- Perbaikan Akhlak : Firman Allah SWT dalam Al Quran:
“Maka barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh (memperbaiki Akhlak) dan janganlah ia mempersekutukan apapun dalam beribadat kepada Tuhan (Bersih dari segala kotoron hawa nafsu)”( Al Kahfi:110)
- Sabar: Firman Allah SWT dalam Al Quran
“Jadikanlah sabar dan salat sebagai penolongmu, dan sesungguhnya yang demikian itu adalah tugas berat kecuali bagi orang yang khusyu’”.(Al Baqarah : 45-46)
Orang-0orang yang khusyu’ itu ialah orang yang menyukai bahawa mereka itu akan bertemu dengan Allah dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Menurut Al Ghazali, “sabar ialah meninggalkan segala macam pekerjaan yang digerakkan oleh hawa nafsu, tetap pada pendirian agama yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu, semata-mata kerana menghendakki kebahagian dunia dan akhirat.”
Pembahagian sabar:
a. Sabar Disiplin/taat.
i. Sabar sebelum taat, ialah niat yang ikhlas, tujuan yang benar, merasa berkewajipan atas keyakinan agama dalam menerima peraturan berupa perintah atau larangan.
ii. Sabar melaksanakan taat, ialah melaksanakan kewajipan amapi selesai, berkala atau terus menerus dengan penuh tanggungjawab dan kesungguhan.
iii. Sabar setelah taat, ialah tidak merasa bangga dengan selesainya pekerjaannya, tidak iri hati atau kekurangan atau kelebihan orang lain, tidak ria’ untuk dikagumihasil usahanya.
- Sabar Kewajipan: Mengetahui
Mengetahui sesuatu kewajipan tidak cukup untuk dapat dikerjakan tanpa adanya kesabaran dan sebaliknya mengewtahuyi sesuatu larangan belum tentu dapat meninggalkannya tanpa adanya kessabaran.
- Sabar menurut hokum terbahagi:
- Sabar untuk menjauhkan diri dari segala yang haram, hukumnya ‘wajib’.
- Sabar untuk menjauhkan diri dari segala pekerjaan makruh, hukumnya sunat.
- Sabar dalam menjalankan hukuman kerana perlanggaran maka hukumnya harus.
- Sabar membela kehormatan atau hak milik hukumnyaq haram. Sifat sabar dalam keadaan ini dinamakan ‘sabar saja’ah’ (sabar berani). Firman Allah dalam Al Quran (Al Anfaal: 46)
“Bersabarlah kamu sekelian, sesungguhnya Allah beserta mereka yang sabar.” .
- Syukur: Berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat pemberianNya. Erti Syukur, keadaan seseorang memperguna nikmat yang diberikan Allah itu hanya untuk membuat kebajikan.
- Ridho bil Qadha: Ridho eretinya rela menerima dengan apa yang ditentukan dan ditakdirkan Allah kepadanya. Rela berjuang atas jalan Allah mencari semata-mata keridhoan Allah (Ibtighaa madhatillah)
Kesimpulan Sabar, syukur dan ridho adalah tiga sifat terpuji yang sangat bernilai tinggi, dapat membawa kepada ketinggian budi pekerti dan akhlak merupakan kekuatan yang dapat menolong untuk berkemahuan keras, berjiwa besar dan bertanggungjawab.
Perndidikan Tasauf pertama-tama dengan pembaikan akhlak, mencapai tingkat demi tingkat yang lebvih tinggi, dari muslim biasa kepada mukminin kepadea muhsinin kepada mukarerabin kepada arifin- mengenal dan merasai Truhan yang sungguh-sungguh. Dengan sifat-sifat yang tersebut, mereka memasukki latihan-latihan jiwa dan mujahaddah dengan sistem berikut:
- Takhalli - Mensuci bersih diri dari segala dosa lahir dan dosa batin.
- Tahalli - Mengisi diri dengan segala sifat yang terpuji.
- Tajalli - Memperoleh hakikat kenyataan Tuhan kerana suci bersihnya hati mereka mencintai Allah. Latihan Rohani dan tingkat–tingkat yang harus dilalui.
By Perihatin.
No comments:
Post a Comment