Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun yang dimaksudkan dengan diri yang sebenarnya bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenarnya untuk mengenal Allah SWT.
Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit , daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada Allah SWT.
Ulama Ilmu ketuhanan atau Ilmu Tauhid berpegang bahawa dirikita ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan: “Siapa yang mengenali dirinya sesungguhnya ia akan mengenal tuhannya.” Dikalangan ulama tasauf atau Ulama ilmu ketuhanan selalucarilah diri kamu didalam diri.” Maksudnya ialah menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. nApabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT.
Walaupun didalam Al Quran ‘diri’ itu disebut dengn belbagai istilah, tetapi tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir bahawa betapa luasnya ‘diri’ yang hakikat itu didalam manusia. Diri manusia dilengkap oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu. Kemudian sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab sama ada baik ataupun buruk.
Firman Allah SWT:
“Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta dipertanggungjawabkannya.” (Al Isra’ : 36)
Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah jiwa dan sifat yang terdapat pada jiwa dan sifat, iaitu pendengaran, penglihatan disamping roh juga akan diuji tentang ketaqwaannya pada Allah. Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh-roh atau jiwa sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah Allah SWT. Untuk melakukan dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad, lalu Allah menjadikan Adam. Roh telah berikrar dan berjanji kepada Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu roh maka roh memerlukan tempat iaitu jasad.
Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan Qalbi. Seandainya qalbi tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya tiada Nur, gelaplah seseorang itu. Qalbi mesti mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah menentukannya. Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri berupa nafas, akal, nafsu dan roh bila menjadi satu maka dinamakan akan 'Insan'.
Qalbi didalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati. Qalbi sebenarnya mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan mengikut nilai-nilai diri itu sendiri.
Firman Allah SWT
سُوۡرَةُ الشّمس
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا , وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا “Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (As sham : 9-10)
By Perihatin
No comments:
Post a Comment