Wednesday, October 21, 2009

Pengertian FANA dan SYUHUD



Yang dimaksudkan dengan fana disini ialah bahawa seluruh makhluk ini bahkan termasuk juga dunia dan diri sendiri hilang kesemua sekali dalam ingatan hati kerana ia karam dalam kesedapan dan kelazatan mesra kepada Allah jua dan terlenyap sama sekali kesedaran diri dan kesedaran pancaindera kerana ia dapat kemesraan yang Maha Agung kepada Allah yang Maha Esa jua.

Fana seumpama ini tidak terjadi melainkan apabila ia bersyuhud kepada salah satu daripada perkara yang empat :

  1. Af’al Allah
  2. Asma’ Allah
  3. Sifat Allah
  4. Zat Allah

Hati orang-orang sufi telah suci bersih apabila dia teringat kepada perbuatan Allah (Af’al Allah) atau kepada sifat-sifat Allah atau kepada zat Allah nescaya datanglah ketidak  kesedaran kepada dirinya dan kepada orang lain kerana ia karam dalam kesedapan dan kelazatan seumpama itu; yang mana kita namakan ‘fana’. Fana ini juga digelar ‘Maqam al Jami’.

Ramai orang tersalah mengambil pengertian mengenai syuhud dan belbagai bagai cara mereka dalam membuat  andaian dan  pengertian:

Sesetengahnya meng-ertikan melihat Allah,
Ada meng-ertikan dengan memandang Allah,
Ada pula yang meng-erti memejamkan mata dan  nazarkan kalimah Allah bersinar-sinar didalam hati,
Ada pula yang meng-ertikan dengan fikir atau ingat kepada Allah.

Dan yang paling anehnya ada yang meng-ertikan dengan seruk(hisap) nafas serta pandang nur Allah dalam hati, dan ada bermacam-macam lagi yang ada berlaku dikampung-kampung yang disangka mereka sudah alim dalam tasauf tetapi sebenarnya jahil dan tersalah jalan.

Semua ini, adalah tidak betul bahkan karut belaka!

Pengertian syuhud yang sebenar mengikut istilah tasauf ialah “datang kedalam hati yang sudah suci jilah, suatu kedapatan rasa yang ada kelazatan, kesedapan dan kemanisan(dzauq) apabila ia mengingati salah satu dari empat perkara tadi (af’al, asma’, sifat dan zat Allah) samaada datang ‘tak kesedaran kepada diri’ dan kepada yang lain(fana), ataupun ia sedarkan diri(baqa’)

Bandingan syuhud.

Bandingan syuhud lebih kurang bolehlah diumpamakan begini:

Seseorang yang beum pernah kenal dan merasa buah durian, apabila dia berjumpa durian dan dikoyakkan kulitnya dan dikenal iasinya serta dihidukan baunya lalu dia terasa pecah liurnya, kemudian dia pun makan dan dirasakannya isi itu…wah…..alangkah sedapnya dan lazatnya keseliraan isi itu meresap masuk keseluruhan jiwa dan badannya. Hingga kerapkali dia ditegur orang,  tidak disedarinya melainkan kepada kesedapan dan kelazatan isi durian itu jua.

Bandingan yang lain pula bolehlah kita umpamakan seperti orang takut kepada hgarimau, semua orang tahu takut kepada harimau, tetapi sebelum berjumpa harimau perasaan takut itu hanya berlaku diatas lidah sahaja(cakap luaran atau omong kosong saja) dan itulah yang dikatakan takut secara ilmu sahaja yakni belum benar-benar rasa ketakutan itu didalam hati, tetapi apabila engkau pergi kehuma dalam hutan yang baru dibuka, ditengah-tengah engkau berjalan itu tiba-tiba engkau berjuak(bertemu) dengan seekor harimau besar maka diwaktu itu apakah perasaan kamu?

Tentulah engkau tahu sendiri akan jawapannya. Dan dimasa itu barulah engkau sendiri sedar, benar-benar rasa apa yang dimaksudkan dengan ketakutan itu. Dn itulah yang dimaksudkan dengan syuhud.

Saya harap perbandingan  sedemikian dapat memberikan kefahaman kepada pembaca.

Itulah perbandingan syuhud untuk difahami mengikut istilah tasauf yang sebenarnya. Dalam hal ini adalah suatu perkara ‘dzauq’ yang tak boleh hendak ditadbirkan secara lisan dan kalam.

Berkata sesetengah ahli Sufi:
“Siapa tidak rasa tak tahu (mengenal)

Apabila seseorang itu berjaya mencapai syuhud seumpama itu, maka itulah dia digelarkan dengan Wali Allah’ atau 'A’rifbillah' atau wasilu illa-llah' yakni orang yang mengenal (makrifat) dengan Allah atau sampai kepada Allah dengan jalan syuhud. Dan dari syuhud itulah terbitnya perkataan ‘musyahadah’ iaitu seolah-olah dia bersemajlis atau bersetentangan dan berhadapan diantara satu sama lain dalam majlis dihadapan Allah itu (majlis hadrat Allah) begitulah yang dirasanya hati orang-orang wali. Dan maqam musyahadah inilah digelar pula maqam ‘al ihsan’, bagaimana terdapat dalam hadis Nabi s.a.w.::

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu, bila disebutkan Allah nescaya gementarlah hati mereka ketakutan (laksana hati jadi jilah bersih dan hidup)”.

Dan dialah yang menjadikan pati agama yang diturun oleh Allah yang jarang manusia mengetahuinya melainkan Aulia, Nabi dan RasulNya.

Semua wali-wali besar, nabi-nabi dan  rasul-rasul adalah terdiri dari maqam musyahadah itu, tetapi musyahadah ‘baqa’ yakni mereka kekal dalam kesedaran dengan dua alam iaitu:

  1. alam batin tetapi bermusyahadah dengan Allah dan
  2. alam lahir(pancaindera) atau alam tubuh kasar lahir yakni yang dapat berbicara dengan makhluk ramai dan dapat membimbing masyarakat kearah jalan yang benar yang diridhoi Allah sekiranya tidak menjejaskan kesedaran batin dari musyahadah Allah tadi.

Inilah yang digelarkan ‘maqam baqa’ billah ‘, maqam yang tertinggi sekali daripada segala maqam. Dan maqam itu digelarkan maqam ‘al-insan al kamil’.

Tetapi adalah termaklum bahawa maqam nubuwwah dan risalah ini memang lebih tinggi lagi daripada itu kerana tidak dikatakan nabi dan rasul melainkan orang yang menerima maqam baqa’.

Misal mendapat syuhud dengan Asma’ Allah.

Apabila seseorang itu mendapat syuhud dengan nama Allah. Misalnya dengan nama ‘Rahman’ maka diwaktu itu rasanya nama Allah yang Pemurah (Rahman itu adalah jelira[cita rasa](taste) lazat kedalam seluruh perasaan batin hingga tak sedarkan diri(fana) ataupun dia sedarkan diri (baqa’)

Kelazatan-kelazatan yang terdapat seumpama itu tidak dapat diperikan atau dikiaskan oleh bahasa lisan dunia walaupun sepatah pun, demikianlah juga ianya tidak dapat digambarkan atau dituliskan dengan pena. Sehingga dikiaskan lagi dengan nama-nama Allah  yang lain umpama  al Aziz, al Jabar, al Mutakabbir dan lain-lainnya.


By Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)