Sunday, November 28, 2010

Perintah membaca

 Sesungguhnya perintah membaca merupakan sesuatu yang paling berharga yang pernah dan dapat diberikan kepada umat manusia
Ayat Al Quran yang kita baca dewasa ini tidak sedikitpun berbeda dengan ayat Al Quran yang dibaca oleh Rasulullah s.,a.w. dan generasi terdahulu. Alam raya pun demikian, namun pemahaman, penemuan rahsianya serta limpahan kesejahteraanNya terus berkembang, dan itulah pesanNya yang terkandung didalam: “Iqra’ Wa Rabbukal akram” (bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah), Atas kemurahanNyalah kesejahteraan demi kesejahteraan tercapai. Sesungguhnya perintah membaca merupakan sesuatu yang paling berharga yang pernah dan dapat diberikan kepada umat manusia. 

Pengetahuan dan peradaban yang dirancang oleh Al Quran adalah pengetahuan kepada kita yang melibatkan akal dan kalbu dalam perolehannya. Wahyu pertama Al Quran menjelaskan dua cara perolehan dan pengembangan Ilmu. Berikut ini keterangannya, setiap pengetahuan memiliki subjek dan objek. Secara umum subjek dituntut berperanan untuk memahami objek. Namun pengalaman ilmiah menunjukkan bahawa objek kadangkala memperkenalkan dirinya kepada subjek tanpa usaha sang subjek. Komet Halley, memasuki cakerawala, hanya sejenak setiap 76 tahun. Dalam kes ini, walaupun astronomi menyiapakan diri dan alat-alatnya untuk mengamati dan mengenalnya tetapi sesungguhnya yang lebih berperanan adalah kehadiran komet itu sendiri untuk memperkenalkan diri. 

Wahyu, ilham, intuisi atau firasat yang diperolehi manusia yang siap dan suci jiwanya atau apa yang diduga sebagai kebetulan yang dialami oleh ilmuan yang tekun, kesemuanya tidak lain kecuali bentuk-bentuk pengajaran Allah yang dapat dianalogikan dengan kes komet diatas. Itulah pengajaran tanpa Qalam(kalam) yang ditegaskan sebagai wahyu pertama ini, 
سُوۡرَةُ العَلق

ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥)
“Allah mengajar dengan pena (apa yang telah diketahui manusia sebelumnya”) dan mengajar manusia (tanpa pena) apa yang belum diketahui”(Al A’laq : 4-5) 

Sekali lagi terlihat oleh kita bahawa betapa Al Quran sejak awalnya telah menggabungkan usaha dan pertolongan Allah, Akal dan Kalbu, Fikir dan Zikir, Iman dan Ilmu. Akal tanpa kalbu(Qalbu) menjadikan manusia seperti robot, fikir tanpa zikir menjadikan manusia seperti syaitan. Iman tanpa Ilmu sama dengan lampu pelita ditangan bayi, sedangkan Ilmu tanpa Iman bagaikan lampu pelita ditangan pencuri. Al Quran sebagai kitab yang lengkap, menghadapai, dan memperlakukan peserta didiknya dengan memperhatikan keseluruhan unsur manusiawi, jiwa, akal dan jasmaninya. 

Ketika Nabi Musa a.s. menerima wahyu Ilahi, yang menjadikan beliau tenggelam dalam situasi spiritual, Allah menyentaknya dengan pertanyaan yang berkaitan dengan keadaannya: 
سُوۡرَةُ طٰه

وَمَا تِلۡكَ بِيَمِينِكَ يَـٰمُوسَىٰ (١٧)
“Apakah itu yang ditangan kananmu, hai musa?” (Tha haa : 17) 

Musa sedar sambil menjawab: 
سُوۡرَةُ طٰه

قَالَ هِىَ عَصَاىَ أَتَوَڪَّؤُاْ عَلَيۡہَا وَأَهُشُّ بِہَا عَلَىٰ غَنَمِى وَلِىَ فِيہَا مَـَٔارِبُ أُخۡرَىٰ (١٨)
Ini adalah tongkatku, aku menopang padanya dan memukul (daun) dengannya untuk kambingku, disamping kerperluan-keperluan lain.” (Tha haa : 18) 

Disisi lain, agar peserta didiknya tidak larut dalam alam material duniawi, Al Quran menggunakan benda-benda alam, sebagai tali penghubung untuk mengingatkasn manusia akan kehadiran Allah SWT dan bahawa segala sesuatu yang terjadi –sekecil apa pun- adalah dibawah kekuasaan, pengetahuanb, dan pengaturan Allah SWT, Yang Maha Kuasa. 
سُوۡرَةُ الاٴنعَام

