Tuesday, November 3, 2009

Tasyahud awal dan akhir

Dalam Kitab al-Umm, al-Imam al-Syafi'e rahimahullah tidak membezakan bacaan selawat pada tahiyyat awal dan tahiyyat akhir. Selawat perlu dibaca pada kedua-dua tahiyyat.

Setelah selesai membincangkan bacaan tasyahhud, beliau meriwayatkan dua hadith mengenai selawat. Dalam perbincangan selepas hadith-hadith tersebut, beliau ada menyebut:

‏[‏قَالَ الشَّافِعِيُّ‏]‏‏:‏ فَلَمَّا رُوِيَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- كَانَ يُعَلِّمُهُمْ التَّشَهُّدَ فِي الصَّلاَةِ وَرُوِيَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- عَلَّمَهُمْ كَيْفَ يُصَلُّونَ عَلَيْهِ فِي الصَّلاَةِ لَمْ يَجُزْ وَاَللَّهُ تَعَالَى أَعْلَمُ أَنْ نَقُولَ‏:‏ التَّشَهُّدُ وَاجِبٌ وَالصَّلاَةُ عَلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيْرُ وَاجِبَةٍ وَالْخَبَرُ فِيهِمَا عَنْ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- زِيَادَةُ فَرْضِ الْقُرْآنِ[/b]
"Apabila diriwayatkan bahawa Nabi sallallahu 'alayhi wasallam mengajar mereka (para Sahabah) bacaan tasyahhud dalam solat dan diriwayatkan bahawa baginda s.a.w. mengajar mereka kaedah berselawat kepadanya dalam solat, maka - wallahu a'lam - tidak boleh bagi kita untuk berkata: tasyahhud wajib, selawat ke atas Nabi s.a.w. tidak wajib. Sedangkan kedua-dua khabar dari Nabi s.a.w. ini adalah tambahan apa yang diwajibkan al-Quran."

perihatin

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)