Saturday, November 20, 2010

Bagaimana untuk mengenal mereka-mereka ini?

Melihat kepada ‘MAKAM’ dan ‘akhwalnya’, kesucian dan kemurnian hidupnya, orang-orang sufi memberikan gelaran yang bermacam-macam kepada tokoh-tokoh sufi itu. 

PERTAMA: 
Yang dianggap berhak disebut ‘qutubul ghaus al fardhul jami'’ atau ‘qutubul aqtab’, yang terdiri hanya dari seorang pada setiap zaman, dengan pembantunya sebanyak 300 ratus orang, dikenal dengan sepuluh amal, empat yang lahir, iaitu banyak ibadah, sungguh-sungguh zuhud, meninggalkan kehendak atau iradah, dan kuat dalam mujahadah, serta enam yang batin, iaitu ‘taubah’, ‘inabah,’ ‘muhasabah’, ‘tafakkur’, ‘i'tisam’ dan banyak ‘riyadah’.

KEDUA:
Yang diberikan gelaran ‘mujaba’’ yang bilangannya ada yang menetapkan empat puluh dan ada yang menetapkan tujuh puluh. Kerjanya ialah meringankan beban makhluk serta membela keadilan dalam masyarakat manusia. Mereka dikenal kepada delapan macam amalnya, empat yang lahir dan empat yang batin, yang lahir iaitu suka memberi fatwa, hidup tawaddhu’ mempunyai adab yang baik, dan banyak ibadah, sedang yang batin ialah bahawa mereka itu sabar, rela, bersyukur kepada Tuhan, haya’ bermalu, mempunyai akhlak dan budi pekerti yang halus seperti arif bijaksana.

KETIGA:
Ada tokoh-tokoh sufi yang digelarkan ‘abdal, yang hanya terdiri dari tujuh orang laki-laki yang mempunyai kedudukan ‘fadhal’, ‘hammal’, ‘istiqamah’, ‘I’tidal’, terlepas daripada ‘waham’ dan ‘khayal’, mempunyai amal-amal lahir dan batin, empat yang lahir iaitu ‘samat’, ‘berdiam dir’i, ‘saha’r, ‘suka mengurangi tidu’r, ‘ju’’, ‘suka menahan lapar’, ‘uzlah’, suka bertapa mengasingkan diri dari pergaulan, begitu juga empat yang batin, iaitu ‘tajarrud’, suka bersunyi diri, ‘tarid’, suka berpisah dari orang banyak, ‘jama’’ ingin dekat dengan Tuhan dan tauhid, ingin bersatu dengan Tuhan.

KEEMPAT:
Tokoh-tokoh Sufi itu ada yang dinamakan ‘autad’, yang dikatakan ada empat orang, berkedudukan pada empat penjuru mata angin dunia ini, iaitu timur, barat, utara dan selatan. Empat amal untuk mengenal mereka itu adalah, yang lahir iaitu banyak puasa, banyak ibadat malam, banayak ‘imtisal’, dan banyak ‘istighfar’ dalam mengurangi tidur, yang batin iaitu tawakkul. Siap bertawakkal kepada Tuhan, ‘tafwidh’, menolak segala yang bersifat keduniaan, ‘siqqah’, jujur dan sangat boleh dipercayai dan ‘taslim’, menyerah diri seluruhnya kepada Tuhan. Dikatakan bahawa seorang diantara mereka itu menjadi ‘qutub’, yang dijaga oleh dua orang, seorang disebelah kanannya dan seorang disebelah kirinya, yang disebut namanya dengan ‘amaman’. ‘Amaman’ yang disebelah kanan ddapat melihat kedalam ‘alam malakut’ yang bersifat ruhaniah, sedang amaman yangg disebelah kiri hanya melihat kedalam ‘alam hayawaniah’. Empat amal untuk mengenal mereka ialah yang lahir iaitu zuhud, wara’ suka amar ma’ruf dan nahi mungkar, yang batin iaitu sidiq, benar ikhlas, tukus haya’ bermalu dan muraqabah, merasa selalu diawasi Tuhan. 

Selanjutnya ada yang disebut ghaus, tidak lain daripada gelarn yang diberikan kepada seorang qurtub yang terbesar, yang mulia, dyang dihajatkan oleh orang sufi untuk dimintakan berkat dan doanya, seperti yang pernah terjadi dengan ‘Uwais Al-Qarni’, yang pernah diwasiatkan oleh rasulullah s.a.w kepada Umar bin Al Khattab dan ‘Ali bin Abu Talib, agar mereka mencari dia sepeninggalannya dan memintakan doa serta berkatnya.

Begitulah ada yang digelar ‘alim Rabbani, waliyullah, ‘arifin, Muqarrabin, salihin, muhaqqiqqin dan lain-lain sebafgaiman yang sudah disebut diatas menurut pandangan Sufi terhadap maqam dan ahwal kesufian dan kesolihan serta kemurnian mereka. Dan bukan seperti sesetengah mereka-mereka yang kita lihat sekarang ini yang ramai mengaku guru Mursid dan sebagfainya sedangkan syariat mereka menolaknya.




Akhir sekali, mereka-mereka ini adalah pembawa Al Quran Qadim- yang selainnya secara automatik akan terbatal.


(Dari sumber:Pengantar Ilmu Tareqat dan Tasawuf)
Sumber rujukan dari MQTK

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)