Tuesday, February 15, 2011

10 wasiat Rasulullah kepada Abik Dhar

Daripada Abi Dzar r.a katanya: Wahai Rasulullah wasiatlah kepadaku lalu ! ..
  1. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku berwasiat kepada kamu supaya kamu bertaqwa kepada Allah s.w.t, maka sesungguhnya ia merupakan kepala bagi segala urusan untuk diri kamu ! Aku berkata: tambah lagi wahai rasulullah ! ..
  2. Rasulullah s.a.w bersabda: Bacalah al-Quran dan berzikir kepada Allah, maka sesungguhnya ia dapat memberi kepada kamu cahaya di langit dan cahaya di bumi. Aku berkata: Tambah lagi wahai rasulullah !
  3. Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa, maka sesungguhnya dia boleh mematikan hati dan menghilangkan cahaya pada muka kamu. Aku berkata: tambah lagi wahai rasulullah ! ..
  4. Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu berjihad fisabilillah, maka sesungguhnya ia merupakan Rahbaniah iaitu ahli ibadat bagi umatku. Aku berkata: Tambah lagi wahai rasulullah ! ..
  5. Rasulullah s.a.w bersabda: hendaklah kamu diam kecuali ada kebaikan untuk bercakap, maka sesungguhnya dia dapat mematikan atau menyekat syaitan untuk menguasai kamu dan ia dapat memelihara kamu di dalam urusan agama kamu. : Aku berkata: Tambah lagi wahai Rasulullah ! ..
  6. Rasulullah s.a.w bersabda: Lihatlah kepada sesiapa yang lebih rendah daripada kamu dan jangan melihat mereka yang lebih tinggi daripada kamu, maka sesungguhnya ia adalah lebih baik, supaya ia supaya tidak memandang rendah kepada nikmat Allah s.w.t kepada kamu. : tambah lagi wahai rasulullah !
  7. Rasulullah s.a.w bersabda: hubungkan tali persaudaraan kamu dengan kaum kerabat kamu sekalipun mereka memutuskan hubungan dengan kamu. : tambah lagi wahai rasulullah !
  8. Rasulullah s.a.w bersabda: Jangan sekali-kali kamu takut celaan orang yang mencela lantaran antara kamu menunaikan suruhan dan perintah Allah s.w.t : tambah lagi wahai rasulullah !
  9. Rasulullah s.a.w bersabda: Sayangilah  manusia lain sepertimana kamu menyayanggi untuk diri kamu sendiri.
  10. Kemudian Rasulullah s.a.w menepukkan tangannya ke dadaku, lalu baginda bersabda: Wahai Aba Dzar ! jangan kamu banyak aqal seperti seorang pentadbir , janganlah kamu warak seperti orang yang tidak bersuara dan janganlah kamu berasa di kedudukan yang mulia seperti baik akhlaq.

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)