Wednesday, November 24, 2010

Aapakah Al Quran itu Makhluk?

 

 

ALQURAN QADIM:KATA-KATA ALLAH 

YANG AZALI/HIDUP


by BobspekRockers AlKubra on Tuesday, 09 November 2010 at 01:29









Berkata as-Syeikh Abu Othman Ismail bin Abdur Rahman 
as-Sabuni rahimahullah: Ahlul Hadis bersaksi dan 
berpendirian bahawa al-Quran adalah Kalamullah,kitabNya, 
ucapanNya (kata-KataNya), wahyuNya yg diturunkanolehNya,
bukan makhluk. Sesiapa yg mengatakan bahawa al-Quran
adalah makhluk dan beri’tiqad dengannya, maka dia adalah
telah kafir menurut Ahlul hadis.Al-Imam Abu Bakar Muhammad
bin Ishaq bin Khuzaimah berkata: “Al-Qur’an adalah kalamullah-
BUKAN MAKHLUK..!

Siapa yang mengatakan Al-Qur’an adalah makhluk, maka dia
telah kufur kepada Allah Yang Maha Agung, tidak diterima
persaksiannya,tidak dijenguk jika sakit, tidak dishalati jika mati,
dan tidak boleh dikuburkan di pekuburan kaum muslimin.
Ia diminta taubat, kalau tidak mau maka dipenggal lehernya.
kerana itu saidina Hussein rd berkata berkata kepada umat:
"Kalau aku tidak mahu RAHMAT Allah ini tersebar di kalangan
kalian, nescaya aku tidak akan BERBICARA dengan kalian"
Allah tidak serupa/sama dengan yang  ada.

Yang dikatakan WAHYU itu ialah ALQURAN kerana Allah
hanya berkata-kata melalui alQuran.
Allah tidak bersuara dan tidak berupa; yang ada cuma
KATA-KATANYA dan kata-kata Allah itu hanya lah ALQURAN
dan ALQURAN itulah satu-satunya BUKTI DARI ALLAH.
(authorized Signature of Proof)

Yang didalam kurungan di dalam alQuran adalah
penterjemahan dari Penafsir dan tidak ada dalam matan
AyatNya yang Arab.. Maka penafsirannya perlu TEPAT
dengan sifat zatAllah iaitu  Berkata-Kata.
Tafsiran Sediada:
[51]Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa
Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan
wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik
dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan
mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan
wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang
dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi
keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.~AS ASYURAA..
Tafsiran Betul:
[51]Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa
Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu
(ALQURAN), atau dari sebalik dinding (mimpi atau ilham),
atau dengan mengutuskan utusan (PENYERU- manusia atau
malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu (ALQURAN)
kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha
Bijaksana. ~AS ASYURAA..
Maka kerana itu alQuran dikatakan QADIM iaitu azali dari
Allah dan bukan Muhaddas iaitu bukan Makhluk atau benda
baharu. ALQURAN itulah suara Allah iaitu BACAAN
KEBENARAN. Ia bukan dibawa oleh Syaitan-Syaitan dan
TIDAK BOLEH DIPALSUKAN dari mana-mana arah dan segi
sekalipun. Kerana itu yang dikatakan Makrifatullah adalah
mengenal Allah dengan SIFAT ZATNYA iatu KALAMULLAH
itu sendiri. Kerna itu dikatakan 'TIADA PEMBERI SYAFAAT
DI PADANG MASYAR MELAINKAN ALQURAN.' dan untuk
mendapat syafaat alQuran ini maka perlu mendapat Syafaat