۞ وَعِندَهُ ۥ مَفَاتِحُ ٱلۡغَيۡبِ لَا يَعۡلَمُهَآ إِلَّا هُوَ‌ۚ وَيَعۡلَمُ مَا فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ‌ۚ وَمَا تَسۡقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا يَعۡلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ۬ فِى ظُلُمَـٰتِ ٱلۡأَرۡضِ وَلَا رَطۡبٍ۬ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِى كِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٥٩)
“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan“Tidak sehelai daun pun yang gugur kecuali Dia mengetahuinya, dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi, tidak juga sesuatu yang basah atau kering kecuali tertulis dalam kitab yang Nyata (dalam jangkauan ilmunya).”(Al Ana’am : 59)
سُوۡرَةُ الاٴنفَال

فَلَمۡ تَقۡتُلُوهُمۡ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ قَتَلَهُمۡ‌ۚ وَمَا رَمَيۡتَ إِذۡ رَمَيۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ‌ۚ وَلِيُبۡلِىَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ مِنۡهُ بَلَآءً حَسَنًا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬ (١٧)
“Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi bukan kamu yang melempar, tapi Allah lah (yang menganugerahkan kemampuan sehingga) kamu mahu melemparnya.” (Al Anfal : 17) 

Sungguh, ayat-ayat al-Quran merupakan benang yang membentuk tenunan kehidupan Muslim, serta benang yang menjadi rajutan jiwanya. Kerana itu seringkali pada saat Al Quran berbicara tentang satu persoalan menyangkut sesuatu aspek tertentu, tiba-tiba ayat lain muncul berbicara tentang aspek lain yang secara sepintas lalu terkesan tidak saling berhubungkait. 

Tetapi, bagi orang yang tekun mempelajarinya, dia akan menemui keserasian hubungan yang amat mengkagumkan, samaada dengan keserasian hubungan yang memadukan gejolak dan bisikan-bisikan hati manusia, sehingga pada akhirnya aspek yang tadinya kucar kacir, menjadi terangkai dan terpadu indah, bagai kalung mutiara yang tidak diketahui dimana hujung pangkalnya. Salah satu tujuan Al Quran memilih sistem demikian, adalah untuk mengingatkan manusia-Khususnya kaum muslimin-muslimat bahawa ajaran-ajaran al Quran adalah satu kesatruan terpadu yang tidak dapat dipisahkan. 

Ini jelas berlaku kepada umat manusia yang kurang dalam mendalami Ilmu pengetahuan, cuba mempertikaikan malah ada yang merasa akan keraguannya dengan mengatakan ayat itu, ayat ini tidak ada kaitan langsung dengan apa yanhg dibicarakan sedsangakan mereka tidak memahami missal-misal perbandingan yang jelas berulang-ulang kali Allah cuba menyatakan didalam firman-firmanNya demi untuk mermbuka minda, hatiu dan fikiran umat manusia agar mereka faham dan mengerti.

Sesetengahnya pulak mengatakan apa yang diberitakan berkucar kacir tidak relevan, tidak bertepatan dengan apa yang dibicarakan, tidak professioanal, tidak menunjukkan contoh dan tauladan yang baik dalam aspek penulisan sebagai seorang penulis yang professional dan sebagainya. Dan inilah yang terjadi saat ini. Sebenarnya itulah hikmah yang dikatakan Mutiara (al Quran). 

Keharaman makanan tertentu seperti khinzir, ancaman terhadap yang enggan menyebarluaskan pengetahuan, anjuran bersedekah, kewajiban menegakkan hukum, wasiat sebelum mati, kewajiban puasa, hubungan suami isteri, dikemukakan didalam Al Qura secara berurut walu pun pendek, singkap, namun jelas walau sepatah perkataan sekalipun jelas menunjukkan satu penjelasan yang cukup besar dan bermunafaat. Lihat saja dalam surah Al Baqarah, Megapa demikian? Mengapa terkesan? Mengapa Allah mengatakah dalam firmanNya: “Ikutlah Al Quran dan Al Sunnah?” 

Jawapannya adalah: “Al Quran menghendakki agar umatnya melaksanakan ajaran secara terpadu.” 

Bukankah khinzir lebih dianjurkan untuk dihindari daripada keengganan menyebarluaskan Ilmu. Bersedekah tidak pula lebih penting daripada menegakkan hukum dan keadilan. Walaupun sebelum mati dan menunaikannya tidak kalah daripada berpuasa dibulan ramadhan. Puasa dan Ibadah lainnya tidak boleh menjadikan seseorang lupa pada keperluan jasmaniahnya, walaupun itu adalah hubungan suami isteri. Demikinanlah diperlihatkan kepada kita betapa perpaduan ajaran-ajaranNya. 

Al Quran menempuh belbagai cara untuk membawa manusia kepada kesempurnaan kemanusiaanya dengan mengemukakan kisah factual atau simbolik. Kitab suci Al Quran tidak segan silu mengisahkan “kelemahan manusiawi” namun itu digambarkan dengan kalimah indah lagi sopan tanpa perlu bertepuk tangan, atau membangkitkan potensi negatif, tetapi untuk menggariskan akibat buruk kelemahan itu, atau menggambarkan saat kesedaran manusia menghadapi godaan nafsu dan syaitan. 

