Sunday, November 1, 2009

Sesetengah orang-orang tua mengatakan bahawa kaum Jawi adalah bangsa Jawa

Saya nak tambah sikit cerita saya. Di alam Melayu ini, bukan puak Nabi Yusof a.s. (Ganu kite cakap Jusoh , mungkin pakai loghat Bani Israel) saje yang ada di sini. Bahkan ada satu lagi puak Bani Israel yang wujud, iaitu Jawi. Mengikut cakap orang tua-tua, semasa kerajaan Champa, telah wujud satu lagi puak Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Jawi (Levi). Ketika itu mana-mana orang Melayu yang menganut agama Nabi Ibrahim a.s. digelar sebagai "masuk Jawi". Jadi mereka ini dikenakan berkhatan sebagai tanda kemasukan ke agama Nabi Ibrahim a.s. . Levi adalah salah seorang anak kepada Nabi Yaakob a.s., sama macam Nabi Yusof a.s. . Levi merupakan ketua kepada seluruh Ulama' agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel ketika itu.

Perlu diingat , puak Manasseh yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu pada 600 BC bukannya beragama Nabi Musa a.s. . Bahkan mereka adalah beragama Nabi Ibrahim a.s. juga, sama macam keturunan Jawi (Levi) yang berada di Champa sebelum itu. Ini kerana , Book of Mormon adalah kitab tentang agama Nabi Ibrahim a.s. dan bukannya agama Nabi Musa a.s. .

Sesetengah orang-orang tua mengatakan bahawa kaum Jawi adalah bangsa Jawa sekarang. Kalau dilihat dari segi air muka, mungkin ada kebenarannya. Namun begitu tiada ujian DNA pernah dilakukan bagi tujuan pengesahan. Namun, sekiranya dakwaan ini benar, maka Jawa akan berada di barisan tengah di dalam pasukan tentera Imam Mahdi.

Jadi ini tidak bersalahan dengan hadis Nabi s.a.w. bahawa , tentera Imam Mahdi adalah di kalangan Bani Ishak.

Sebelum itu saya hendak bersimpati dengan penduduk Gaza yang mati syahid di sana. Sementara di Perak pula, bersabau le (kata orang Melaka). Zaman sekarang adalah zaman mabuk. Mabuk duit, mabuk rasuah, mabuk pangkat, mabuk kuasa, mabuk status, dll mabuk (macam kata Awie Wings).

Sebenarnya , saya hendak tambah sedikit cerita tentang Jawi. Pemahaman Arab tentang Bani Jawi yang merujuk kepada Melayu adalah sedikit tersasar. Di alam Melayu , Jawi merujuk kepada agama Nabi Ibrahim a.s.. Bani Jawi yang menjadi rujukan Arab sebenarnya bermaksud keturunan Keturah.

Siapakah Keturah???

Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. . Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa. Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah .

Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan Mala (nama bangsa asas Keturah iaitu Mala/Mon) , dan sementara Yur pula diambil dari nama tempat asal-usul Nabi Ibrahim a.s. , iaitu berhampiran dengan kota Babylon.

Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari tulisan Yahudi tua. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.. Jawi sebenarnya adalah Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. . Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala/Mon . Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil dari bahasa Mala/Mon. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala/Mon. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a .

Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah lebih bijak dan segak, ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor dan Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. .

Namun Mala/Mon bukanlah bangsa asal. Mala/Mon adalah daripada bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang Arkaelogist Eropah di sekitar tahun 1830an lagi (lama tu). Maka , ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak , atau bermaksud 22 bangsa asas (kalau tak silap saya). Jadi Nabi Adam a.s. telah ajarkan 22 jenis bahasa kepada kesemua 44 orang anak beliau, berdasarkan kepada jenis bangsa tersebut.

Jadi , apa yang saya hendak tegaskan disini ialah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan Bani Ishak yang menjadi tentera Imam Mahdi adalah merupakan anak-anak Keturah (orang Islam Asia Tenggara), dan juga Bani Israel yang beragama Islam (mungkin keturunan Nabi Yusuf a.s. iaitu dari Afghanistan, Pakistan dan Tanah Melayu).

This post has been edited by kumanddie:  2009,

By Perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)