Tuesday, October 20, 2009

Kesah berkaitan Zuhud

Kesah berkaitan Zuhud (suci dari kekotoran)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dunia penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (H.R Muslim – 2488)

Daqri Jabir bin ‘Abdullah r.a. katanya:
“Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. lewat pasar melalui bahagian atas. Orang banyak mengikuti beliau dikiri dan dikanan. Beliau bertemu dengan bangkai seekor anak kambing yang kecil kedua telinganya. Lalu dihampiri dan diambilnya anak kambing pada telinganya.

Kata beliau, “siapakah diantara kamu yang suka membeliini dengan satu dirham?”

Jawab mereka:
“Kami tidak suka sedikit jua pun. Untuk apa bagi kami.”

Tanya beliau:
“Sukakah kamu diberi dengan Cuma-Cuma?”

Jawab mereka,:
“Sekalipun dia hidup kami tidak akan mau , kerana anak kambing itu bercacat. Kedua telinganya kecil. Apalagi dia sudah menjadi bangkai.”

Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Demi Allah, sesungguhnya dunia lebih hina disisi Allah Ta’ala daripada anggapanmu terhadap bangkai ini.”

By Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)