Friday, October 9, 2009

Pemerintahan ini tidak akan roboh sehingga 12 khalifah

Dari kabir bin Samurah r.a. ktanya: “Aku datang bersama bapakku kerumah Nabi s.a.w., laliu kudengar beliau bersabda: “Pemerintahan ini tidak akan rubuh hingga selesai memerintah dua belas orang Khalifah.” Kemudian beliau mengucapkan kata-kata yang kurang jelas bagiku, lalu kutanyakan kepada bapakku apa yang diucapkan beliau. Jawab bapakku, “Semuanya dari bangsa Quraisy.” (H.R Muslim – 1787)

Dari Jabir bin Samurah r.a. katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Islam sentiasa kuat dan berkuasa sampai dua belas Khalifah.” Kemudiabn mbeliau mengucapkan sebuah kalimah yang aku tidak mengerti lalu ku tanyakan kepada bapakku, apa kata beliau?” Jawab bapakku, “Kalifah yang dua belas itu semuanya dari bangsa Quraisy.”(H.R Muslim -1788)

Dari amir bin Saad bin abi Waqqash r.a Katanya: “Aku berkirim surat kepada Jabir bin Samurah melalui pelayanku Nafi’, meminta kepadanya supaya dia dapat mengabarkan kepadaku hadis yang pernah didengarnya dari Rasulullah s.a.w. dia membalas suratku sebagai berikut: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Pada hari Jumaat petang, yaitu ketika seorang suku Aslam direjam, sabdanya: agama ini(Islam) akan sentiasa tegak hingga hari kiamat atau sampai habis dua belas orang khalifah memereintah, yyang kesemuanya dari Quraisy. Aku mendengarnya pula bersabda: “Satu kelomp[ok kaum muslimin akan menaklukkan Istana Putih Kisra (Raja Persia).” Dan aku mendengar pula beliau bersabda, “Sebelum terjadi hari kiamat akan muncul (Dajjal) maka berwaspadalah terhadap mereka.” Aku mendengar pula beliau bersabda, “ jika Allah mengurniakan kamu suatu kebaikan(kekayaan) pertama,-tama manafaatkanlah untuk dirimu sendiri, dan untuk keluargamu.” Aku mendengar juga beliau bersabdaa: “aku lebih dahulu dan menunggu ditelaga.” (H.R Muslim -1789)

By Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)