Wednesday, August 11, 2010

ESQ fail tuntutan pertikai fatwa Wilayah haramkan modul motivasi

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
August 02, 2010

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — ESQ Leadership Center Sdn Bhd memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mempertikaikan status fatwa yang mengharamkan program motivasi itu daripada dikendalikan di Wilayah Persekutuan.

Mufti Wilayah Persekutan Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengeluarkan fatwa mengharamkan program motivasi ESQ pertengahan Jun lalu.

Pengurus Besar ESQ Malaysia Marhaini Yusoff berkata, pihaknya memohon semakan kehakiman bagi membatalkan fatwa yang dikeluarkan oleh Wan Zahidi.

“Ini kerana kita melihat bahawa setiap fatwa yang dikeluarkan mufti hendaklah mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum membuat dan mengeluarkan fatwa berkenaan.

“Ini yang kita mahukan penjelasan. Kalau beliau (Wan Zahidi) mengikut prosedur yang sepatutnya tidak apa.

“Kita bukan nak cabar untuk batalkan fatwa, tetapi mahu menyemak prosedur yang digunakan Mufti Wilayah sahaja,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

ESQ telah memfailkan permohonan 26 Julai lalu supaya dibenar membuat semakan kehakiman bagi membatalkan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan berhubung ajaran dan fahaman yang dibawa syarikat itu.

Permohonan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas melalui Tetuan Hisham, Sobri & Kadir, dan ia akan didengar esok.

Wan Zahidi telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran, pegangan serta fahaman yang dibawa ESQ dimana pengasasnya adalah warga Indonesia Dr Ary Ginanjar Agustian, dan apa-apa ajaran seumpama dengannya, adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi perkara yang boleh merosakkan akidah dan syariat Islam, selain meminta orang ramai menjauhinya.

Menurut Wan Zahidi, ESQ adalah satu kursus kepimpinan dan pengurusan yang diasaskan oleh Ary Ginanjar Agustian di bawah syarikat ESQ Leadership Center yang berpusat di Jakarta. Kini ia telah dikembangkan ke Malaysia melalui penubuhan beberapa pusat di Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kelantan.

The Malaysian Insider difahamkan kaedah serta prosedur yang diguna pakai dalam membuat dan mengeluarkan fatwa adalah mengikut Seksyen 31, 33 dan 34 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

Seksyen 34 akta berkenaan memperuntukkan bahawa mufti hendaklah mendapatkan perintah daripada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum membuat dan mengeluarkan fatwa berkenaan.

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)