Adapun hakikat ilmu itu ialah mengerjakan yang Haq dan menjauh pada segala yang batil dan mendatangkan pada tiap-tiap sesuatu amalan atau perbuatan yang layak padanya. Inilah hal yang menunjukkan hal seseorang yang tiada redho atas nafsunya. Walaupu kurang ilmunya tentang tauhid ini, tetapi hal-ahwalnya berdasarkan kepada hakikat ilmu yang dapat melihat aib dan cela nafsunya
Dan kata seorang lelaki bagi Syu'bi;
"Hai orang 'Alim"
Maka katanya (Syu'bi);
"Diam engkau !!!. Hanyasanya orang yang 'Alim itu orang yang takut ia akan Allah Taala".
Ini bermaksud jika banyak ilmu tapi tidak takut pada Tuhan. Itu bukan dikatakan 'Alim namanya.
Dan kata Sufian At-Tsauri r.a.;
"Hanyasanya diajari ilmu ini(Ilmu Tasauf) supaya (menimbulkan) ketakutan akan Allah dengannya dan
Hanyasanya dilebihkan ilmu itu atas lainnya kerana bahawasanya (menimbulkan) ketakutan akan Allah dengannya".
Dan kata Furqad Al Sanjiyu rahimallah'
Bahawasanya bertanya aku kepada Hasan Al-Bashori daripada suatu masalah (fekah). Maka menjawab ia (masalah yang ditanya) akan daku.
Maka kataku (Furqad);
Bahawasanya segala fuqaha' (ahli-ahli fekah) itu menyalahi mereka itu akan dikau (iaitu jawapan yang diberikan oleh Hasan Al-Bashori itu tidak sama dengan ahli-ahli fekah malah ianya lain dari yang lain)
Maka katanya (Hasan Al- Bashori);
Adalah ketiadaan guru engkau hai Furqad.
Dan adakah melihat matamu fakeh? (iaitu adakah engkau ketahui apa itu sebenarnya fakeh?)
Dan adakah melihat matamu fakeh? (iaitu adakah engkau ketahui apa itu sebenarnya fakeh?)
Hanyasanya fakeh itu iaitu (adalah mereka)
- Yang zahid dalam dunia dan;
- Yang raghob(gemar) dalam (mengejar) akhirat dan;
- Yang melihat dalam pekerjaan agamanya(yakni mereka yang menilai akan hukum halal haram harus, sunat, makruh, sah batal dalam melakukan sebarang pekerjaan dan perbuatannya)
- Yang sentiasa atas ibadat Tuhannya (semua pekerjaannya menjadi ibadat kerana mengikut syarak Allah)
- Yang warak, iaitu; mereka
- yang menahan dirinya daripada mencerca segala orang Islam dan;
- yang memeliharakan daripada segala harta (dari yang haram dan yang syubhat) dan;
- yang memberi nasihat bagi jemaah mereka itu (orang ramai di sekelilngnya) dan;
- yang bersungguh-sungguh dalam ibadat dan;
- yang mendirikan(mengikut) atas sunnah Rasulullah SAW. dan;
- yang tiada menggelar-gelarkan (bertuan berdatuk atau apa sahaja panggilan-panggilan mulia) atas orang yang di atasnya (yakni orang yang lebih mulia daripadanya dan;
- tiada menghinakan atas orang yang di bawahnya dan;
- tiada menjadi ilmu yang diketahui Allah akan dia (menggunakan kefakehannya dalam agama) kerana [mengejar] harta dunia.
Dan sabda Nabi SAW.;
Terlebih sangat manusia itu disiksakan pada Qiyamat adalah orang yang 'Alim yang tiada memberi manfaat ilmunya (Riwayat Baihaqi daripada Abi Hurairah r.a.)
Dan barangsiapa jahil ia kepada kejadian dirinya(aib , lemah, fakir, dhoif, haqir, hina) dan menyangka ia Alim (tahu dan lebih tinggi dari) pada (orang) lainnya, maka iaitu terlebih sangat jahilnya. Dan tanda jahilnya itu (ialah) redho daripada (tuntutan nafsu)nya pada hal melebihkan(mengutamakan) bagi dunianya.
Maka lazimkan(wajib) olehmu bersahabat dengan orang yang menunjuk akan dikau atas kebajikan (daripada) segala katanya dan mendirikan akan dikau kepada Allah Taala (pada) segala pekerjaan.
No comments:
Post a Comment