Kata 'Wahyu' berasal daripada kata 'wahy', daripada kata kerja bahasa Arab, 'waha' yang bererti 'membisikkan' .
سُوۡرَةُ النّحل
وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (٦٨)
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (An Nahl :68)
Dan dalam surah As syura ayat 13 diertikan sebagai 'wasiat'.
ۡرَةُ الشّوریٰ
۞ شَرَعَ لَكُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِۦ نُوحً۬ا وَٱلَّذِىٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ وَمَا وَصَّيۡنَا بِهِۦۤ إِبۡرَٲهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰٓۖ أَنۡ أَقِيمُواْ ٱلدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُواْ فِيهِۚ كَبُرَ عَلَى ٱلۡمُشۡرِكِينَ مَا تَدۡعُوهُمۡ إِلَيۡهِۚ ٱللَّهُ يَجۡتَبِىٓ إِلَيۡهِ مَن يَشَآءُ وَيَہۡدِىٓ إِلَيۡهِ مَن يُنِيبُ (١٣)
“Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).” (13)
'Membisikkan'_Jalaludin Rumi, penyair sufi, menyatakan:
Ketahuilah bahawa jiwa manusia berbeda dengan jiwa lembu dan keldai, dan lagi jiwa nabi dan wali berbeda dengan jiwa orang awam.
Raga itu kasat mata, sedang jiwa itu ghaib.
lagi, fikiran itu lebih ghaib berbanding jiwa.
Jiwa wahyu lebih ghaib lagi.
Fikiran Rasulullah, siapa pun dapat merasakan.
Namun jiwa wahyu tidak begitu dapat dimengerti.
"Beliau dibimbing oleh lauh Mahfuz, itulah sebabnya beliau terlindung daripada kekeliruan dan kesalahan.
Wahyu Ilahi bukan astrologi, bukan geomansi bukan pula mimpi.
Wahyu adalah fakta dan realiti."
perihatin
No comments:
Post a Comment