Monday, November 2, 2009
Apa maksud Istihdad? Apa hukumnya?
Istihdad bermaksud mencukur bulu di kawasan ari-ari (العانة) iaitu kawasan di atas kemaluan dan di sekitarnya sama ada lelaki atau wanita. Hukumnya adalah sunat. Tujuannya ialah untuk membersihkan kawasan tersebut. Yang terbaik ialah dengan mencukur. Namun harus dengan menggunting atau mencabutnya. Menurut al-‘Abbas bin Suraij; termasuk dalam pengertian bulu ari-ari ialah bulu yang tumbuh di sekitar lubang dubur. Jadi dengan mengambil kira pandangan beliau, maka disunatkan kita mencukur keseluruhan bulu yang tumbuh di kemaluan depan dan dubur serta di kawasan sekitar keduanya
By Perihatin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment