Sunday, May 2, 2010

Seri Patani: Meriam Terbesar di Asia Tenggara!

Seri Patani: Meriam Terbesar di Asia Tenggara!

Posted by: faizn in Kelantan-Patani's Forgotten History

The Background of The Great Cannons

Phraya Tani (Thai พญาตานี) or Seri Patani (Malay) is a historical siege cannon from Pattani in southern Thailand. It is the largest cannon ever cast in Thailand (Nusantara actually), measuring 9 feet and made of brass. It is now on display in front of the Ministry of Defence, opposite the Grand Palace in Bangkok. The cannon is still the symbol of the Pattani Province.
The cannon was cast in the early 17th century by a craftsman of Chinese descent named Tok Kayan (To’ Kian). The ruler of Pattani at that time, Raja Biru, ordered the construction of firearms in response to rumors of a forthcoming attack from Siam. Three cannons were cast, two large ones named Sri Patani and Sri Negara, and a smaller named Mahalela.
After the fall of Ayutthaya in 1767, Pattani tried to liberate itself from the tributary status to Siam. However in 1785 the army of Siam under leadership of the vice-king Boworn Maha Surasinghanat defeated Pattani. The two large cannons were taken as booty, however Sri Negara fell into the sea while being loaded to the ship.

Who is The Maker?

Terdapat 3 sumber dari 3 jarak masa yang berlainan. Mengikut kenyataan-kenyataan dan cerita tradisi sekitar Kerisek, Tanjung Lulok serta Tanjung Dato’, di mana nama sebenar masjid tersebut ialah Masjid Pintu Gerbang, yang dibina oleh ahli binaan berbangsa Cina. Nama lelaki Cina pembina itu ialah Lim Toh Kian atau Lim Tau Kin. Orang-orang Pattani menyebutnya dengan To’ Kian sahaja.
Mulanya beliau hanya bisnes di negeri Pattani. Tetapi apabila beliau melihat keindahan agama Islam yang dipimpin oleh raja-raja Melayu Pattani, dan rakyatnya yang hidup tenang serta damai, maka beliau memilih untuk memeluk agama Islam, serta terus membuat kesimpulan untuk tinggal tetap di sana. Menurut versi tersebut, hal ini berlaku sekitar zaman Raja Biru (1616-1624) masehi atau beberapa tahun selepasnya.
Walaupun beliau berbangsa Cina, beliau tetap ikut berbakti kepada agama dan negara tempat beliau berhijrah. Beliau ditugaskan untuk mengepalai membuat meriam-meriam kerajaan (Sila lihat buku ‘Sejarah Kerajaan Melayu Patani’ oleh Ibrahim Shukri). Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat serangan pertama Kerajaan Siam ke atas Negeri Pattani pada tahun 1603.
Terdapat 3 laras meriam telah disiapkan. 2 laras meriam besar bernama ‘Seri Negara’ dan ‘Seri Patani’ berukuran 3 depa, 1 hasta dan 2 inci panjang. Satu lagi bernama ‘Mahalela’ berukuran kecil 5 hasta dan 1 jengkal sahaja. Tetapi malangnya pada tahun 1785, Patani kalah dalam peperangan dengan kerajaan Siam, meriam-meriam itu dirampas dan di bawa ke Bangkok. Satu darinya jatuh di Kuala Patani sewaktu nak diangkat naik ke kapal, satu lagi hilang entah ke mana. Dan yang bernama ‘Seri Patani’ itu dipamerkan di hadapan pejabat Kementerian Pertahanan Thai di Bangkok hingga sekarang.”
Tempat membuat dan menempa kerja-kerja menuang meriam-meriam itu kini disebut Kampung Tuang Bedil. Kesan tapak masih boleh dilihat. Tanah sekitarnya menjadi hitam, oleh sisa-sisa tahi besi dan tembaga yang terkumpul mendak atau mendap di situ. Tidak banyak rumput tumbuh.

