Question to be answered by Members of Bani Hasyim part C
C. TASAUF, PERTUBUHAN BANI HASYIM MQTK Quran-Sunnah-Islam, MIRACLE HELPS (SYAFAAT) & MAIN REPENT NASUHA PART
1. Adakah kamu percaya dan yakin dengan janji Allah SWT bahawa selepas Rasul, golongan para Waliullah tetap akan ada sampai ke zaman sekarang ini ?
2. Adakah kamu percaya dan yakin dengan janji Ar-Rahman bahawa setiap umat mana-mana zaman akan dipanggil dengan nama ketua/ kepala/ Khalifah atau Imam zaman masing-masing.? {AlIsraa:71}
3. Adakah kamu percaya dan yakin hanya golongan bertaubat nasuha sahaja diterima oleh Allah SWT.?
4. Adakah kamu percaya dan yakin bahawa semua amalan kamu seumur hayat kamu sebenarnya belum tentu dapat menimbus dosa-dosa kamu dan selamat dari azab siksa God(Ar-Rahman) di dunia dan akhirat.?
5. Adakah kamu percaya dan yakin mengikut hadis sahih hanya ada satu puak, satu golongan sahaja yang terlepas semua hitungan dosanya kerana berjaya mendapat syafaat/jaminan besar dari Imam di akhir zaman ini sebagaimana mengikut kitab kasyful ghaibiah-pondok.?
6. Adakah kamu percaya dan yakin kata-kata Imam Al-Ghazali bahawa tidak sah taubat itu tanpa ilmu ?(nak taubat kena ada ilmu dulu, apakah nama ilmu itu)
7. Adakah kamu percaya dan yakin bahawa semua manusia berdosa mahu bertaubat(tok sir nerako nii..) sebelum mati, tetapi bukan semua yang bertaubat itu diterima ?
8. Adakah kamu percaya dan yakin bahawa orang yang berdosa pun ada ketuanya dan mesti dalam jemaahnya yang nak bertaubat.?
9. Adakah kamu yakin bahawa dalam Ahlul-Bait juga ada orang berdosa, ada orang nak bertaubat dan ada ketua dalam Ahlul-Bait yang mengepalai orang-orang yang bertaubat nasuha itu.?
10. Adakah kamu percaya dan yakin bahawa di akhir zaman ini hanya satu golongan orang bertaubat yang akan diterima dan ianya adalah dalam Ahlul-Bait Rasulullah SAW yang layak mendapat syafaat di Padang Mahsyar nanti dimana ketuanya digelar Al-Mahdi, dan yang selain dari yang mengikut mereka itu adalah bakal penghuni neraka God(Ar-Rahman) s.w.t.?
No comments:
Post a Comment