"Salam sejahtera daripada Allah keatas hambanya dan salam sejahtera keatas sipolan dan sipolan."
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kamu berkata salam keatas Allah, sedangkan Allah sendiri adalah As-Salam.
Lebih baik berkata: 'Attahiyaatu lillaahi wal-salaawatu wal tayyibaat. Assalaamu'alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakaatuhu. Al salaamu 'alaina wa 'ala ibaadillah il -saalihin".
"Ashadu an laa ilaaha illAllah wa ash-hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluhu.." (H.R Al Bukhari - 835)
Umat Islam diperintahkan supaya berdoa dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w. untuk memohon keberkataan daripadanya:
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya" (Al Ahzab: 56)
Abdullah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Allah mempunyai malaikat-malaikat yang berjalan dimuka Bumi, menyampaikan kepada aku salam-salam daripada ummah." (Sahih Sunan al Nasaa'i: 1215 dan al-Sisilat al-sahabah: 2853)
Fatimah r.a berkata:
Apabila Rasulullah s.a.w. memasuki masjid, baginda berkata:
"Bismillah wassalaamu 'ala Rasulullah. Allaahumaghfir li zunuubi waftah li abwaba rahmatik."
"Bismillah wassalaamu 'ala rasulullillah. Allaahummaghfir li zunuubi waftah abwaad fadlika." (Sahih Sunan Ibn Majah: 763)
Abdullah bin Abu Talhah r.a. berkata:
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. datang dengan tanda-tanda kegembiraan diwajahnya, Baginda bersabda:
"Jibril a.s. datang kepadaku dan berkata:
"Apa lagi yang lebih diridhoimu (dari khabar ini), wahai Muhammmad, ketahuilah tidak seorang pun daripada kalangan umamu yang berselawat kepadamu melainkan aku akan memberi sepuluh selawat kepadanya. Tidaklah seorang daripada kalangan umatmu yang mengirim salam kepadamu melainkan akan aku kirimkan sepuluh salam untuknya." (Sahih Sunan al-Nasaa'i)
Umat Islam diperintahkan supaya mengirim salam dan doa kepada Rasulullah s.a.w. samaada secara umuim atau khusus. Contoh mengirim salam melalui tahiyat dan doa masuk serta keluar masjid. Mengutrus salam ketika baginda telah wafat merupakan salah satu perkara yang unik.
Salam yang diutus akan sampai kepada Rasulullah s.a.w. walaupun kita tidak berpeluang berjumpa dengan baginda. Ini merupakan perintah yang sahih. Terdapat banyak hadis sahih Rasulullah s.a.w. yang berbicara tentang perkara ini.
Abu Mas'ud al-Ansari r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w.datang kepada kami ketika sedang duduk dengan sa'ad bin Ubaidah.
Basyir bin Saad berkata:
"Allah telah memerintahkan kami untuk berselawat kerpadamu wahai Rasulullah s.a.w. Bagaimana caranya untuk kami berselawat kepada mu? Rasulullah s.a.w. diam sehinggalah kami berharap Bashir tidak pernah bertanyakan pada Nabi.
Kemudian Rasulullah s,.a.w. berkata:
"Katakanlah : "Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad kamaa salaita 'ala aali Ibrahim Wabaarik 'ala Muhammad wa'ala aali Muhammad kamaa baarakta 'ala aali Ibrahiimfi'l 'aalamin innaka hamidun majid." Seperti yang telah kamu ketahui." (H.R Mus;lim - 405)
Salam yang dikirimkan kepada Rasulullah s.a.w. boleh melalui selawat kepada baginda , iaitu 'assalamua 'alaika ayyuhannabiyu warahnatullahi wabaarakatuh."
Mengirim salam kepada Rasulullah s.a.w. boleh dilakukan dengan menyebut nama Allah al-Salam. Ia sesuai digunakan kerana memohon kepada Allah agart meletakkan baginda s.a.w. ditempat yang baik dan selamat. Manakala maksud al-Salam itu sendiri ialah bebas daripada sebarang kejahatan dan kesalahan.
Disini kita memohon agar Rasulullah s.a.w. selamat dan dilindungi daripada sebarang kejahatan, kekurangan dan kesalahan. Keberkatan yang diminta ialah keteguhan dan kestabilan dalam Rahmat Allah.
By Perihatin
No comments:
Post a Comment