Tuesday, November 3, 2009

Sifat Duduk Tasyahud dalam Shalat



Hukum tentang duduk tasyahud 
Sebelum menjelaskan sifat duduk tasyahud di dalam shalat, perlu difahami bahawa sifat duduk tasyahud di dalam shalat oleh para ulama pada kitab-kitab fiqh dihukumi sunat dan bukan merupakan kewajipan atau pun rukun, sehingga mudah-mudahan pembahasan ini tidak menjadikan renggangnya ukhuwah Islamiyah di antara umat Islam.

Pandangan 4 madzhab tentang sifat duduk tasyahud : 

Madzhab Imam Abu Hanifah sangat berpegang teguh dengan hukum asal sifat duduk di dalam shalat iaitu duduk iftirasy, maka di dalam madzhab Hanafi tidak ada duduk tawarruk baik untuk shalat yang dua raka’at mahupun yang empat raka’at. 

Madzhab Maliki menetapkan bahawa sifat duduk tasyahud awal dan akhir adalah tawarruk, dan tidak ada perbezaan di antara keduanya, sehingga pada madzhab Imam Malik ini tidak ada duduk iftirasy pada duduk ketika tasyahud dalam shalat baik untuk shalat yang dua raka’at mahupun yang empat raka’at. 

Madzhab Hambali menetapkan, kalau shalat itu dua raka’at maka kembali ke hukum asal sifat duduk di dalam shalat yaitu iftirasy.  Dan kalau shalat itu mempunyai dua tasyahud, maka sifat duduk tasyahud awal adalah iftirasy, sedangkan tasyahud akhir sifat duduknya adalah tawarruk
Dan Madzab Syafi’i menetapkan bahawa setiap duduk akhir adalah tawarruk, baik untuk shalat yang dua raka’at atau pun empat raka’at. 

Berdasarkan nash-nash yang shahih maka madzhab Hanafi dan Maliki menyelisihi sifat duduk ketika tasyahud, kerana Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam melakukan duduk iftirasy mahupun tawarruk

Sementara itu madzhab Imam Ahmad berpegang pada keumuman (muthlaq) hadits-hadits atau riwayat yang menjelaskan bahawa hukum asal sifat duduk di dalam shalat adalah iftirasy kecuali shalat yang ada dua tasyahudnya.  Salah satunya adalah hadits yang dibawakan oleh Aisyah radhiyallaHu ‘anHa,  

“ … beliau (Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam) mengucapkan setiap dua raka’at tahiyyat dan beliau menghamparkan kaki kirinya  dan menegakkan kaki kanannya (yakni beliau duduk iftirasy) …” (HR. Muslim 2/54)  

Juga hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar, beliau berkata, 
“Sesungguhnya sebahagian daripada sunnah shalat ialah engkau hamparkan kaki kirimu dan engkau tegakkan (kaki) kananmu” (HR. an Nasai 2/235)  
Pendapat madzhab Hambali ini didukung oleh Imam Ibnu Qudamah dan Ibnu Qayyim. 

Adapun madzhab Syafi’i berpegang, salah satunya, kepada hadits yang disampaikan oleh Abu Humaid as Saa’idiy, iaitu duduk tasyahud pada setiap raka’at terakhir adalah tawarruk.  

Dari Muhammad bin Amr bin ‘Atha’, sesungguhnya dia pernah duduk bersama sepuluh orang sahabat Nabi ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam.  Lalu kami menyebut shalat Nabi, maka berkata Abu Humaid as Saa’idiy, 

“ … dan apabila beliau duduk pada raka’at akhir, beliau majukan kaki kirinya dengan menegakkan kaki kanannya dan beliau duduk di tempatnya (di tanah yakni sifat duduk tawarruk)” (HR. al Bukhari no. 828)  
Pendapat madzhab Syafi’i ini didukung oleh Imam Ibnu Hazm. 

Kaedah dalil umum  dan dalil khusus . 
Jika dikatakan duduk iftirasy adalah dalil yang bersifat umum dan duduk tawarruk adalah dalil  khusus, maka pendapat madzhab Syafi’i  lebih kuat dibandingkan madzhab Hambali. 
Ini kerana kaedahnya, apabila ada dalil bersifat mutlaq, kemudian datang dalil yang bersifat muqayyad, maka dalil yang muthlaq tersebut wajib dibawa kepada dalil yang muqayyad.  Ertinya, jika dikaitkan dengan permasalahan di atas, semua duduk dalam shalat adalah duduk iftirasy (ini menunjukkan keumuman dalil),  kecuali duduk pada raka’at terakhir iaitu tawarruk (ini yang menunjukkan kekhususannya) termasuk pada shalat yang dua raka’at.   

Pendapat Syaikh al Albani 
Syaikh al Albani rahimahullah menjelaskan sifat duduk Nabi ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam ketika tasyahud dalam Sifah Shalaatin Nabi :  
“Kemudian setelah selesai mengerjakan raka’at kedua, beliau duduk untuk melakukan tasyahud.  Apabila shalat yang beliau lakukan hanya dua raka’at, seperti shalat shubuh, ‘Beliau duduk iftirasy’ (HR. an Nasai I/173), seperti cara beliau duduk pada duduk diantara dua sujud.  Seperti itu pula jika, “Beliau duduk tasyahhud awal” (HR. al Bukhari dan Abu Dawud), dalam shalat tiga raka’at atau empat raka’at” 
Maraji’:
Al Masaa-il Jilid 4, Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta, Cetakan Pertama, 1425 H/2004 M.
Sifat Shalat Nabi ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam, Syaikh Muhammad Nashiruddin al Albani, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Shafar 1427 H/Maret 2006 M.

Perihatin 

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)