Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Julai: Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alukan kenyataan Menteri Imigresen Britain, Damian Green untuk tidak mengemukakan cadangan ahli parlimen dari Konservatif bagi mengharamkan pemakaian ‘burqa’ oleh wanita Islam di Britain. Ketua lajnah itu, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pendirian Damian yang menghormati budaya dan adat sesetengah wanita Islam di Britain sangat dihargai yang mana ianya akan memberikan satu indikator ke arah perpaduan, keharmonian dan kelestarianan negara Britain itu sendiri. Katanya, walaupun terdapat perbezaan pendapat terhadap isu pemakaian ‘burqa’ bagi wanita Islam, namun faktor budaya dan sejarah perlulah diambil kira dalam usaha untuk menilai pembangunan negara. Britain sebagai salah sebuah kuasa besar dunia, ujarnya diminta tidak terikut-ikut dengan cara negara-negara lain terutamanya di Eropah dalam menangani hal-ehwal umat Islam. Tambahnya, tindakan Kerajaan Perancis yang baru-baru ini mengharamkan pemakaian burqa dilihat boleh mendatangkan persepsi negatif umat Islam di negaranya sendiri yang sudah menjangkau 7 juta orang. “Juga tindakan negara terdekatnya seperti Denmark yang mengizinkan lakaran kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. di atas nama hak asasi dan individu, di Switzerland umpamanya apabila isu pembinaan menara masjid menjadi pertikaian,” ujarnya dalam satu kenyataan. Kerajaan-kerajaan Negara Barat, katanya perlulah cuba untuk memahami di antara hak asasi dan hak umum di samping memahami susur-galur pengamalan rakyatnya terutama yang beragama Islam di antara budaya, adat dan kewajiban dengan tidak mengorbankan hak individu dalam beragama. Oleh itu, katanya lagi langkah yang diutarakan oleh Damian yang mengatakan beliau tidak bertindak terhadap ‘tindakan bukan Britain’, yakni tindakan yang dimaksudkan menyekat pemahaman individu dan kenyataannya yang mengatakan, "Kita adalah satu masyarakat yang bertolak-ansur dan saling menghormati antara satu sama lain," adalah satu kenyataan yang wajar. “Tahniah diucapkan. Semoga dengan adanya tolak-ansur dalam pemahaman akan dapat melestarikan rakyat Britain,” ujarnya lagi. |
Tuesday, July 20, 2010
Burqa: Kenyataan menteri Britain dialu-alukan
Burqa: Kenyataan menteri Britain dialu-alukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment