Dari Tsauban r.a katanya rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah ta’ala telah memperlihatkan kepadaku(peta) bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah timur dan barat. Dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan sampai keseluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Ta’ala kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam pembendaharaan, iaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummatku agar mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman: “Ya Muhammad! Apabila Aku telah memutuskan suatu putusan maka putusan Ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk ummat mu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila bahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan menawan.” (H.R Muslim: 2463)
Perihatin
Perihatin
No comments:
Post a Comment