Daripada Abi Najih ‘Irbadh bin sariyah r.a. berkata:
“Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata:
“Ya Rasulullah! seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami.”
Lalu baginda pun bersabda:
“Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba.
Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya dariapada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.
Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa’ Ar Rasyidin Al Mahdiyin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan kejalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi gerahan dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” (H.R Abu Daud dan Tirmizi)
By Perihatin

No comments:
Post a Comment