Mengumpat dengan menyebut bahagian badan umpamanya buta, pincang, kabur, botak, pendek, tinggi, hitam atau kelabu atau kuning.
Pada zahirnya misalnya menyebut orang tidak mengakui hak orang lain, banyak bicara, banyak makan dan minum, minum bukan pada tempatnya, makan tidak pada tempatnya,.
Yang berhubungan dengan orang tua; misalnya, bapanya fasik, bapanya orang India, orang siam, orang cina, orang benggali, orang zanji, tukang besi, tukang tenum, pencacai angkut najis,.
Yang mengenai akhlak; misalnya, buruk perangainya, sombong, kedekut, malas, keras, lemah pendirian, banyak bersangka buruk, suka merungut dan lain-lain.Y
ang berhubuingan dengan pakaian pulak, misalnya; menyebut old fashon, old model, compang camping, saku terkoyak, panjangnya ekor serban, berpakaian kotor dan sebagainya.
Imam Abu Hamid Al Ghazali mengutip itjima' umat Islam bahawa ghibah itu ialah kita menyebut sesuatu yang tidak disenangi oleh seseorang ada pada dirinya.
Adapun yang disebutkan dengan namimah (mengadu Domba) ialah memindahkan ucapan dari seseorang atau orang ramai dari pada aseseorang yang lain dengan maksud merosakkan mereka.
Hukum kedua-duanya adalah haram menurut Itjimak Ulama seluruh umat Islam. Dalilnnya jelas terserbut didalam Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. dan itjima' ulama'.
Mengumpat dan mengadu domba, kedua-duanya adalah seburuk-buruk kejahatan dan yang paling banyak berlaku dikalangan masyarakat hari ini. Oleh kerana itu, hanya sedikit sekali orang akan selamat daripada keduanya.
Dalam permasaalah lidah, perkara yang paling penting yang perlu diingat adalah bahawa maksiat ini terdiri dari dua jenis,
1. mengumpat 2. mengadu domba
Firman Allah SWT:
سُوۡرَةُ الحُجرَات
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢)
".....Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain...."(Al Hujhurat : 12)
سُوۡرَةُ الهُمَزة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ
"Wailunlikulli humazatillumazah" "Celakalah bagi setiap pemgumpat lagi pencela "(Al Humazah: 1)
سُوۡرَةُ الهُمَزة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ
"HHammaa zin maasyaaa ibinamin"
“Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan[mengadu Domba] (untuk memecah belahkan orang ramai) (Al Qalam: 11) Dari Hudzaifah r.a. dari Rasulullah s.a.w. ia bersabda yang bermaksud:
"Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba." (H.R Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. melewati dua buah kubur maka ia bersabda:
“Sesungguhnya keduanya ini sedang menerima seksa, keduanya tidak diseksa kerana dosa besar (menurut anggapan mereka).”
Bermaksud: Keduanya tidak diseksa kerana dosa besar yakni tanggapan mereka berdua ketika masih hidup, kedua jenis perbuatn ini bukannya dosa besar.
Menurut riwayat lain“.. Bahkan itu adalah dosa besar. Adapun salah satunya ialah orang yang suka kesana kemari mengadu domba dan satu yang lainnya ialah orang yang tidak bersuci dari kencingnya.” (H.R Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apakah kamu tahu apa ghibah itu?”
“Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui”
Ia bersabda:
“Ghibah ialah engkau sebut sesuatu yang tidak disukai oleh temanmu tentangnya. “
“Ghibah ialah engkau sebut sesuatu yang tidak disukai oleh temanmu tentangnya. “
Rasulullah s.a.w. ditanya:
“bagaimana jika yang ku ucapkan itu memang betul ada pada temanku itu?”
Rasulullah s.a.w. menjawab:“bagaimana jika yang ku ucapkan itu memang betul ada pada temanku itu?”
“Jika apa yang engkau ucapkan itu memang ada pada dirinya bererti kamu telah mengumpatnya. Jika apa yang kamu katakan itu tidak benar ada padanya bererti kamu mengadu Domba (memfitnah).” (H.R Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan An-nasaa’i)
Tirmizi menyebut hadis ini hasan sahih.
By Perihatin
No comments:
Post a Comment