Tuesday, February 15, 2011

KEKUATAN DLM ISLAM

KEKUATAN DLM ISLAM

Bersabda Rasulullah s.a.w: “ Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada kedua2nya kebaikan; peliharalah/lindungilah apa-apa yg bermanfaat dan mintalah pertolongan Allah, dan janganlah berasa lemah, dan sekiranya kau ditimpa musibah, jangan kau kata: jika aku buat begini dahulu pasti jadi begini dan begini. Tetapi katakanlah: Takdir Allah, apa yg Dia ingin akan Dia buat, sekiranya kau kata [kalau] maka terbukalah amalan syaitan.”
Hadith riwayat Muslim.

JALAN/CARA-CARA UNTUK MENDAPAT KEKUATAN:
• ikhlas kerana Allah dalam kata-kata, amalan dan fikiran
• [merasakan bahawa] tiada kekuatan selain Allah
• tidak merasa lemah
• peliharalah/jagalah apa yg bermanfaat [kita kena cari/pelajari perkara-perkara yang memberi manfaat seperti kemahiran, dll dan pelihara ilmu tersebut]
• menjaga/memelihara (tidak meninggalkan) amalan-amalan fardhu dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat
• zuhud (cuba dan belajar untuk merasai susah) dlm kehidupan
• mengkaji sirah salafussoleh
• sentiasa berfikir dan memerhatikan diri dan alam
• perbincangan ilmiah dan menghadiri majlis ilmu
• berkawan/bersahabat dengan orang-orang soleh
• menjauhi maksiat
• menjalani aktiviti riadhah kesukanan (untuk kesihatan tubuh badan)

FAEDAH DARI HADITH:
• kepentingan pergerakan muslim dan mengambil berat pada hati, aqal dan badannya
• kepentingan bebas dari sifat lemah dan kemalasan
• kepentingan menutup jalan2 syaitan dlm amalan kita –tak mendengar was-was—tidak berkata “kalau...”
• kepentingan merasa rahmah (belas kasihan) ke atas muslim yg muqassir (yg tak laksanakan tuntutan sepenuhnya. Contohnya: Dia soleh, tetapi tidak musleh) dalam kerja-kerja dakwah dan amalan-amalan Islamnya, kerana sesungguhnya kekurangannya itu lebih baik daripada orang yang memerangi Allah


Rujukan: Taujihat Nabawiyyah 'ala Tariqid Da'wah, Dr.As-Sayyid Muhammad Nuh

No comments:

CROWN D'RAJA PERTUBUHAN MQTK QuranSunnahIslam..

........free counters ..............................................................................“and I have come to you with a SIGN FROM YOUR LORD, so fear Allah and OBEY ME! Truly Allah is my Lord and your Lord. Therefore submit to HIM! This is A STRAIGHT PATH" (maryam 19:36)