Sunday, October 25, 2009

Mukjizat

Mukjizat

Telah diketahui bahawa ‘mukjizat’ iaitu sesuatu yang dapat membuat orang-orang yang menentang para Rasul dan Nabi menjadi lemah  serta mengalahkan bantahan-banatahan mereka dan mereka tidak dapat menirunya kerana disebabkan oleh luar biasanya. Tidak ada seseorangpun diberikan mukjizat oleh Allah SWT melainkan kepada Para Nabi.

Mukjizat irtu sebagai bukti kebenaran bagi orang-orang yang menjadi Nabi dan Rasul. Keadaan mukjizat itu berbeda-beda menurut zaman Nabi dan Rasul masing-masing. Umpamanya mukjizat Nabi Musa a.s., Ia mempunyai sebatang tongkat, apabila dipukul diatas batu maka memancarlah mata air. Bila tongkat itu dipukul kelaut, maka terbelahlah laut menjadi dua.

Tangan Nabi Musa, apabila dimasukkan kedalam poket  dan apabila dikeluarkan tiba-tiba memancarlah cahaya yangh terang benderang. Semua mukjizat itu terjadi kerana izin Allah SWT. Begitu banyak mukjizat Nabi Musa yang aneh-aneh  kerana bersesuaian dengan umatnya ketika itu yang suka dengan permainan sihir. Maka Allah berikan mukjizat kepada Nabi Musa a.s. untuk melawan sihir-sihir yang sibuat oleh manusia.

Begitu juga mukjizat yang dimiliki oleh Nabi Soleh(Salleh, salih) a.s. iaitu keluarnya unta dari batu yang besar. Lain pula halnya dengan  muikjizat yang dimiliki oleh Nabi Isa a.s. Beliau dapat menghidupkan orang yang telah meninggal dunia atas izin Allah SWT. Dia juga dapat menyembuhkan orang yang berpenyakit sopak, buta dan sebagainya. Mukjizat ini diberikan  kepada Nabi Isa a.s. kerana pada saat itu umat Nabi Isa a.s. tergolong dari orang-orang yang bijak didalam ilmu dukun, ilmu kedoktoran dan sebagainya.

Mukjizat nabi Ibrahim pula adalah beliau dapat keluar dari api bakaran yang membakarnya tanpa ada sedikit kecacatan pun Hukuman yang dijatuhkan terhadapanya apa bila dia merosakkan patung-patung berhala yang terdapat pada masa itu. Dan begitu juga dengan nai sulaiman a.s. dengan keblehannya dalam berinteraksi atau bercakap dengan binatang.

Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. sangat banyak sekali, umpamanya bulah terbelah dua, air memancar dari celah jari-jari baginda, makanan yang sdikit menjadi banyak, batu mengucapkan zikir apabila berada diatas tangan baginda dan lain-lain . Yang ketara, tanpa disedari oleh umat manusia ialah larangan supaya jangan meminum arak atau makan makanan yang diharamkan  telah dikuti oleh jutaan dan billon manusia didunia ini dan itulah suatu ajaiban yang tidak dapat diertikan serta tiada tandingannya

By Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)