Sunday, November 8, 2009

Syarah 50



Mungkin kamu berada dalam satu dari dua keadaan ini:

  1. Jauh dari Allah SWT
  2. Hampir dengan Allah SWT
Sekiranya kamu jauh dari Allah, maka janganlah kamu berdiam diri sahaja dan tidak mahu mengajar bahagian kamu dari kurniaan Allah dan kebahagian, keselamatan dan kemajuan disisi Allah dalam dunia dan diakhirat kelak.

Ayuh! Bangunlah dan segera menuju Allah. Tinggalkan keseronokan dan berfoya-foya itu dan jauhkan yang haram. Bersedialah dengan sabar menghadapi kesulitan dan kesusahan dan jauhkandiri dari manusia dan dari keinginan dunia atau akhirat agar kamu berjaya ‘bersatu’ dengan Allah dan hampir denganNya, dan kemudian itu, barulah kamu boleh mendapat apa yuang kamu kehendakki.

Kamu akan diberi kemuliaan dan ketinggian pangkat disisi Allah. Jika kamu telah masuk dalam golongan yang diberi Allah kehormatan, kasih saying dan rahmatNya, maka tunjukkanlah sopan dan akhlak yang baik dan jangan kamu merasa tinggi diri dengan kurniaanNya itu, agar kamu tidak lupa tentang kewajipan kamu terhadap Allah dan agar kamu tidak condong kembali kepada kejahilan dan kegelapan kamu yang mula-mula dulu.

Firman Allah: 
Innaa ‘aradnaal amaa nata‘alassamaa waa tiwalardhiwaljibaali fa abaina an yakhumilnahhaa wa ashfaghnaminhaa wahamalahaal insaa nu innahu kaa nadholuu man jahuu lan

Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikul lah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.

Firman Allah lagi:
Wayad ‘ul insaa nubissyarridu‘aaa ahu bilkhairi wakaa nal insaa nu’ajuu an.”

Ertinya:
Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan manusia adalah bersifat tergesa-gesa.

Pelihara hati kamu daripada condong kepada apa yang telah kamu tinggalkan tentang manusia, hawa nafsu, keinginan, usaha, kehilangan sabar, ridho’ dan bersesuaian dengan Allah semasa ditimpa kemalangan dan kesusahan. Sebaliknya kamu hendaklah menyerahkkan diri kamu kepada Allah sepertri bola dikaki pemain bola atau seperti bayi dipangkuan ibunya, atau  mayat ditangan pemandi-pemandinya.

Butakan hati kamu kepada apa yang sahaja selain Dia supaya kamu pandang tidak ada yang lain kecuali Allah – tidak ada yang wujud. Tidak ada yang memudharatkan, tidak ada yang memanafaatkan, tidak ada yang menolak pemberian atau yang memberi, semua itu siDia itu jua. Anggaplah makhluk itu, semasa kesusahan dan penderitaan, sebagai tali cemati dari Allah yang Maha Agung, yang dengannya Allah memukul kamu. Semasa kebahagiaan dan keselamatan, anggaplah makhluk itu sebagai tangan Allah yang memberi rezeki kepada kamu.

perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)