Wednesday, October 7, 2009

Memanterai Orang sakit

Dari Aisyah r.a katanya:
"Apa bila salah seorang diantara kami sakit, Rasulullah s.a.w. memegangnya dengan tangan kanan, lalu beliau ucapkan:
"Idzhabil ba'sa rabban naas, wasy-fi, antasy syaafi, laa syifaa-a illa syifaauka, syifaa-an laa yughaadiru saqaman." (Hilangkanlah penyakit sisakit ini, wahai tuhan manusia, sembuhkanlah dia, sesunggunya engkaulah Maha Penyembuh; tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan daripadaMu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan bekas rasa sakit)

Maka tatkala beliau sakit dan sakitnya bertambah berat kupegang tangan beliau hendak membacakan mentera seperti yang pernah beliau lakukan kepada kami. Tetapi beliau menarik tangannya dan tanganku. Kemudian beliau ucapkan:

"Allahummaghfirli, wajalni ma'arrafiiqil a'la"  (Wahai Allah ampunilah aku dan tempatkanlah aku bersama teman ditempat yang tertinggi)

Lalu ku tengok beliau kiranya beliau sudah tiada. (H.R Muslim -2052)


By: Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)