Rasulullah SAW iaitu perlu sempurna 4 asasnya iaitu
sabda Rasulullah SAW:
1. Menghormati keturunanku.
2. Membantu urusan mereka.
3. Memenuhi keperluan mereka.
4. Menyintai dengan lidah dan hatinya iaitu IKHLAS.
Kenapa perlu menghormati dan mengikut ahlulbait?
-Kerana ALQURAN QADIM itu berada di tangan Ahlulbait
iaitu kaedah menggunakan alQuran dgn betul. Pesanan
sheikh Tijani (Iraq) ulama Sunni iaitu tentang ahlulbait:
"Jangan ajari mereka itu, kerana Allah telah mengajar mereka."
Sila rujuk surah Hud ayat 17:
"Kalau begitu adakah sama mereka itu dengan orang-orang
yang didasari Bukti dari Allah (Penyeru) dan saksi dari Allah
(ALQURAN) meneguhkan bukti tersebut? Sedang KITAB
SEUMPAMA INI telah diberi kepada Musa dahulu sebagai
Petunjuk dan Rahmat?"
Surah AnNisaa ayat 54
"Adakah mereka itu DENGKI kepada manusia? Sedangkan
Kami telah memberi kepada keluarga Ibrahim (Ahlulbait)
Kitab dan Hikmah; dan Kami telahmemberi kepada mereka
itu satu kerajaan yang besar."
Surah alImraan ayat 33,
"Kami telah memilih Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim (ahlulbait)
dan keluarga Imran (Bani Israel) melebihi dari umat-umat,
sebagai satu keturunan kepada sebahagian keturunan yang
lain;Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui"
kerana itu sabda Rasulullah SAW:
"Ahlulbaitku ibarat Bahtera Nuh di zaman Nuh. Sesiapa yang
menikinya akan selamnya dan sesipa yang ketinggalan akan
binasa."

Cuma bagaimana kaedah penggunaan alQuran Qadim itu?
"Iaitu setiap kali Kami TUKARKAN satu ayat kepada TEMPAT
AYAT yang lain, nescaya orang-orang yang ingkar kafir itu
akan berkata: "Kamu yang membuat-buatnya." (aNahl:101)
'Dan setiap kali Kami hilangkan satu Ayat dari INGATAN kamu,
maka Kami akan ganti yang TERLEBIH BAIK atau SEBANDING
dengannya; sesungguhnya Allah Maha kuasa di atas segala
sesuatu." (albaqarah:106)
"Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya telah datang BUKTI
dari Tuhanmu, dan Kami telah menurunkan NUR (AlQuran)
yang menerangi." (annisaa:174)
Kenapa perlu mengikut alQuran Qadim?
albaqarah:213
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu , maka
Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar
gembira , dan pemberi amaran; dan Allah menurunkan
bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang benar,
untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai
apa yang merekaperselisihkan dan tidak ada yang melakukan
perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada
mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada
mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, –mereka
berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.
Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang
beriman ke arahkebenaran yang diperselisihkan oleh mereka
(yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa
memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang
dikehendakiNya ke jalan yang lurus.

albaarah:37
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa
kalimah ,lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah,
Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha
Mengasihani.
albaqarah:53
Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa
kitab dan keterangan-keterangan , supaya kamu mendapat
petunjuk.
albaqarah:177
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan
muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah
berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan
segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan
mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia
menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak
yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam
perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk
memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya
seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan
perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya
apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang
yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan,
dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.
orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang
yang benar ; dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.
alIsraa:82
Dan Kami turunkan dengan beransur dari AlQuran Ayat-Ayat Suci
yang menjadi Penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang
beriman; dan tidaklah menambah kepada kepada orang-orang
yang zalim melainkan kerugian. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia,
Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan.
Tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat
memberi syafaat disisiNya melainkan dengan izinNya. yang
mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada
di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu
pun dari ilmu Allah melainkan apa yangAllah kehendaki . Luasnya
Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi
keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi , lagi Maha Besar.
anNahl:107
AlQuran itu diturunkan oleh RuhulQudus (Jibril) dari Tuhanmu
dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah, untuk
meneguhkan iman orang yang beriman serta berita gembira
bagi orang-orang yang Muslim.

Demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu
ke dalam hati orang-orang yang berdosayang menentangmu.
Mereka tidak percaya kepada Al-Quran yang engkau bawa,
padahal telahpun berlaku undang-undang membinasakan
orang-orang yang telah lalu yang mendustakan
Rasul-rasulnya. (15:12-13)

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)