Setiap individu amat berhasrat untuk memperolehi rahmat atau belas kasihan Allah SWT. Siapakah kita yang tidak ingin mendapat belas kasihan?
Semua orang ingin dikasihani. Ini bermaksud, orang yang mendapat rahmat adalah dikasihani. Allah SWT. Rahmat Allah SWT terlalu banyak dan teramat luas, meliputi seluruh hamba-hambaNya. Ia adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT menerusi FirmanNya:
سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
۞ وَٱڪۡتُبۡ لَنَا فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ إِنَّا هُدۡنَآ إِلَيۡكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنۡ أَشَآءُۖ وَرَحۡمَتِى وَسِعَتۡ كُلَّ شَىۡءٍ۬ۚ فَسَأَكۡتُبُہَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَـٰتِنَا يُؤۡمِنُونَ (١٥٦)
"Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami." (Al A’raf: 156)
Walaupun begitu, janganlah pula kita menganggap setiap orang akan mendapat rahmat Allah SWT tanpa bersyarat. Ini kerana, dikalangan manusia ada yang berhak mendapat rahmat dan ada pula yang akan mendapat sebaliknya.
Sehubungan itu, Allah SWT berfirman:
سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
وَلَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَـٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفً۬ا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٌ۬ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٥٦)
“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.” (Al A’raf: 56)
Ayat ini mengandungi suatu perinsip bahawa orang-orang yang melakukan kebajikan dan berbakti kepada Allah SWT merupakan individu yang hampir dengan rahmatNya. Allah SWT tidak pula menyebut bahawa rahmatNya dekat dengan orang-orang yang melakukan kejahatan.
Sesungguhnya rahmat Allah SWT tidak diberikan secara sia-sia, ia terhad kepada orang-orang yang layak menerimanya sahaja bersesuaian dengan firmanNya:
سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
۞ وَٱڪۡتُبۡ لَنَا فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ إِنَّا هُدۡنَآ إِلَيۡكَۚ قَالَ عَذَابِىٓ أُصِيبُ بِهِۦ مَنۡ أَشَآءُۖ وَرَحۡمَتِى وَسِعَتۡ كُلَّ شَىۡءٍ۬ۚ فَسَأَكۡتُبُہَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّڪَوٰةَ وَٱلَّذِينَ هُم بِـَٔايَـٰتِنَا يُؤۡمِنُونَ (١٥٦) ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلۡأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُ ۥ مَكۡتُوبًا عِندَهُمۡ فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ يَأۡمُرُهُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡہَٮٰهُمۡ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡخَبَـٰٓٮِٕثَ وَيَضَعُ عَنۡهُمۡ إِصۡرَهُمۡ وَٱلۡأَغۡلَـٰلَ ٱلَّتِى كَانَتۡ عَلَيۡهِمۡۚ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)
“Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (Al A’Araf: 156-157)
Nabi Muhammad s.a.w. pula turut menerangkan tentang criteria orang-orang yang berhak mendapat rahmat Allah SWT menerusi beberapa hadis baginda. Antaranya:
“Allah SWT merahmati seorang hamba yang mendengar tutur kataku lalu dipeliharanya (mematuhi apa yang diperintah dan menjauhi apa yang ditegah.”
Selanjutnya:
“Mungkin orang yang membawa pengajaran fiqh, dia bukan ahli dalam ilmu tersebut; dan mungkin juga orang yang membawa pengajaran fiqh itu dapat menyampaikan pengajarannya kepada orang yang lebih ahli daripadanya.”
Baginda turut bersabda:
“Terdapat tiga sifat yang dapat menghindarkan hati orang mukmin daripada tertipu, iaitu beramal ikhlas kerana Allah SWT berani menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan sentiasa menyertai jemaah kaum muslimin.”
