Sunday, October 25, 2009

Rukun Agama


Agama atau  diin menurut bahasa iaitu suatu yang ditaati. Agama juga bermaksud peraturan Tuhan yang mengajak kepada setiap yang berakal sihat untuk menerima segala peraturan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. untuk mencapai kebahagian hidup didunia dan akhirat.

Agama Islam ertinya: “wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada RasulNya untuk disampaikan kepada segenap umat manusia untuk seluruh Alam dan berlaku sepanjang masa.”

Agama Islam juga adalah satu system aqidah dan cara yang mengatur segala kehidupan manusia dalam pelbagai hubungan. Baik hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan sesama manusia ataupun hubungan manusia dengan alam lainnya. Agama Islam bertujuan mencari keridhoaan Allah, rahmat untuk sekelian alam dan menjanjikan kebahggian dunia dan akhirat.

Agama Islam pada garis besarnmya terdiuri dari aqidah, syariah yang meliputi ibadah dalam erti khusus dan muamalah dalam erti luas. Agama Islam bersumberkan Kitab Suci iaitu bersumberkan wahyu Allah yang terakhir penyempurna wahyu-wahyu Allah sebelumnya sebagai pegangan umat Islam.

Rukun Agama terdiri daripada tiga perkara:

  1. Iman
  2. Islam dan
  3. Ihsan

By Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)