Wednesday, October 7, 2009

Rambut dan Perawakan Rasulullah s.a.w.

Dari Ibn 'Abas r.a katanya:
"Para Ahli Kitab biasanya menguraikan rambut mereka, tetapi orang-orang musyrik membelah dua rambut mereka. Rasulullah s.a.w. lebih suka mencontohi para ahli kitab, sebelum ada perintah tertentu mengenai urusan itu, kerana itu Rasulullah s.a.w. menguraikan rambut kepalanya, tetapi kemudian beliau belah dua." (H.R Muslim - 2158)

Darii Al Bara' r.a katanya:
"aku tidak pernah melihat orang yang lebih tampan berpakain merah daripada Rasulullah s.a.w. Rambut beliau terurai kebahunya yang bidang, perawakannya tidak tinggi kurus dan tidak pula gemuk pendek." (H.R muslim -2159)

Dari Al Bara' r.a  katanya:
"Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang berwajah paling tampan, berakhlak paling indah, perawakannya tidak tinggi kurus dan tidak pula gemok pendek. (H.R Muslim - 2160)

Dari Ibn Sirtin r.a. katanya:
"Aku bertanya kepada Anas bin Malik r.a. - "Adakah Rasulullah s.a.w. mencelup rambut beliau?" Jawab Anas, "Beliau tidak kelihatan beruban, kecuali dijenggotnya tampak beberapa helai rambut putih." Kata Ibnu Sirin, "aku bertanya pula kepadanya, adakah Abu Bakar mencelup rambutnya? " Jawab Anas, " Ada, dengan inai." (H.R Muslim - 2161)

Dari Anas bin Malik r.a.:
"Maka seorang lelaki mencabut rambut putih dikepala dan dijenggotnya." Katanya, "Sedangkan Rasulullah s.a.w. ada rambut putih dibawah  bibir beliau sebelah bawah, dan diantara mata dan telinga, dan yang tumbuh jarang dikepala. (H.R Muslim - 2162)

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)