya, Allah SWT tidak akan pernah menganiayai hamba-hambaNya yang beriman kepadaNya.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah tidak menganiayai seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah , nescaya Allah akan melipat gandakannya dan akan memberikan dari sisiNya pahala yang besar.” (An Nisaa: 40)
By Perihatin
No comments:
Post a Comment