The Service of The Great Cannons in Combat

Setelah hampir angkatan perang Siam itu akan sampai di Patani sekalian rakyat jelata Patani telah dikerah oleh Sultan Muhamad berkumpul di luar kota Istana dan dibahagikan kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama diperintah berkawal dalam kubu-kubu di tepi pantai untuk mempertahankan pendaratan orang-orang Siam-Thai dari kapal perangnya. Pasukan kedua berkawal di hadapan Kota Istana dan segala alat senjata termasuk meriam dan pelurunya telah dibahagi sama rata. Meriam besar Seri Negara dan Seri Patani yang telah pernah mengalahkan orang-orang Siam-Thai dahulu telah dibawa semula diletak diluar kota hanya menunggu perintah akan melepaskan pelurunya yang handal dan kedua-dua pasukan pertahanan itu hanya menanti saat sahaja akan menghentam serangan orang-orang Siam-Thai.
Tiada berapa hari kemudian angkatan perang Siam-Thai yang dikepalai oleh Phraya Kalahum sampailah di Kuala Patani dan berlabuh disitu sementera menunggu saat yang baik akan melancarkan serangannya di dalam saat penting itu. Tiba-tiba dalam golongan orang-orang besar Sultan Muhamad adalah seorang Siam-Thai bernama “Nai Chan Tung” iaitu berasal dari Siam Ligor telah datang menduduki dalam Patani dengan beberapa orang rakannya ia telah banyak berkhidmat kepada kerajaan Patani sehingga Sultan Muhamad menaruh kerpecayaan penuh kepadanya dan telah dilantik dia menjadai seorang pembesar raja.
Sewaktu angkatan perang Siam-Thai berlabuh di Kuala Patani itu, timbullah perasaan jahatnya kepada kerajaan Patani dan akan berbuat bakti kepada bangsa dan kerajaannya. Lalu dia mengatur rancangan jahatnya kemudian dengan terburu-buru dia masuk mengadap baginda Sultan Muhamad menyatakan bahawa dia sanggup melawan serangan orang-orang Siam-Thai. Tetapi hendaklah dilantiknya menjadi ketua dalam pasukan rakyat Melayu yang bertahanan dalam kubu di tepi pantai itu serta meminta kepada sultan mengurnia kepada sebuah perahu yang besar lima hasta cukup dengan senjata-senjata dan meriam. Dengan kerana kepercayaan itu Sultan Muhamad telah meluluskan permintaannya. Setelah itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya. Pura-pura menuju kepada pertahanan di tepi pantai itu, di sini mulalah dia menjalankan rancangan khianatnya kepada kerajaan Patani.

Manakala sampai di tengah malam waktu alam sedang gelap gelita yang akan dapat melindungi kepada seorang yang akan berbuat jahat. Di kala itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya menuju ke kapal perang orang-orang Siam-Thai dan meminta berjumpa dengan panglima Phraya Kalahum. Setelah dapat berjumpa terus dia membuka rahsia pertahanan orang-orang Melayu Patani dan memberi tahu tempat-tempat perkubuan mereka serta ditunjuk pula tempat-tempat menyimpan senjata perang kemudian dia terus melarikan diri ke Singgora.

Panglima Phraya Kalahum sangatlah sukacitanya bila dapat mengetahui rahsia pertahanan orang-orang Melayu itu. Dia yakin pada kali ini angkatan perangnya akan tetap menang serta terbayang-bayang pada matanya bahawa pada kali ini sudah tentu takhta kerajaan Patani akan berguling jatuh ditendang oleh angkatan perangnya.

Setelah sampai saat yang baik panglima itu mulalah memerintah pasukan meriamnya membedil ke atas kubu-kubu pertahanan orang-orang Melayu di pantai itu. Dengan serentak dia mendaratkan tenteranya ke pantai dengan berlindung di bawah peluru-peluru yang ditembakoleh pasukan meriam, tetapi malangnya tiap-tiap kali peluru yang dibedil oleh Siam itu telah terjatuh di dalam kubu-kubu orang-orang Melayu. Sehingga beberapa kali tembak sahaja banyaklah orang-orang Melayu itu terbunuh dalam hal itu pun orang-orang Melayu tetap bertegas hati membedil balas dengan hebatnya. Serangan dan bedilan orang-orang Siam-Thai itu semakin lama semakin kencang sehingga angkatan perang orang-orang Siam-Thai itu dapat naik ke pantai serta mengumpul semua kekuatannya menyerbu ke kubu orang-orang Melayu. Dengan sekejap sahaja kedudukan orang-orang Melayu itu terkepung dan terputus perhubungannya dengan pasukan yang kedua yang bertahan di hadapan kota dalam negeri. Sekalipun mereka terkepung dan hadapannya telah terkecewa, orang-orang Melayu dalam kubu itu terus juga melawan dengan tidak berganjak setapak pun. Kesudahannya pertahanan orang-orang Melayu di pantai itu hancur lebur dan kubu-kubu serta meriam-meriam mereka telah ditawan oleh orang-orang Siam-Thai.

Setelah barisan pertahanan orang-orang Melayu di pantai itu jatuh, panglima Phraya Kalahum telah mengumpul sekali lagi kekuatan perangnya yang tinggal di situ terus melancarkan serangan ke dalam negeri. Serangan panglima itu telah mendapat tentangan yang hebat dair pertahanan orang-orang Melayu di hadapan Kota Istana dan Sultan Muhamad sendiri telah keluar mengatur pertahanan itu. Meriam Seri Negara dan Seri Patani pun mulalah melepaskan pelurunya yang handal itu menyekat kemaraaan orang-orang Siam-Thai dan peperangan berapat-rapat dengan menggunakan senjata-senjata pendek pun berlaku dengan hebat.

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)