Sunday, November 7, 2010

WALI 7 TANAH MELAYU DAN KAITAN DGN RAJA2 MELAYU....

WALI 7 TANAH MELAYU DAN KAITAN DGN RAJA2 MELAYU....

by Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk on Sunday, November 7, 2010 at 1:07am
 WALI 7 ALAM MELAYU (NUSANTARA)….
Bermula telah berkata Tok Habib Syed…Al-Hussin : Apabila dinamakan Wali 7 Alam Melayu itu, banyak orang tersalah sangka. Mereka menyangka adalah mereka itu yang dizahirkan disekitar dari Wali Songo/Wali 9 dan Hydramaut itu, yang jauh lebeh muda. Sedangkan Wali Songo/ Wali 9 itu dari generasi Ke3. Sedangkan Ahlul Bait dari Hydramaut itu adalah dari generasi termuda Ke5 dan Ke6. Siapakah pula nasab Ali Zainal Abidin yang tertua dari generasi Pertama, serta mereka itu dari generasi Ke2 dan Ke4 itu?
Jika menurut sejarahnya ada pun dikhabarkan bahawa Sayyidina Hassan telah wafat syahid mati diracun. Manakala Sayyidina Hussin pula wafat telah gugur syahid dimedan perang Karbala. Angkara konspirasi percaturan musuh-musuh Ahlul Bait, dalam pembantaian dan penghapusan etnik nasab keturunan Rasulullah SAW. Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyelamat lagi Maha Merencana. Maka yang terselamat antaranya adalah Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Hussin, satu-satunya warisan “lelaki” dari nasab Nabi Muhammad SAW yang maseh kecil itu. Maka dari Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Hussin itu, maka bermulanya era baru, sebagai penyambung warisan nasab Rasulullah SAW.
Kata Tok Habib lagi : Ada pun Ali Zainal Abidin itu beristeri 6, maka dari sinilah bermula dan terbitnya sebanyak 6 generasi Ahlul Bait. Maka pertaburan keluar atau bermukimnya mereka itu tidak banyak dicatitkan. Maka masing-masing telah banyak hilang haluan dan fahaman. Maka dari 6 generasi dari 6 ibu-ibu dan payung nan satu itu, maka mereka itulah telah berkembang dan membiaknya Ahlul Bait yang bertaburan diserata pelusuk dunia ini sehingga sekarang ini.
Maka disini dipaparkan pecahan salur galurnya itu mengikut fahaman Tok Habib Syed…Al-Hussin, adalah seperti berikut :
(1) Dari Isteri Pertama : Munculnya nasab Ahlul Bait 7 beradik, lelaki semuanya. Mereka itu adalah nasab “tertua”. Mereka adalah Ahlul Bait pertama-tama keluar berhijrah lalu tiba dialam Melayu Nusantara. Maka mereka itulah yang sebenarnya dinamakan “Wali 7 Alam Melayu”. Riwayat mereka telah banyak dihilangkan dari catitan sejarah. Kata Tok Habib Syed…Al-Hussin mereka keluar sekira-kira 88 tahun setelah Rasulullah SAW wafat.
(2) Dari Isteri Kedua : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Mesir.
(3) Dari Isteri Ketiga : Munculnya Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Iran. Maka di Iran itulah munculnya Aliran Imamiah 12 Imam Syiah. Difahamkan dari sumber lain ada pun warisan Wali Songo/Wali 9 itu dikaitkan dari nasab generasi Ke3 ini..??
(4) Dari Isteri Keempat : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Iraq, dan ada sedikit keHydramuat Yaman.
(5) Dari Isteri Kelima : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim di Hydramaut, Yaman.
(6) Dari Isteri Keenam : Munculnya generasi Ahlul Bait yang berhijrah dan bermukim juga di Hydramaut, Yaman.
Dikalangan mereka itu juga ada yang dapat dikesan sejarahnya dan talian nasabnya. Ada yang telah dihilangkan sejarahnya. Ada yang maseh mengekalkan nama tradisi talian nasabnya. Ada juga ada yang tidak memakainya lagi. Ada yang menikah dengan warga tempatan dan ada yang maseh mengekalkan talian nasabnya. Maka begitulah seterusnya dan berikutnya, apa yang telah dikehendaki-Nya bersesuaian dengan arus perubahan zaman, sehingga kita sekarang ini dinamakan sedang berada diambang “Akhir Zaman”, dimana era kebangkitan semula Islam diakhir zaman.
Apabila disebut akhir zaman, maka ianya dikaitkan dengan kebangkitan seorang Ahlul Bait Pilihan sebagai peneraju akhir zaman, yaitulah Imam Mahdi sebagai Khalifah AKhir Zaman. Oleh itu dari nasab 6 generasi yang telah meluas itu, maka timbulnya satu persoalan. Muncul dan bangkitnya Imam Mahdi itu dari nasab generasi yang mana satu…???
Mohon maaf, semuanya itu sekadar buat renungan semata-mata. Catitan kami itu mungkin benar mungkin salah, rasanya banyak yang salah. Yang Maha Benar adalah dari Allah yang Maha Mengetahui. Akhir kata cucu menyusun jari nan sepuluh, mohon ampon dan maaf jika paparan ini bersalah-salahan. Jika akan berlakunya gelombang tsunami mohon Tok2 semua delete....
Siapakah dianya orangnya “Wali 7 Alam Melayu” itu dan dimanakah pula penghijrahan dan pertaburan mereka itu dialam Nusantara ini…??? Jawapannya….(mqtk.....tok syed kadok)
…..Wallahu’alam…..
Sekian, Wassalam…


No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)