Melihat kepada makam dan ahwalnya, kesucian dan kemurnian hidupnya, orang-orang sufi memberikan gelaran yang bermacam-macam kepada tokoh-tokoh sufi itu.
Pertama - yang dianggap berhak disebut qutubul ghaus al fardul jami' atau qutubul aqtab, yang terdiri hanya dari seorang pada tiap-tiap zaman dengan pembantunya sebanyak tiga ratus orang, dikenali dengan sepuluh amal, empat yang lahir, iaitu banyak ibadat, sungguh-sungguh zuhud, meninggalkan kehendak atau iradah, dan kuat dalam mujahadah serta enam yang batin, iaitu taubah, inabah, muhasabah, tafakhur, i'tisam dan banyak riyadah.
Kedua - yang diberikan gelaran nujaba', yang bilangannya ada yang menetapkan empat puluh, dan ada yang menetapkan tujuh puluh. Kerjanya ialah meringankan beban makhluk serta membela keadilan dalam masyarakat manuysia. Mereka dikenal pada delapan macam amalnya, empat yang lahir dan empat yang punyai batin, yang lahir iaitu suka memberi fatwa, hidup tawadhu' mempunyai adab yang baik, dan banyak ibadat, sedang yang batin ialah bermalu, mempunyai akhlak dan budi pekerti yang halus seperti arif bijaksana.
Ketiga - ada tokoh-tokoh Sufi yang digelarkan 'abdal, yang hanya terdiri dari tujuh orang lelaki, yang mempunyai kedudukan fadhal, kamal, istiqamah, i'tidal, terlepas daripada waham dan khayal, mempunyai amal-amal lahir dan batin, empat yang lahir iaitu, samat, berdiam diri, sabar, suka mengurangi tidur, ju', suka menahan lapar, 'uzlah, suka bertapa mengasingkan dari pergaulan, begitu juga empat yang batin, iaitu; tajarrud, suka bersunyi, tarid, suka berpiusah dari orang ramai, jama' ingin dekat dengan Tuhan dan tauhid, ingin bersatu dengan Tuhan.
Keempat - tokoh-tokoh Sufi itu ada yang dinamakan autad, yang dikatakan ada empat orang, berkedudukan pada empat penjuru mata angin dunia ini, iaitu timur, barat, utara dan selatan. Empat amal untuk mengenal mereka itu adalah, yang lahir, iaiitu banyak puasa, banyak ibadat malam, banyak imtisal, dan banyak istigfar dan mengurangi tidur, yang batin iaitu, tawakkal, siap bertawakkal kepada Tuhan, tafwidh, menolak segala yang bersifat keduniaan, siqqah, jujur dan sangat boleh dipercayai, dan taslim, menyerah diri seluruhnya kepada Tuhan. Dikatakan bahawa seorang diantara mereka itu menjadi 'kutub', yang dijaga oleh dua orang, seorang disebelah kanan, dan seorang lagi disebelah kirinya, yang disebut namanya dengan 'amaman'. Amaman yang disebelah kanan dapat melihat kedalam 'alam malakut' yang bersifat ruhaniah, sedangkan amaman yang disebelah kiri, hanya melihat kedalam 'alam hayawaniyah'. Empat amal untuk mengenal mereka ialah, yang lahir iaitu zuhud, wara' suka beramar maaruf, dan Nahi mungkar, yang batin iaiatu; sidiq, benar ikhlas, tulus haya' bermalu dan muraqabah, merasa selalu diawasi Tuhan.
Selanjutnya ada yang disebut 'ghaus', tidak lain daripada gelaran yang diberikan kepada seorang Qutub yang terbesar, yang mulia, yang dihajatkan oleh orang Sufi untuk dimintakan berkat dan doanya, seperti yang pernah terjadi dengan Uwais Al Qarni, yang pernah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Talib, agar mereka mencari dia sepeninggalannya dan ahwal kesufian dan kesolehan serta kemurniaan mereka.
Ali Al Quraisyi menerangkan, bahawa ia pernah melihat empat orang tokoh Sufi yang meskipun sudah wafat terus menerus beramal dalam kuburnya seperti ketika mereka masih hidup, iaitu syeikh Abdul Qadir, Syeikh ma'aruf Al Karakhi, Seikh Aqil Al Munji, dan syeikh Hayat bin Qais Al Harrani. menurut Kamsyakhanuwi selain dari itu, termasuk wali-wali yang terbesar sesudah abad ketiga hijrah, ialah seikh junaid Al Bagh dadi, Abu Yazid Al Bistami, Imam syibli, Syamsudin Al Barazi, Daud At-Ta'i, ibrahim bin Adham, Abul Hars, As Sirri, As Saqati, Imamul Haramain, Abu Madyan, 'abdul Salam, Abul Abbas, As Samanuwi, Sahal, Al Hars, Ibrahim Al Khawas, Ibn Attaillah, Al Hallaj, Asy-Syibani, Abu Bakar Ad-Daqqaq, Ar-Razi, Asy-Sya'rani, Al-Qusyairi, Muhammad Al Khaffaf, Abul Fadhal, yusuf Al Hamdani, Ruknuddin, Ridhaddin, Fakhrudin, Syamsuddin, Ar Ramli, Al Qadhi Zakariya', Al Barzanji, Al Auza'i, Abul Lait, Syeikhul Islam Al karmani, Qastalani, As Sayuti, Al Khatib, Ad-Dailumio, Al Baihaqi, As-Sakaki, As Subki, Al Munawi, Al Jarjani dan banyak lagi yang lain katanya sampai beribu-ribu ramainya, yang tidak ada yang mewngetahuinya melainkan Allah jua, yang pernah berfirman:
"Tidak ada yang mengetahui banyak Wali-Wali dalam perlindunganKu melainkan Aku sendiri jua."
Demikianlah beberapa nama tokoh-tokoh Sufi yanbg disebut dengan sangat sederhana, sehingga sukar bagi kita untuk mengenal pasti siapakah yang dimaksudkan dengan sebenarnya dan bagaimana riwayat hidupnya serta perjuangannya dalam dunia Sufi. Memang sudah menjadi kebiasaan bagi orang-orang Sufi menyebut nama teman-teman atau menyebut nama dirinya sendiri dengan cara yang sederhana, kerana mereka tidak ingin membanggakan dirinya itu disebabkan takut menjadi riak dan takabbur. Lain daripada itu ada alasan lain, kerana banyak diantara mereka (tokoh-tokoh besar) yang berkeyakinan pada 'wahdatul wujud' itu akan dihukum mati atau dikafirkan, sehingga orang semasa dengan mereka takut untuk menulis sejarah hidup mereka.
Bersambung
By Perihatin
No comments:
Post a Comment