Jawatan "wali" tersebut mereka peroleh daripada Tuhan alam semesta. Kedudukan dan darjat mereka jauh lebih mulia dan tinggi sehingga mereka tidak perlu lagi kepada jawatan dan kedudukan duniawi yang hanya akan menghilangkan cahaya ilmu dan mematikan sifat warak (menjaga diri daripada hal-hal yang rendah dan hina) serta hanya akan membakar "lembar-lembar kertas" kezahidan.
Sebaliknya, para ulama dan para pemimpin kaum bid'ah yang gila terhadap perkara dunia saling berlumba untuk mendapatkan jawatan. Mereka majoritinya menjadi orang penting di dalam lingkaran kekuasaan dinasti Umayyah, dinasti Abbasiyah dan para raja serta penguasa yang lain. Mereka antara lain Al-Jahm bin Safwan, Bisyr Al-Murisy, Muhammad bin Jahm, Thumamah bin Asyrasy, Al-Jahiz, Ahmad bin Abi Du'ad, Ibnu al-Zayyat, Ibnu Al-'Alqamy, Ibnu al-Sabasiri, Nasiruddin al-Tusy, Al-Akhna'iy, Ibnu Makhluf dan banyak lagi yang lainnya.
Adapun para ulama ahli sunnah, majoritinya tidak mahu menerima jawatan yang ditawarkan dan dipaksakan kepada mereka.
Cuba lihat Ibnu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Al-Auza'iy, Al-Thauri, Al-Hasan Al-Basri, Sa'id bin Musayyab, Ibnu Taimiyyah dan ulama sunnah lain.
Allah S.W.T. mengabadikan nama-nama mereka, menjadikan mereka buah tutur yang baik bagi orang-orang yang datang terkemudian. Berbeza dengan para ulama ahli bid'ah, nama mereka mati terkubur, karya-karya peninggalan mereka terhapus dan tidak berjejak.
No comments:
Post a Comment