Monday, February 14, 2011

Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai).

Daripada Huzaifah bin al-yaman r.a. berkata, rasulullah s.a.w. bersabda:

“Islam akan luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai)., sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan puasa, dan apa apa yang dimaksud dengan sembahyang  dan apa yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya ) tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau hanya satu ayat. Maka yang tinggal hanya beberapa kelompak daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan . Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkata kalimah “La ilaaha illallah.” Iaitu kami pun mengatakan juga. Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada huzaifah),” Apa yang dapat dibuat oleh ‘La ilaaha illallah’ (apa guna la ilaaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah?” maka huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya). Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan shilah itu. Kemudian shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab,

“Kalimah itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka.” (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali).  (H.R Ibnu Majah)

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)