Dari wa’il bin Hujr katanya dia melihat nabi s.a.w. mengangkat kedua tangan pada permulaan sholat 'setentang dengan telinganya' sambil membaca takbir. Kemudian dilipatkannya bajunya lalu diletakkannya tangan kanan diatas tangan kiri. Ketika beliau hendak ruku’ dikeluarkannya kedua tangannya dari lipatan bajunya, kemudian diangkatnya sambil membaca takbir, lalu beliau ruku’ ketika beliau membaca sami ’Allah hu liman hamidah", diangkatnya pula kedua tangan. Ketika sujud, beliau sujud antara kedua telapak tangannya (H.R Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kami sekelian para nabi telah diperintahkan untuk menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan makan sahur, dan untuk meletakkan tangan-tangan kanan kami diatas tangan-tangan kiri pada waktu sholat. (Ibn Hibban dan Ad dhiya dengan sanad yang sahih.)
Beliau melarang untuk meletakkan tangan dilambung(perut) didalam sholat.(H.R Bukhari dan Muslim)
Perihatin
No comments:
Post a Comment