Friday, September 10, 2010

KHUTBAH AIDIL FITRI MQTK 2010

by Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk on Friday, September 10, 2010 at 3:50am

KHUTBAH PERTAMA

zikir Kubra

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31 surah al-A’araf :

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas

Lakod’kholakhod’na’insaa’nafi’ah’sanii’taq’win.. "Tidak aku jadikan manusia itu sebagai khalifah di mukabumi ini."

Firman Allah: surah Maryam 30-36:

Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab, dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.

Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

” Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.

Yang demikian sifat-sifatnya, itulah Isa Ibni Maryam. BACAAN KEBENARAN, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia. Muslimin/mat yang dihormati sekalian,

Firman Allah: Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul – lurus

Allah tidak ada serupa yang ada. Yang dikatakan WAHYU itu ialah ALQURAN kerana Allah hanya berkata-kata melalui alQuran. Allah tidak ada suara atau rupa; yang ada cuma KATA-KATANYA dan kata-kata Allah itu hanya lah ALQURAN dan ALQURAN itulah satu-satunya BUKTI DARI ALLAH.

Yang didalam kurungan di dalam alQuran adalah penterjemahan dari Penafsir dan tidak ada dalam matan AyatNya yang Arab.. Maka penafsirannya perlu TEPAT dengan sifat zatAllah iaitu Berkata-Kata.

[51]Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (ALQURAN), atau dari sebalik dinding (mimpi atau ilham), atau dengan mengutuskan utusan (PENYERU- manusia atau malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu (ALQURAN) kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana. ~AS ASYURAA..

Maka kerana itu alQuran dikatakan QADIM iaitu azali dari Allah dan bukan Muhaddas iaitu bukan Makhluk atau benda baharu. ALQURAN itulah suara Allah iaitu BACAAN KEBENARAN. Ia bukan dibawa oleh Syaitan-Syaitan dan TIDAK BOLEH DIPALSUKAN dari mana-mana arah dan segi sekalipun.

Kerana itu yang dikatakan Makrifatullah adalah mengenal Allah dengan SIFAT ZATNYA iatu KALAMULLAH itu sendiri. Kerana itu dikatakan 'TIADA PEMBERI SYAFAAT DI PADANG MASYAR MELAINKAN ALQURAN,' dan untuk mendapat syafaat alQuran ini maka perlu mendapat Syafaat Rasulullah SAW iaitu perlu sempurna 4 asasnya iaitu sabda Rasulullah SAW: 1. Menghormati keturunanku. 2. Membantu urusan mereka. 3. Memenuhi keperluan mereka. 4. Menyintai dengan lidah dan hatinya iaitu IKHLAS.

Kenapa perlu menghormati dan mengikut ahlulbait? -Kerana ALQURAN QADIM itu berada di tangan Ahlulbait, iaitu kaedah menggunakan alQuran dgn betul. Pesanan sheikh Tijani (Iraq) ulama Sunni iaitu tentang ahlulbait:

"Jangan ajari mereka itu, kerana Allah telah mengajar mereka."

Sila rujuk surah Hud ayat 17: "Kalau begitu adakah sama mereka itu dengan orang-orang yang didasari Bukti dari Allah (Penyeru) dan saksi dari Allah (ALQURAN) meneguhkan bukti tersebut? Sedang KITAB SEUMPAMA INI telah diberi kepada Musa dhulu sebagai Petunjuk dan Rahmat?"

Surah AnNisaa ayat 54 "Adakah mereka itu DENGKI kepada manusia? Sedangkan Kami telah memberi kepada keluarga Ibrahim (Ahlulbait) Kitab dan Hikmah; dan Kami telah memberi kepada mereka itu satu kerajaan yang besar."

Surah alImraan ayat 33, "Kami telah memilih Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim (ahlulbait) dan keluarga Imran (Bani Israel) melebihi dari umat-umat, sebagai satu keturunan kepada sebahagian keturunan yang lain; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

kerana itu sabda Rasulullah SAW: "Ahlulbaitku ibarat Bahtera Nuh di zaman Nuh. Sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesipa yang ketinggalan akan binasa."

Cuma bagaimana kaedah penggunaan alQuran Qadim itu?

"Iaitu setiap kali Kami TUKARKAN satu ayat kepada TEMPAT AYAT yang lain, nescaya orang-orang yang ingkar kafir itu akan berkata: "Kamu yang membuat-buatnya." (aNahl:101)

'Dan setiap kali Kami hilangkan satu Ayat dari INGATAN kamu, maka Kami akan ganti yang TERLEBIH BAIK atau SEBANDING dengannya; sesungguhnya Allah Maha kuasa di atas segala sesuatu." (albaqarah:106)

"Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya telah datang BUKTI dari Tuhanmu, dan Kami telah menurunkan NUR (AlQuran) yang menerangi." (annisaa:174)

Kenapa perlu mengikut alQuran Qadim?

albaqarah:213 Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu , maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira , dan pemberi amaran; dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, – mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.

albaarah:37 Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah , lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

albaqarah:53 Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab dan keterangan-keterangan , supaya kamu mendapat petunjuk.

albaqarah:177 Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar ; dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

alIsraa:82 Dan Kami turunkan dengan beransur dari AlQuran Ayat-Ayat Suci yang menjadi Penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman; dan tidaklah menambah kepada kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian.

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan. Tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki . Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi , lagi Maha Besar.

anNahl:107 AlQuran itu diturunkan oleh RuhulQudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah, untuk meneguhkan iman orang yang beriman serta berita gembira bagi orang-orang yang Muslim.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

قال النبي e : لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا ، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ

Maksudnya: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya).

Muslimit /mat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”

Begitu juga peringatan imam al-Ghazali : Sekiranya kita hormat kepada orang soleh kerana hartanya maka hilang setengah agama kita apatah lagi jika hormat kepada orang zalim kerana hartanya maka semakin buruk kesan padahnya. Oleh itu dengan semangat Aidil Fitri yang bererti kembali semula kepada fitrah iaitu suci daripada dosa dan sifat tercela marilah kita sama-sama kembali kepada sistem al-Quran barulah kita mulia dan bahagia dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal :

وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Muslimin/mat yang dirahmati Allah

Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran terutama bila adanya perancangan jahat sebuah gereja di Florida untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001 serta suara sumbang yang memperlekehkan hukum al-Quran. Tarbiah Ramadhan sepatutnya menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan dan Pakistan yang dilanda banjir besar di samping negara-negara yang lain. Ketika berdepan dengan kekejaman musuh terutama Yahudi maka umat Islam mesti bergerak bersama dalam setiap sudut.

Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )

Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا

“Kami telah beriman.. saksikanlah Ya Allah kami telah beriman!!”
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالياللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي



· · Share

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)