Ketika Qarun yang kaya raya mempamerkan kekayaannya dan merasa bahawa kekayaannya itu adalah hasil pengetahuan dan penat jerihnya (payah jerih) dan setelah enggan berkali-kali mendengar nasihat, terjadilah bencana tanah runtuh, sehingga seperti dalam ayat Al Quran:
سُوۡرَةُ القَصَص

فَخَسَفۡنَا بِهِۦ وَبِدَارِهِ ٱلۡأَرۡضَ فَمَا ڪَانَ لَهُ ۥ مِن فِئَةٍ۬ يَنصُرُونَهُ ۥ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُنتَصِرِينَ (٨١)
“Maka Kami benamkan dia dan hartanya kedalam bumi.” (Al Qasas : 81) 

“Dan berkatalah orang-orang yang dahulunya mendambakan kedudukan Qarun: “Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendakki daripada hamba-hambaNya dan mempersempitkan. Kalau Allah rtidak melimpahkan kurnia Nya atas kita, nescaya kita pun dibenamkannya. Aduhai benarlah tidak beruntung orang-orang yang bakhil.” (Al Qasas : 82) 

Dalam bentuk menggambarkan kelemahan manusia, Al Quran bahkan mengemukan kan situasi, langkah jelas dan kalimah-kalimah rayuan saeorang wanita bersuami yang dimabukkan cinta oleh kegagalan seorang pemuda yang tinggal dirumahnya.
سُوۡرَةُ یُوسُف

وَرَٲوَدَتۡهُ ٱلَّتِى هُوَ فِى بَيۡتِهَا عَن نَّفۡسِهِۦ وَغَلَّقَتِ ٱلۡأَبۡوَٲبَ وَقَالَتۡ هَيۡتَ لَكَ‌ۚ 
“(Setelah berulang-ulang kali merayu dengan belbagai cara terselubung). Ditutupnya semua pintu dengan amat rapat, seraya berkata (sambil menyerah dirinya kerpada kekasihnya setelah berdandan) ; ‘marilah lakukan itu!” (yusuf : 23) 

Demikianlah, tetapi itu sama sekali berbeda dengan olahan sementara seniman, yang memancing nafsu dan merangsang berahi, Al Quran menggambarkannya sebagai satu kenyataan dalam diri manusia yang tidak harus ditutup-tutupi tetapi tidak juga dibuka lebar, selebar apa yang sdering dipertontonkan, dilayar lebar atau di kaca-kaca telivisyen. 

Al Quran kemudian menghuraikan sikap dan jawapan Nabi Yusuf, anak muda yang dipujuk rayu wanita itu, juga dengan tiga alasan penolakan, seimbang dengan tiga cara rayuannya. Yang pertama dan kedua adalah:

قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِ 

إِنَّهُ ۥ رَبِّىٓ أَحۡسَنَ مَثۡوَاىَ 
“Aku berlinduing kepada Allah, sesungguhnya suamimu adalah tuanku, yang memperlakukan aku dengan baik”. ( Yusuf : 23) 
Yang ketiga, khuatir kedua alasan itu belum cukup. (Yang maksudnya),
إِنَّهُ
ۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّـٰلِمُونَ
“Dan sesungguhnya tidak pernah dapat belbahagia orang yang berlaku aniaya.” ((Yusuf : 23) 

Dibidang pendidikan Al Quran menuntut agar bersatunya kata dengan sikap. Kerana itu, keteladanan para pendidik dan tokoh masyarakat merupakan salah satu andalannya. Disaat Al Quran mewajibkan anak menghormati orang tuanya, pada ketika itu pula ia mewajibkan orang tua mendidik anak-anaknya. Pada yang sama, Rasul dan Para pemimpin diperintahkan menunaikan amanah, menyayangi yang dipimpin sambil bermusyawarah dengan mereka. Demikian juga Al Quran menuntut perpaduan orang tua, masyarakat, dan pemerintah. Tidak mungkin keberhasilan dapat dicapai tanpa perpaduan itu. Tidak mungkin kita akan berhasil kalau beban pendidikan hanya dipikul oleh satu pihak sahaja, atau hanya ditangani oleh guru dan pensyarah tertentu sahaja, tanpa melibatkan seluruh unsur pendidikan. Begitu jugalah bagaimana Al Quran menekankan kepada anak-anak pulak supaya dalam soal ini mereka harus memberikan sepenuh penghormatan kepada Ibu bapa sehingga di keraskan kepada mereka supaya jangan mengatakan ah! sekalipun kepada ibubapa mereka dan ini harus kita fahami secara berakal dan berilmu. 

Dua puluh dua tahun dua bulan dan dua puluh dua hari lamanya ayat-ayat Al Quran silih berganti diturunklan, dan selama itulah Nabi Muhammad s.a.w. dan Para sahabatnya tekun mengajarkan Al Quran dan membimbing umatnya. Sehingga, pada akhirnya, mereka membangunkan masyarakat yang didalamnya terkandung ilmu dan iman, nur dan hidayah, keadilan dan kemakmuran dibawah lindungan dan ampunan Ilahi. 

Wassalam

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)