Kalimah ‘Laa ilaa haillalla’ disebut dengan kalimah Ath Thoyyibah kerana bersih daripada penyerupaan dan pengingkaran. Kalimat ini berada ditengah-tengah antara keduanya, seperti air susu bintang yang keluar dari suatu tempat yang berada diantara tempat kotoran atau najis dan darah. Air susu tetap bersih tidak bercampur najis dan darah.
Firman Allah SWT:
:Tidak kamu perhatikan bagaimana Allah SWT telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya dan cabangnya menjulang kelangit.” (Ibrahim: 24)
Kalimah tauhid disebut kalimah Ath Thoyyibah kerana orang yang yang mengucapkan dan mempunyai tempat kembali yang indah pula diakhirat. Mengenai keindahan nama ini,
Allah SWT berfirman:
“Wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik pula.”(An Nur: 26)
Kalimah At Thoyyibah atau kalimah tauhid ini adalah kalimah yang diterima Allah dan kepada Allah lah kalimah itu naik
Firman Allah bermaksud:
“Barangsiapa menghendakki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu semuanya. .KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh dinaikkanNya.” (Fathir: 10)
By Perihatin
No comments:
Post a Comment