Hadis diatas menggariskan suatu prinsip bahawa terdapat tiga sifat yang akan mengelakkan hati orang yang beriman daripada memiliki perasaan dengki dan khianat. Ketiga-tiga sifat ini akan menghalang dirinya daripada terbelenggu atau tertipu. Sifat-sifat tersebut ialah mengikhlaskan diri dalam beramal semata-mata kerana Allah SWT tidak takut untuk menasihati pemimpin pemimpin kaum muslimin dan tidak memencilkan diri daripada menyertai jemaah kaum muslimin.
Sabda Rasulullah s.a.w. didalam hadith yang lainnya:
“Allah SWT merahmati mana-amana hambaNya yang pemurah ketika menjual, membeli, memberi dan meminta.”
Hadith ini menjelaskan bahawa orang yang bermurah hati dan tidak cerewet didalam pergaulan akan mendapat rahmat Allah SWT.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah SWT merahmati seseorang yang mencari pekerjaan yang baik (halal) berbelanja dengan berjimat cermat (tidak boros) dan menyimpan baki (menabung) wang pendapatannya untuk kegunaan semasa susah dan memerluikan.”
Hadith tersebut mengingatkan bahawa setiap orang tidak sunyi daripada mengalami keadaan senang dan susah yang akan dating silih berganti. Sewaktu hidup senang dan lapang, hendaklah berusaha untuk menabung baki pendapatan yang diperolehi daripada sumber yang halal sebagai persiapan diwaktu kesusahan atau bekalan dihari tua. Usaha untuk mencari nafkah yang halal dan menguruskan ekonomi merupakan rahmat yang mendatangkan kesejahteraan hidup kepada seseorang.
Sabdanya lagi:
“Allah SWT merahmati seseorang yang menahan lidahnya dari mencaci kehormatan orang-orang Islam. Orang yang suka mencaci dan mengutuk tidak akan mendapat syafaatKu (pertolongan dihari Kiamat)
Ini bermakna, orang yang berusaha memelihara lidahnya daripada menyakiti hati kaum muslimin akan dirahmati Allah SWT dan mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. pada hari kiamat.
Baginda bersabda:
“Allah SWT merahmati seseorang hamba yang bercakap tentang perkara yang baik,. Dia akan tetap beruntung sekiranya dia mendiamkan diri daripada bercakap buruk, dia akan tetap selamat.”
Hadith seterusnya:
“Allah SWT merahmati mata yang menangis kerana takutkan Allah SWT, dan mata yang berjaga pada jalan Allah SWT”
Mata merupakan anggota yang sangat berharga bagi seseorang. Oleh itu, ia hendaklah digunakan untuk melihat perkara-perkara yang akan mendatangkan kebaikan dan dimunafaatkan (manafaat) untuk menangis ketika mengenangkan dosa dan seksaan Allah SWT. Ia juga hendaklah digunakan untuk berjaga malam dengan beribadah dan beramal pada jalan yang diridhoi Allah SWT, pasti Allah SWT akan mengurniakan rahmat kepadanya.
Sabdanya lagi:
“Allah SWT merahmati seseorang yang mempelajari satu atau duia ilmui fardhu, atau mengamalkan kedua-duanya, atau mengajarkan kepada orang yang akan mengamalkan kedua-dua ilmu tersebut.”
Hadith ini, menjelaskan bahawa orang yang mempelajari sebarang ilmu fardhu dalam agama, walaupun hanya satu atau dua pelajaran sahaja, Allah SWT akan merahmatinya. RahmatNya akan turut diberikan kepada mereka yang mengamalkan ilmu tersebut dan yang mengajarkannya kepada orang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Orang-orang yang memiliki sifat belas kasihan akan dikasihi oleh Tuhan yang Maha Pengasih. Kasihanilah orang yang ada dimuka bumi, pasti kamu akan dikasihi oleh malaikat yang ada dilangit.”
Dengan beberapa ayat dari hadith yang sahih diatas memadailah untuk kita sebagai panduan untuk beramal dengannya, agar kita sentiasa mendapat rahmat Allah SWT dan belas kasihanNya disepanjang hidup ini.
By Perihatin
By Perihatin
No comments:
Post a Comment